Saturday 4 April 2015

Antara 8 Jenis Sukan Yang Membantu Anda Membakar Kalori

Seperti yang kita tahu, kebanyakan sukan membantu membakar beratus-ratus kalori. Namun antara 8 jenis sukan inilah yang membakar kalori dengan cukup banyak per jam. Jom kita lihat jenis sukan ini dan berapa kalori yang mampu kita bakar dalam tempoh 60 minit.


1. Berenang  500- 800 kalori per jam

Fuh! banyak tu. Sukan ni adalah antara aktiviti yang membakar kalori paling banyak. Kebanyakan selebriti di negara barat mengamalkan sukan ini untuk membantu pembakaran kalori. Berenang buat kita kurus lebih cepat kerana gerakan yang dilakukan adalah melibatkan seluruh badan. Tekanan dalam air pula adalah lebih tinggi dari di darat. Sebab itulah anda akan merasa sangat penat dan lapar apabila berenang.

2.  Joging 550-950 kalori per jam

Jika anda berjalan, berlari ataupun berjoging, anda sebenarnya telah memulakan aktiviti pembakaran lemak. Senaman ini amat baik untuk jantung anda. Untuk memulakan aktiviti ini, anda tidak perlu memaksa diri dengan memecut selaju mungkin. Apa yang anda perlu lakukan ialah, warming up sekejap, berjalan dan berjoging perlahan-lahan. Cara ini amat baik untuk mengelakkan anda sakit dan lenguh pada otot.

3. Sukan raket 600-900 kalori per jam

Contohnya adalah sukan seperti badminton, tennis dan squash. Rasanya ramai yang amat enjoy melakukan aktiviti jenis ini. Ia termasuklah saya sendiri. Senaman ini baik untuk lengan, pinggul dan lutut anda. Ia juga merupakan senaman kardio yang popular.

4. Bola Sepak / futsal 600-900 kalori per jam

Inilah aktiviti yang amat digemari oleh kaum Adam. Bermain selama sejam pun mampu membakar jumlah kalori yang boleh tahan banyaknya. Ia merupakan hobi yang baik dan bermanfaat untuk kesihatan. Lakukan aktiviti ini sebagai rutin anda setiap petang. Wanita yang berminat bermain bola pun digalakkan bermain bola ataupun futsal. Lebih baik jika bersama dengan team wanita. Perlu lebih berhati-hati jika anda mengikut permainan ini dikalangan kaum lelaki. Boleh berlaku kecederaan jika tersalah langkah.

5. Naik tangga 650-900 kalori per jam

Wow!  Ini bukan gurauan ya :-) Menaiki tangga selama sejam sebenarnya mampu membakar kalori yang banyak. Sesuai untuk senaman paha. Daripada menggunakan lif, gunakan tangga untuk naik ke tempat pekerjaan anda. Dengan ini, anda telah pun melakukan senaman yang ringan. Namun anda perlu tahu, turun tangga amat tak digalakkan kerana memberi kesan yang buruk kepada tulang belakang kita.

6. Sukan hoki 650-900 kalori per jam


Sukan hoki sebenarnya membantu kita bergerak lebih lincah. Melalui sukan ini, anda telah menjadikan otot tangan dan otot kaki lebih fit dari sebelumnya.

7. Seni Pertahanan Diri 700 - 1100 kalori per jam

Jika anda adalah seorang ahli judo, karate , taekwando atau apapun martial art lain, anda sememangnya amat beruntung. Ia bagaikan memperolehi dua faedah dalam satu cara. Melalui senaman ringan yang dilakukan untuk mengasah skill sebelum memulakan perlawanan, ia sebenarnya telah membantu anda membakar sedikit kalori.

8. Skipping 700 - 1100 kalori per jam

Ini adalah senaman warming up yang biasa dilakukan oleh peninju. Melalui aktiviti ini, mereka merasa badan mereka lebih ringan untuk melompat dan bergerak. Ia senaman yang baik kerana membakar seluruh lemak dalam tubuh. Namun perlu diingatkan jika tidak dilakukan dengan betul dan berhati-hati, ia boleh menyebabkan kecederaan pada lutut dan tulang belakang anda.

Pilih mana-mana sukan yang paling anda suka, mulakannya sebagai rutin harian anda. Dengan ini, anda telah pun bakar beberapa ratus kalori yang anda dah makan. Betul tak ? ^_^



No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.