Kebanyakan tutorial yang saya baca mengajar kita kod apa yang hendak dicopy dan bagaimana nak letak kod yang betul dalam blog / template. Tapi, saya lebih suka guna servis yang ada. Takut template rosak pula jika terlalu mencuba. Apapun banyak jenis widget untuk popular pos. Yang animated pun ada juga. Tapi jika anda ingin menggunakan servis sedia ada. Ianya cukup simple.
Bagi blogger yang masih baru, anda mungkin tak perasan widget ini ada disediakan. Anda hanya perlu setting saja mana yang patut.He he.. Jadi, langkah pertama. Login ke blogger.com anda.
Pilih Layout > klik Add a Gadget
Di bahagian widget ini, pada bahagian basic, anda akan nampak popular post. Ia berada di nombor 5. Tekan butang tambah itu :-)
Anda akan nampak setting popular post.
Title : Boleh tukar jadi pos popular / artikel popular / dll
Most viewed : Anda boleh pilih samada nak letak popular post sepanjang masa / artikel yang popular sepanjang 30 hari / pos blog popular selama 7 hari.
Show : Buat pilihan macamana nak buat tajuk artikel ni muncul. Jika anda tick image thumbnail, seperti dalam image dibawah, tajuk pos akan keluar bersama dengan image kecil.
Jika anda tick snippet, sedikit pengenalan dalam artikel akan keluar juga. Kalau untick, hanya tajuk pos sahaja yang akan keluar.
Display : Berapa jumlah tajuk pos yang anda nak senaraikan. Kemudian Save.
Kemudian anda akan nampak hasilnya seperti ini. Saya tick pada image thumbnail & Snippet.
Mudah bukan.? Semoga Berjaya.
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.