Dagu ni pula dah jadi double chin. Banyak layer. Lengan ni
pula ibarat lengan body builder yang tak berotot.
Masa pregnant first baby.. berat badan naik sebanyak
14kg..Lepas bersalin, berat badan turun 12kg. Tu pun sebab breasfeeding.
Tengok pada cousin saya, badan sangat kurus kerana breastfeeding
sampai anak berusia 3tahun. Membantu juga. Tapi pada saya walaupun dah
breasfeeding lebih 3 tahun...tak jalan pula... Tidak berkesan.
Masa kerja pula, pemakanan tak teratur, maklumlah kerja
shift. Even dah tengah malam pun, makan juga. Dan hasilnya? Jadilah gajah.
Jadi saya pun beranganlah ingin mulakan diet tanpa ubat
sendiri. Lebih selamat. Buat yang mampu saja dulu. Nak kurus, bukan usaha
sehari atau dua hari tapi seumur hidup. Kalau berjaya kurus dalam masa singkat
pun tak guna jika tak mampu bertahan. Akan kembali ke bentuk asal juga tu..
Saya terbaca ada sesetengah orang yang berjaya turunkan berat dalam sebulan 1-2
kg saja.. Means, semangat tu kena berterusan. Baru nampak hasilnya.
Meskipun hilang nikmat hidup pasal pemakanan yang
sedap-sedap ni, tapi tak apalah. Kalau dah beransur turun berat badan, hasilnya
pasti berbaloi. Saya buat banyak juga pasal artikel kurus ni. Tapi diri sendiri pula
tak dapat praktikkan.. ho..ho..
Saya tak laratlah lakukan dengan mendadak. So, saya start
slow sajalah. Apa yang membuatkan saya rasa paling best, setiap kali saya ingin
lakukan aktiviti nak kurus, pasti mendapat penyertaan dan sokongan penuh dari En. Husband.
Jadi benda pertama yang saya dah mula lakukan adalah
berhenti makan pada waktu malam. Ganti dengan oat sahaja. Walaupun oat ni
adalah sumber karbohidrat, tapi ia mampu menurunkan berat badan kerana ia
membantu mengurangkan kolestrol dalam darah. Amat baik untuk jantung. Jangan
terkejut, sesetengah orang berjaya kurus dengan memakan oat sebagai rutin dalam
diet setiap hari.
Biasanya saya akan makan oat dibancuh dengan susu sahaja. Husband
pula akan makan lauk dan kemudian minum oat. Apa yang baik pasal oat ni, ianya
lambat hadam. Jadi anda akan rasa kenyang lebih lama.
Setiap kali ada masa, kami akan habiskan waktu petang dengan
bermain sukan badminton. Cukuplah sekadar bermandi peluh. Dalam seminggu
dapatlah bersukan 2-3kali macam tu. Sukan badminton ni sukan yang baik untuk
jantung. Jadi ia memang membantu mempercepatkan pembakaran kalori. Saya akan
pastikan markah dikira agar ada pembakar semangat tak mahu kalah pada suami.
Jadi mulalah saya aktif berlari. Walaupun biasanya akan
dikalahkan. Hehe..
Rasa-rasanya dah nak masuk seminggu jugalah.
Apa yang membuat saya kecewa, turun tak sampai pun sekilo. Mungkin hanya
beberapa ratus gram sahaja..huhu..
Husband pula turun berat sebanyak 4kg. Sungguh tak adil.
Lepas tanya & tanya. Rupanya waktu tengahari di pejabat, dia hanya makan lauk dan sup
hanya. Dia hanya makan nasi apabila lunch bersama saya. Advance la pula.
'Kenapa tidak bagitau saya ?' `Ko tidak tanya pun! LOL'
Bukan tak mengambil berat pasal si dia ya ; tapi dah masing-masing busy dengan komitmen pekerjaan hehe..
Jadi saya pun berhasrat lunch makanan yang ringan-ringan sahaja. Lagi baik tanpa nasi.
'Kenapa tidak bagitau saya ?' `Ko tidak tanya pun! LOL'
Bukan tak mengambil berat pasal si dia ya ; tapi dah masing-masing busy dengan komitmen pekerjaan hehe..
Jadi saya pun berhasrat lunch makanan yang ringan-ringan sahaja. Lagi baik tanpa nasi.
Saya pernah terbaca , faktor berat badan dipengaruhi oleh
metabolism seseorang, ketinggian, jantina dan ada pula yang kata diet kena ikut jenis darah untuk lebih berkesan..
So, saya just download app untuk kira kalori di mobile..
Lagi mudah. Tahu lah berapa pengambilan kalori sehari.
Bmi normal adalah sekitar 18.5-24.5... Bmi saya kini ialah
25. Rasanya belum obes sangat lagi. Tapi still kena turunkan berat untuk
kesihatan. Anda kena set target nak turunkan berapa kg dalam masa berapa lama.
Saya ni cukuplah turunkan berat sekitar 8-10kg sahaja. Nampak macam sikit saja.
Tapi nak mencapainya bukan main susah!
Secara amnya, wanita perlu ambil lebih kurang 1200 sehari
untuk kurus. Itupun disertai dengan sukan 30 minit setiap hari. Manakala lelaki
pula lebih kurang 1800 kalori sahaja.
Waktu pagi. Saya tetap akan makan nasi. Breakfast lebih
awal. Ianya penting untuk menstabilkan gula dalam darah. Lagi baik begini ;
Jadual saya :
Breakfast – 300 kalori
Lunch – 200
Dinner – 200
= 700 kalori.
1200 – 700 = 500 kalori.
Yang 500 kalori tu bolehlah tambah snek ringan seperti salad dan buah-buahan. Makan
snek diperantara makan breakfast / lunch / dinner.
Seorang rakan saya yang dah jadi kurus dan
jelita kata tak salah nak makan apa pun. Kalau ikut caranya. Sekiranya dia dah
makan kek, dia akan ambil tahu berapa kalori kek tu. Then, petangnya dia akan
berjoging untuk bakar kalori tu. Lagi banyak kalori. Lagi jauh dia pergi
berjoging.
Untuk snek, Saya sediakan pelbagai jenis kacang sebagai
santapan untuk mengunyah. Elak dari pergi mencuri-curi makan makanan berat.
Ibarat tipu diri sendiri. Ho Ho..
Harap-haraplah berhasil. ~~
Baca bahagian kedua disini :
Cerita pengalaman turunkan berat badan : My first 2kg !
Baca bahagian kedua disini :
Cerita pengalaman turunkan berat badan : My first 2kg !
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.