Sememangnya cukup kagum dengan rakan blogger yang lain. Ada antara blog yang saya survey dah mencapai lebih 1000 artikel.. Jealousnya. Tapi memang makan masa lah. Rasanya tiada blog yang akan berjaya dalam sebulan. Kecuali lah jika anda memang tiada benda lain nak dibuat. Tidur 3 hingga 4 jam saja...bujang. Semua tu bolehlah.
Difikirkan semula, saya pun dah lama juga berblog. Tapi pernah terputus buat blog kerana fokus rumahtangga dan pekerjaan. Then on and off sahaja blogging. Paling lama tak update blog dalam 5-6 bulan macam tu.. Azam tahun 2015 ni nak update artikel blog setiap hari..yihhh..!
Kecian dengan blog kesayangan ni. Terbaca pasal blogger lain ada yang hasilkan sebuah artikel ambil masa 4 jam macam tu. Waa.. lamanya. Saya tak bolehlah menghadap komputer lama-lama. Sejam saja pun dah nak pitam...hehe....
Masa jadi suri rumah sepenuh masa, paling maksimum artikel saya pernah hasilkan dalam sehari adalah lapan artikel macam tu.. Bukan berterusan. Ambi masa-masa untuk rehat. Nak kata pendek ja penulisan tu, tidak juga. Habis ja buat artikel, terus pening. Masa tu buat blog pasal keibuan saja. Memang semangat yang hangat-hangat tahi ayam la pula. Bertahan sekejap saja topik ni, then dah tukar blog campur-campur. Macamana?!... hmm..
Sekarang pula sibuk bekerja. Bila balik rumah, keluarga pula. So, memang tiada masa.. Kadang-kadang rindu juga dengan blog. Dianak tirikan... huhu... Kini, paling maksimum saya hasilkan artikel dalam sehari ialah tiga. Tapi jika sibuk, hanya satu artikel saja. Saya akan ambil kesempatan sebelum tidur / selepas bangun untuk curi-curi buat blog..
Husband memang tak payah cakap. Dah tahu sangat perangai saya ni... yang bestnya, fully support pula..huhu.. Buat saya sangat terharu dalam part ni... Thank you.. Thank you...
Bila saya cakap artikel blog sikit sahaja, dia pasti katakan 'tidak apalah..hobi juga kan'.. hehe.. so tidak kisahlah..
Biasanya satu artikel saya hasilkan dalam masa satu jam atau setengah jam.. Sebab tak boleh tengok laptop lama.. Rasa pening... Saya akan fikir satu headline menarik, buka laptop...then terus menaip ayat-ayat serta perkataan yang terlintas dalam pikiran. Jika saya nak hasilkan artikel yang saya kurang pasti mengenainya. Saya akan ambil sedikit masa untuk kaji. Buat brain storming pada buku..sambil online cari content di smartphone. Ataupun kadangkala saya just buka laptop, kaji sambil taip. Fuhh!
~Wajib ada untuk menghasilkan artikel blog~
Artikel yang anda sedang baca ni, saya taip dalam sejam. Berfikir sambil menaip. Seronok tau..ibarat menulis dairi..hihi..
Kualiti artikel ? Saya tak boleh judge. Hanya reader yang menentukannya. Harap-harap reader dapat tangkap apa yang saya sampaikan. Sedang cuba buat yang terbaik...^_^
Blog bahasa Inggeris? Disebabkan saya boleh hasilkan artikel dalam bahasa inggeris juga, mula-mula nak juga buat blog bahasa inggeris... Tapi bersaing dengan the whole world punya blogger pula.. Nanti betul-betul jadi blog syok sendiri. Dalam dunia ni kan, terlalu ramai orang yang berbakat menulis (negative thingking hihi )..So, oklah...tulis dalam malay pun ok juga.. Saya bukannya nak target reader antarabangsa juga. Tapi ikut keselesaan anda sendirilah.
Disebabkan bahasa melayu di sabah memang cukup berlainan dari semenanjung, ada slang ataupun loghat sendiri. Saya cuba hasilkan artikel yang in between. Boleh difahami kedua-dua sempadan...
Mungkin ada antara anda yang sedang membaca artikel blog menyangka saya adalah blogger dari semenanjung... tapi bukan ya :-)
Sebelum memulakan penulisan blog, saya blogwalking dengan penuh sungguh-sungguh dan baca bagaimana artikel blog lain dihasilkan. Dan... Inilah hasilnya..Taraa...
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.