Tuesday 28 April 2015

Cerita Pengalaman Turunkan Berat Badan : My First 2kg !

Ni adalah cerita part kedua saya untuk turunkan berat badan. Saya akui bukan mudah nak turunkan berat badan. Masuk hari ini, dah sebulan lebih jugalah program turunkan berat tanpa produk ni. Hasilnya taklah banyak sangat. Hanya 2 kg saja. Ho ho.. Masih tak putus asa juga.

Jika anda berminat nak baca langkah pertama saya untuk turunkan berat badan, boleh baca lebih lanjut disini.

Keputusannya taklah terlalu drastik macam sesetengah orang. Disebabkan faktor-faktor seperti syif kerja yang berubah-ubah, masa makan pun tak menentu, saya hanya kawal corak pemakanan saja. Limitkan pengambilan gula. Konsepnya gula adalah punca kegemukan kita. Sebab gula yang kita consume ni akan dibakar menjadi tenaga.

Gula berlebihan yang tak digunakan akan jadi lemak dalam badan. Karbohidrat yang kita makan contohnya nasi, bread, ubi kentang akan ditukarkan jadi gula dalam badan. Sebab tulah karbohidrat ni kena ada limit. Tapi ia masih perlu ada dalam diet kita sebagai diet yang sihat.

So, waktu pagi saya akan tetap makan nasi ataupun mi sebesar 1 penumbuk. Makan awal untuk elak craving pada waktu tengahari. Sarapan pagi seawal jam 7 -8 pagi. Tapi jika saya bekerja pada syif pagi, saya akan makan banyak sedikit. Sebab jenis kerja ni buat saya aktif bergerak sepanjang shift. Kalau saya tak ambil karbohidrat waktu pagi. Ia pasti akan berakhir dengan kepala yang terasa sangat berat dan migrain. Sekarang ni badan saya dah adjust juga lah dengan limitation of food ni. Rasa akan muntah kalau ambil makanan berlebihan. Saiz perut dah kecil.

Untuk mendapatkan saiz perut yang kecil, anda boleh ikut cara pemakanan orang yang mempuntyai gastritis. (gastrik berlebihan). Makan sedikit tetapi kerap. Makan 6 kali sehari tapi dalam jumlah yang kecil. Dengan ini metabolisme badan anda akan meningkat. Pembakaran lemak lebih cepat. Rasanya nilah yang membuatkan saya gagal. Sebab susa curi makan waktu bekerja ni.

Cara kedua, ikut cara orang yang kerap sembelit. Ketika saya berada di kolej dulu, saya sering sembelit teruk. Serik jugalah lepas berlaku pendarahan yang kerap akibat sembelit. Bacaan darah saya, haemoglobin pun turun jadi 8.  Jumpa doktor, dia pun suggest makan makanan yang lembut-lembut sahaja. So, sepanjang musim tu, saya hanya makan bubur, ikan, ayam dan sayuran. Semua pun direbus. Tak ada minyak langsung. Saya amalkan makanan tinggi serat dan fiber seperti oat dan buah-buahan juga. Tak sangka berat turun dengan mendadak. Banyak teman yang bertanya apa rahsia saya hingga jadi kurus. Ho ho..

Rakan seperjuangan saya untuk kurus, encik husband pula turun sebanyak 6kg. Kami masih bermain badminton setiap kali ada masa. Memang best sukan ni, mudah dan cepat berpeluh. Badminton ni sukan cardio. Senaman jantung yang bagus. Jangan tak tahu, senaman cardio ni baik untuk dapatkan abs yang leper. Walaupun setakat ni tiada lagi yang tegur badan saya dah turun berat sedikit..T_T... at least tiada lagi lah yang tegur saya ni pregnant.. ho ho..Perubahan saya setakat ini adalah saiz perut boroi saya ni dah semakin mengecil.

Apa perlu anda elakkan adalah :

~Semua minuman segera atapun soft drink dalam tin / kotak/ botol  mempunyai kandungan gula yang tinggi. Jadi seboleh-bolehnya elakkan minuman ni.
~ Fast food seperti Kfc, pizza, Mcd, maggie, burger segera mempunyai perasa dan perencah yang berlebihan dan merbahaya untuk kesihatan. Contohnya perasa seperti Msg (monosodium glutamate) terdapat dalam kebanyakan produk maggie. Ia tak baik untuk usus dan diet anda.
~ Kurangkan garam dalam diet sebab garam ni tarik air untuk tinggal dalam tubuh. Ia akan jadi takungan air. Ni salah satu punca gemuk air.
~ Setiap kali teringin minum minuman pek 3 dalam 1, saya akan minum air sebanyak 2 gelas. Ni cara untuk kawal nafsu terhadap minuman tinggi gula...

Corak pemakanan saya :

Saya ambil lebih banyak karbo waktu pagi, tengahari dan petang lebih kepada sumber protein. Ni cara untuk elak gula berlebihan dalam tubuh. ^-^.. Ambil air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk cepat kurus.

~ Semoga bermanfaat buat anda ~

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.