Lalu saya mendapatkan ebook berkaitan dropship. Seperti yang saya jangka. Saya didedahkan dropship daripada China.
Mengapa China ?
China merupakan pengeluar barangan terbesar dunia.Barang-barang yang dihasilkan kebanyakannya adalah hasil kitaran semula.Sebab itulah ia boleh dihasilkan secara besar-besaran dan dijual pada harga yang lebih murah.
Namun agak menyedihkan ebook yang saya beli berharga lebih dari Rm50 ke atas (Agak mahal bagi saya), Saya hanya didedahkan 1 sumber dropship shaja. Follow up emel yang saya terima selepas itu adalah artikel yang disertakan link affiliate produk lain. Sungguh mengecewakan !
Di sini saya dedahkan kepada anda antara sumber dropship yang anda boleh gunakan. Ini bukan atas pengalaman saya ya. Ia adalah hasil kajian saya. Ada antara web ini saya baca dari WangCyber.com. Terima Kasih banyak!!
Anda boleh kaji satu persatu laman web ini untuk memastikan perkhidmatan dropship mereka. Anda tidak perlukan senarai dropship yang panjang lebar untuk memulakan dropship. Laman web yang saya dedahkan ini mempunyai beratus-ratus produk jualan.
1.Vesst.com
Sila klik Gambarajah untuk ke laman web
2. Dhgate
Namun apa yang saya perhatikan kebanyakan barang dijual secara pukal dan kos penghantaran adalah berbayar jika dibeli dalam unit yang kecil. Anda juga boleh menggunakan khidmat penghantaran percuma tapi tempohnya agak lama sehingga mampu mencapai jangkamasa sebulan. kebanyakan penjual ada menawarkan khidmat dropship.Anda boleh deal dengan mereka ya.
Sila klik gambarajah untuk ke laman web
3. Aliexpress
Sebenarnya saya sendiri kurang pasti mengenai aliexpress ini. Tapi laman jualan ini sangat terkenal dikalangan dropshipper. Harganya memang cukup murah seperti dhgate. Laman jualan ini juga mempunyai ramai pembekal. Hampir semua barang yang anda cari ada disini. Ada juga barang yang ditawarkan cukup unik dan inovatif. Kos penghantaran boleh cek dilaman web ini ya.
Sila klik gambarajah untuk ke laman web
4. DealeXtreme
Berbanding Dhgate & Aliexpress. Anda boleh beli barang dalam unit yang kecil ataupun untuk anda sendiri dengan harga berpatutan dan kos penghantaran percuma. Tempoh penghantaran adalah lebih kurang 2 hingga 3 minggu ke Malaysia. Anda boleh deal dengan mereka untuk dropshipping.
Klik Gambarajah untuk ke laman web.
5. WsDeal
Anda akan melihat banyak barang elektronik disini seperti telefon bimbit dan laptop. Tapi seperti yang kita tahu barang elektronik berisiko dari segi penghantaran dan mungkin juga kualitinya.Apapun anda boleh baca rating produk dan komen pembeli.
Sila klik gambarajah untuk ke laman web
6. AhappyDeal.com
Laman ini menggunakan konsep yang sama seperti wsdeal.com. Tapi Anda mungkin akan dikenakan bayaran untuk kos penghantaran. Buat Kajian terhadap barang jualan sebelum melakukan pembelian.
Sila klik gambarajah untuk ke laman web
7. FocalPrice.com
Harga yang ditawarkan memang cukup murah dan kos penghantaran juga percuma ke Malaysia. Lihat rating dan review produk sebelum melakukan proses pembelian.
Tips dari saya : Jika anda mempunyai budget lebih, saya cadangkan anda beli satu barang yang anda inginkan dahulu. Dengan ini anda boleh melihat barang dan menilai sendiri kualiti produk. Anda juga boleh menilai bagaimana barang dipacking. Jika anda berpuas hati. Barulah anda yakin untuk menggunakan khidmat dropship mereka.
Saya harap saya telah bantu anda sedikit dalam usaha anda mendapatkan sumber dropship dichina. Disini saya mengingatkan kepada anda agar melakukan kajian sebaik-baiknya dan saya menegaskan disini bahawa laman ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang risiko dan kerugian jika anda tersalah langkah.
Baca 10 senarai laman web di malaysia yang menawarkan peluang dropship disini
Thank you for sharing. Very helpful info
ReplyDeleteTips terbaik TQ :)
ReplyDeleteAppreciate this post. Will try it out.
ReplyDeleteUnquestionably imagine that that you said. Your favorite reason appeared to be at the internet the easiest factor to consider of.
ReplyDeleteI say to you, I definitely get annoyed even as people consider issues that they plainly do not understand
about. You controlled to hit the nail upon the top and defined out
the entire thing without having side effect ,
other people could take a signal. Will probably be again to get more.
Thank you