Thursday, 4 June 2015

Gempa Bumi Skala Ritcher 6.0 Gegar Sabah : 5 June 2015 Jumaat

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita aksi melampau beberapa pelancong yang berbogel di pergunungan kinabalu.

Hal ini sememangnya telah menimbulkan kemarahan ramai penduduk Sabah. 

Terkini pula, gegaran gempa bumi yang berlaku paling kuat bermula dari daerah ranau.

Turut menjadi tanda tanya dikalangan penduduk sabah. 

Adakah hal ini berkait ? ~ 


Pagi ini sekitar jam7.15 pagi, kita dikejutkan dengan gegaran gempa bumi yang amat kuat. Bagi mereka yang tinggal di area Sabah termasuk penulis sendiri, sudah tentu kejadian ini amat dirasai. Gegaran yang amat kuat ini adalah sekitar skala 6.0 skala ritcher. 

Jabatan meteorologi telah mengesahkan Moderate Earth Quake 7.15am 5/06/15,6.2 N 116.6E Mag 5.7 Dep 10km, Borneo .341km NW of Ranau Sabah. 


Gempa bumi juga disahkan berlaku secara serentak di Filipina dan Indonesia berdekatan kalimantan.

Walaupun kawasan yang paling teruk terjejas adalah ranau sabah, daerah lain seperti papar, kota marudu, keningau, tambunan, kudat, kota belud, bandaraya kota kinabalu juga turut merasa gegaran gunung berapi yang berlaku sekitar 30 saat ini.

Antara tempat yang terjejas adalah premis perniagaan, sekolah, Atm bank dan pelbagai lagi tempat:









Kejadian gempa bumi ini telah menjejaskan talian komunikasi penduduk terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pergunungan ranau. 

Ini termasuklah hubungan komunikasi dengan pendaki gunung kinabalu yang terputus disebabkan tanah runtuh.


Team gunung kinabalu telah memberi amaran dan semua aktiviti mendaki telah dihentikan buat masa ini untuk tujuan keselamatan. 



Donkey Ear salah satu puncak gunung kinabalu juga telah menjadi flat ataupun rata disebabkan kejadian alam ini. 


Kawasan pelancongan air panas poring juga dilaporkan bertukar warna menjadi gelap disebabkan sulfur yang telah meningkat dengan mendadak.


Menurut penduduk ranau, gunung kinabalu juga dikatakan berasap, seolah-olah larva telah keluar. 



Mungkinkah gunung kinabalu akan aktif ? 

#PrayforSabah

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.