Friday 8 May 2015

Buat Duit Dengan Dropship 2015

Apa itu Dropship ? Jika ini kali pertama anda mendengar tentang Dropship. Biar saya terangkan konsep dropship secara mudah. Lihat gambarajah dibawah.

  Secara ringkasnya 

~ anda mempromosi produk dropship

~Pembeli membeli produk dari anda

~ Anda gunakan duit tersebut untuk bayar harga produk pada harga kos

~ Pembekal / dropshipper akan menghantar produk pada pelanggan anda





Contohnya, anda memilih untuk mempromosikan beg tangan. Harga beg tangan tersebut adalah Rm50. Baca term dropshipper.

Kebanyakan harga yang ditawarkan tidak termasuk kos penghantaran. Anda tentukan berapa keuntungan yang anda inginkan + kos penghantaran. 

Marked up your own price. 

Jika anda menjual beg tersebut Rm80 + Rm10 (Kos pos) . Anda perlu menjual pada pelanggan Rm90 termasuk kos postage.

Setelah pelanggan melakukan pembayaran sebanyak Rm90. Anda hanya perlu bayar Rm60 pada pembekal. (termasuk kos postage). Jadi Rm90 - Rm60 = Anda akan mendapat untung sebanyak Rm30 untuk satu beg tangan.

Jika anda menjual 5 handbag dalam sehari, untung anda dalam sehari adalah = Rm150.

Cukup lumayan bukan?  

Langkah pertama dalam bidang dropship adalah memilih produk yang sesuai.
Jika anda memilih produk yang tidak laku dan kurang mendapat perhatian masyarakat, maka susahlah untuk anda menjual produk tersebut. Perhatikan trend populariti. Produk wanita mempunyai trend yang sentiasa berubah-ubah dan merupakan antara niche yang agak hot juga. Kebanyakan wanita sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi kecantikan.

Bagi mereka yang masih tercari-cari laman web yang menawarkan servis dropshipper, anda boleh baca artikel saya disini.

10 senarai laman web di malaysia yang menawarkan peluang dropship

Dropship dari china sebenarnya cukup menguntungkan kerana china merupakan pengeluar pelbagai produk barangan secara besar-besaran. Terlalu banyak barang yang murah dan unik dijual dichina. Jangan tak tahu, ramai  rakyat malaysia yang melakukan urusan bisnes dropship dari china untuk mendapatkan keuntungan  berlipat ganda. Saya senaraikan 7 laman web yang anda boleh gunakan untuk dropship dari china.

Rahsia Dropship : 7 Laman dropship china yang anda boleh gunakan untuk dropship

Banyak medium yang anda boleh gunakan untuk mempromosikan barangan dropship. Jika anda tidak mempunyai blog, anda boleh mereka laman web atau blog untuk mempromosikan barangan dropship. Kekurangan blog adalah anda perlu meraih banyak trafik supaya ia lebih cepat ditemui oleh pelanggan. Selain itu, anda boleh pelbagai menggunakan medium sosial seperti facebook, instagram dan twitter. 

Antara laman jualan yang mempunyai trafik tinggi adalah seperti mudah.my, lelong, Qoo10 dan banyak lagi. Disini anda tak perlu pening kepala mendapatkan trafik. Anda hanya perlu letak iklan dan tunggu pelawat. Laman web mereka menerima jutaan pelawat setiap hari. Anda hanya perlu pastikan produk berada diruang yang relevan agar ia mudah ditemui bakal pembeli.

Trik mudah : Promosikan produk dropship di group facebook yang mempunyai niche yang sama. Contohnya promosi sarung leather seat kereta viva di group / kelab viva. 

Dropship adalah antara bisnes yang anda boleh jana pendapatan dalam masa yang singkat jika teknik promosi sesuai dan berkesan.




No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.