1. Nak Tahu apa itu Kafein ? Ia merupakan perangsang pada central nervous system (pusat sistem saraf) kita. Ia merupakan sejenis dadah yang menjadikan kita lebih aktif. Namun ia adalah legal dan digunakan secara meluas diseluruh dunia.
2. Antara makanan yang mengandungi kafein adalah aiskrim, kek, kopi (semua jenis), teh, soda, coklat, semua jenis penambah tenaga seperti redbull dan sebagainya,
3. Ia menjadikan kita lebih segar dan tidak mengantuk. Tubuh kita mengandungi sejenis kimia yang dikenali sebagai adenosine. Ia akan mengikat reseptor dalam otak untuk membuatkan kita mengantuk.
Manakala kafein pula mempunyai saiz dan bentuk yang sama seperti adenosine. Kafein secara khususnya bertindak dengan mengikat reseptor dalam otak dan menghalang adenosine yang sebenar daripada memberi rangsangan.
4. Kafein bertindakbalas lepas 10 minit anda mengambilnya dan lebih efektif selepas 45minit. Ia mampu bertahan selama 3 atau 4 jam ataupun bergantung kepada bagaimana cepat tubuh anda menyerap dan menghadamnya.
5. Kafein membuatkan kita ketagih kepadanya. Ini termasuklah mereka yang ketagih merokok. Buktinya lagi, Kebanyakan orang suka minum kopi untuk memulakan hari mereka agar lebih segar dan aktif.
6. Jika anda seorang penggemar kopi, berita baik buat anda! Menurut kajian, golongan berusia yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi dalam darah, dapat mengelak penyakit alzheimer pada tahun akan datang. Pengambilan yang disarankan ; 2-5 cawan sehari.
7. Ia mampu melindungi anda dari pelbagai jenis kanser seperti risiko kanser endometrium sebanyak 25% dan kanser hati.
8. Kafein membantu mengelak penyakit stroke. Penyelidik mendapati mereka yang mengambil kafein setiap hari dapat mengurangkan risiko diserang angin ahmar. Ini termasuklah mengurangkan risiko kematian disebabkan penyakit jantung. Tiga cawan sehari cukup untuk menurunkan risiko ini sebanyak 21%.
9. Kafein sebenarnya membantu mempercepatkan anda untuk kurus kerana ia merangsang metabolisme anda agar lebih aktif. Minum secawan kopi sebelum makan boleh mengurangkan selera makan anda.
10. Pengambilan kafein mampu menurunkan risiko diabetis melitus sebanyak 30%.
11. Kafein mampu buat anda lebih happy. Percaya atau tidak, kebanyakan mereka yang mencuba untuk berhenti merokok mendapati mereka akan mengalami perubahan emosi iaitu lebih panas baran dan cepat meradang.
12. Kafein menghalang penyerapan zat besi. Tidak digalakkan pengambilan kafein buat wanita yang sedang hamil.
13. Penggunaan kafein secara luaran mampu menjadikan kulit lebih cantik dan anjal. Baca artikel saya . Rahsia kulit cerah, halus dan anjal dengan kopi
14. Kafein sebenarnya bersifat diuretic. Ia menjadikan kita lebih kerap kencing.
15. Minum atau makan kafein mempercepatkan proses penuaan kulit. Kulit akan mengalami dehidrasi dan lebih kering. Kafein adalah musuh kecantikan kulit.
16. Kebanyakan mereka yang minum kopi mengakui pengambilan kafein buat penghadaman mereka lebih lancar.
17. Walaupun kebanyakan orang berkata kafein adalah pencetus migrain. Ia sebenarnya antidote / penawar kepada migrain juga.
18. Kafein juga boleh menyebabkan kematian jika diambil secara berlebihan / overdose ! Please be alert.
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.