Tuesday 5 May 2015

10 Senarai Laman Web Di Malaysia Yang Menawarkan Peluang Dropship

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, semua orang pun mencari peluang menambah pendapatan sampingan. Yang dah bekerjaya pun masih juga berusaha mencari duit poket lebih..Ho ho.. Lumrah hidup. Besar periuk besar juga keraknya. Semakin tinggi pendapatan, semakin banyak juga yang perlu dibayar.

Disini saya dedahkan 10 senarai laman web yang saya tahu di malaysia. kebanyakannya adalah  percuma  :-) Anda hanya perlu klik gambarajah web dan anda akan dibawa terus ke bahagian dropship laman web mereka. Ada sesetengah laman web dropship ni yang saya pernah gunakan untuk buat bisnes dropship.

Untuk dropship dari china, anda boleh klik tajuk artikel saya ni :
  7 Laman Dropship Dari china



1. HandbagWholesale

http://www.handbagwholesale.my/

Ni antara laman yang saya pernah gunakan untuk dropship dan pernah menjana pendapatan darinya. Kebanyakannya saya jual di mudah.my. Ianya percuma sahaja. Jualan utama web ini ialah beg tangan. Tapi ada banyak juga jualan lain seperti pakaian dan aksesori. Jika anda berhasrat memaksimumkan pendapatan, anda kena bayar jadi agen wholesale sebanyak Rm30. Harganya memang jadi jauh lebih murah. Support mereka terhadap member dropship ni ok juga.



2. MycutieShop

http://www.mycutieshop.com/

Laman web ni pun antara dropship yang saya pernah gunakan juga. Banyak pilihan item yang anda boleh dropship disini. Contohnya seperti beg tangan biasa, berjenama, dompet, barangan lelaki, produk wanita, aksesori dan pakaian. Cuma respon yang diberi terhadap dropshipper agak slow sedikit. Mungkin disebabkan faktor percuma..  Huhu... nasib baiklah customer yang saya dapat waktu tu penyabar orangnya. Saya pernah dropship dari sini sekali sahaja. Laman jualan ini sesuai jika anda ingin bermula tanpa modal.



3. Esgesee

https://esgesee.com/

Esgesee menawarkan pelbagai koleksi pakaian wanita korea yang cantik dan terkini. Anda juga boleh dropship lingerie disini. Nak jadi member, ada bayarannya ya. Anda kena beli pakej yang mereka tawarkan. Bermula dari Basic, gold, platinum, vip dan vvip. Untuk jadi agen basic saja, anda kena bayar kos sejumlah Rm200. Kebaikan dropship berbayar adalah mereka akan memberi support yang baik untuk member-member droship.



4. Cute4ushop

http://www.cute4ushop.com/

Laman dropship ni menjual pelbagai aksesori wanita, pyjamas,body shapping, barangan kosmestik, pakaian wanita dan lelaki. Ada banyak plan yang disediakan untuk dropship dilaman ini yang berbayar. Tapi anda boleh pilih untuk bermula secara percuma. Kekurangannya, anda tidak akan menerima ganjaran bulanan dan diskaun untuk harga barangan. Apapun anda boleh menentukan harga anda sendiri.



5. Happy2u.cc

http://www.happy2u.cc/dropship-programme/

Jika anda berminat untuk dropship kasut, laman ini amat sesuai. Banyak koleksi kasut yang comel dan unik disini. Untuk memulakan dropship disini, percuma sahaja ya :-)



6. OrionDream.my

http://www.oriondream.my/page-12589.html

Merupakan laman web yang menjual fesyen wanita korea juga. Kebanyakan harga pakaian ini bermula dari Rm20 hingga Rm22. Saya pernah menggunakan dropship ini dan dikenakan charge sebanyak Rm10 sahaja untuk jadi agen. Sekarang ini, tak pasti lagi samada agen fee dikenakan atau tidak. Support servis mereka baik dan cekap jugalah. Mereka akan update produk mereka yang terkini melalui email. Nak tahu proses jadi agen, anda kena contact admin.



7.Summerglitz.com

http://summerglitz.com.my/contact-us/drop-ship.html

Laman web summerglitz menjual pelbagai keperluan khas untuk keperluan maternity. Nak tahu koleksi lebih banyak. Lihat dilaman web mereka :-)


 

8. Digitalzone2u

http://digitalzone2u.com/index.php?option=com_content&view=article&id=95&Itemid=106

Kebanyakan barangan gadget yang terkini dan popular ada ditawarkan disini, banyak pilihan menarik dan unik. Contohnya, spy pen, pendrive unik dan macam-macam lagi. Nak jadi dropship percuma sahaja ^_^



9. Windowshopping.my

http://windowshopping.my/#
Laman windowshopping menawarkan pelbagai jualan termasuk pakaian lelaki, wanita, handbag, produk kecantikan, kasut dan pelbagai lagi. Lihat lebih lanjut dilaman mereka.



10. mzbeautyshop

http://mzbeautyshop.blogspot.com/

Ini adalah antara salah satu laman web yang menawarkan dropship produk kecantikan. Masih ada banyak web diluar sana yang menawarkan dropship untuk produk kecantikan. Niche ini juga antara jualan yang hangat dipasaran. Tiada fee untuk jadi member.

Tips penting : Senarai laman web ini sebenarnya hanyalah langkah pertama sahaja dalam dunia dropship . Untuk mengaut keuntungan yang lumayan dengan dropship, anda perlu belajar ya. Anda perlu tahu niche apa yang mampu membuat duit berterusan untuk anda. Jangan bermula dengan terburu-buru. Jika anda tersilap, semua usaha dan masa anda akan jadi sia-sia. Jualan tidak laku dan semua terbengkalai.

Fakta Penting : Walaupun telah banyak laman web yang didedahkan untuk dropship, masih ramai yang gagal sebenarnya menjana pendapatan darinya kerana tidak tahu platform apa yang sesuai digunakan untuk menjual, ayat-ayat promosi dan teknik promosi berkesan. 

Belajar Dari Mereka Yang Berjaya : Jika anda masih belum menjana pendapatan dari bisnes dropship, tak mengapa. Anda tak perlu pening kepala memikirkan betapa mahalnya rezeki anda. Jangan segan belajar dari mereka yang telah berjaya. Ho ho.. Saya amat sarankan agar anda terap ilmu yang penuh didada untuk mengurangkan risiko error dan kerugian. Jika anda serius dalam bidang dropship, tidak salah anda belajar dari mereka yang pakar.

~Semoga berjaya.



18 comments :

  1. Agak baru juga laman dropship disenaraikan disini tetapi very informative. Ditambah senarai laman wholeseller & dropship di post kami ini boleh memberi kepelbagaian kepada bakal2 online entrepreneurs Malaysia.

    Namun hakikatnya, mereka harus juga bersedia bukan sekadar produk yang bakal dijual. Mereka perlu "mencintai" terlebih dahulu produk tersebut & mengenali lebih dekat lagi. Itu yang kita lihat senario hari ini yang dropshipping sekadar budaya bidang terjun sahaja, maklumlah kerana tiada modal (yg besar) harus dikeluarkan :( .

    Mereka juga terlupa yang nama besar seperti Zalora (contoh) juga menjalankan strategy dropshipping ini dengan mnyediakan platform untuk pemilik2 produk. Sudah tentu nama2 baru akan terus tenggelam dlm perniagaan yg bakal dijalankan.

    Oleh itu, kena lebih fokus, kepelbagaian dalam promosi serta menyediakan kelengkapan yg lebih efisyen kepada bakal pembeli banyak membantu dalam menaikkan kredebiliti (termasuk kepercayaan) penjual terhadap pembeli, ditambah nilai pemesanan yg lebih efisyen. Contoh seperti Mukabuku Elite Theme siapa sangka dari sebuah Blogger blog boleh menjadi kedai online yg hampir sempurna dengan laman e-commerce tersohor sedia ada.

    Sekadar berkongsi & thanks share info bermanfaat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Irsah..terima kasih juga atas kunjungan ke blog ini. Komen yang ditinggalkan cukup bermanfaat untuk panduan saya dan pelawat lain..

      Delete
  2. semua brg di Oriondream.my cantik dan murah...tpi sygnya semua brg xready stok.pre order seminggu..huuuu...

    ReplyDelete
  3. Hai Siti..memang betul semuanya cantik dan murah. Waktu saya join oriondream dulu, kebanyakan barang ready stok. Hanya certain item sahaja yang pre order..nampaknya teknik pemasaran mereka sudah berubah. Terima kasih untuk informasi update ini... ^_^.. Jangan kecewa. Masih ada banyak laman dropship lain yang anda boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi elvina, utk kasut just ade hapy2u jew ke?

      Delete
    2. Hai Jessie..setakat ni cuma dropship hapy2u saja yang saya tau ^_^...

      Delete
    3. hai elvina jane..klau dh jd dropship handbagwholesale..beli brg dpt hrga normal member ya^_^

      Delete
  4. hai elvina jane...klau dh dftar dropship handbagwholesale..boleh beli brg dgn harga normal member x

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya. kalau barang yang dihantar tu kantoi defect koyak ke benang putus ke macam mana ya

      Delete
  5. ada lagi tak laman web yang perluka dropship agent yang boleh dipercayai

    ReplyDelete
  6. ade tak dropship untuk baju wanita mcm
    top
    blouse
    punjabi
    kemeja labuh

    ReplyDelete
  7. ada tak wbsite utk dropship minyak wangi murah2 bwh rm10

    ReplyDelete
  8. hai elvina , memandangkan awak pernah jadi dropshipper , boleh x awk konngsi tips awk sikit sepjg jdi drpship?

    ReplyDelete
  9. Hai, bru nk mula cz intersted sgt dgn dropship ni... blh xsharekn serba sedikit info whare to start...

    ReplyDelete
  10. awak dh tak buat dropship dgn website2 ni ke? kalau handbag wholesale tu ok tak?

    ReplyDelete
  11. Russeta Jamaluddin1 June 2017 at 21:14

    Hi elvina, saya pernah diperkenalkan dengan satu portal dropship produk2 iks tempatan namanya klikzen.com . Pada pandangan awak, ok ke produk2 iks kita buat dropship? Saya tak pernah buat lagi tapi suka jugak kalau boleh jual produk2 tempatan.

    Tq.

    ReplyDelete
  12. Hi ..saya nak tanya utk jd dropship agent utk cute4ushop kan, kalau kita x bayar fee means kita x kan dpt ganjaran kan tp kalau saya tetapkan harga sendiri means sbg cth harga dia RM12 saya letak RM15 means duit RM3 saya blh ambil ke ?

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.