Wednesday, 1 April 2015

Tips Buat Ladies : 5 Perangai Melampau Anda Tak Patut Lakukan Pada Pasangan Apabila Bergaduh

Sesetengah kita , golongan wanita selalu berada diluar kawalan diri terutama jika berada dalam keadaan marah. Namun, perlu dititikberatkan bahawa perangai ini mungkin akan berlanjutan jika dibiarkan dan membawa kepada tahap yang lebih serius dan bahaya.

Saya terpanggil untuk menulis tajuk ini setelah group whatapps untuk bekas rakan-rakan sekolah diceroboh atas dasar cemburu. Memang agak kontroversi dan sedikit meriah jugalah dibuatnya. Bagaimanapun ia memang tak disenangi ahli-ahli kelab.. Chewaah...

Saya harap ia akan menjadi sebuah pedoman dan renungan buat anda yang pernah melakukan mana-mana hal dibawah ataupun berfikir mahu melakukannya.
 
1. Menceroboh privasi pasangan 

Apapun group whatsapp, atapun akaun media sosial yang lain milik pasangan adalah ruang privasinya. Adalah tak patut anda masuk ke ruangan chat peribadi pasangan dan mencipta drama pergaduhan dalam group chat milik pasangan.

Ini memberi pandangan kepada rakan-rakan si dia betapa buruknya perangai anda. Ia juga akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna chat yang lain. Dah nampak sangat anda tak respect pada pasangan anda. Lagi bahaya jika ada antara mereka yang screenshot dan menjadikannya viral dimedia sosial. Siapa yang malu ?? Anda juga. Nak gaduh..silakan. Tapi baik jangan libatkan orang lain dalam pertengkaran anda.

2. Menganggu ahli keluarga pasangan

Suatu realiti pasangan yang bergaduh juga. Bila pasangan tak peduli anda, anda akan berusaha menghubunginya, hinggakan seluruh ahli keluarga pasangan diganggu.. Jangan bertindak membabi buta... Nanti anda akan keluar dari list senarai menantu keluarga si dia.. BLACKLIST!

3. Update status 'Gaduh' dimedia sosial 

Contohnya update status anda ke facebook yang si dia buat macm ini lah, itu lah.. ble ble ble.. Nanti dah berbaik, update pula anda dah berbaik-baik dengan si dia. Heloo.. nanti menyesal pula dah buruk-burukkan pasangan / bakal suami. Kalau dah jadi viral, agak-agaknya hal tu boleh ditarik balik tak? Kecian pula dekat pasangan yang dah dipandang serong. Kawan-kawan tau pula tu... Hmmm...

4. Mengugut pasangan

Waduh...waduh... Kecian si dia jadi tak aman sebab dah keluar macam-macam ayat ugutan dari anda. Kalau si dia bersabar dengan anda, memang bernasib baiklah anda. Tapi jika si dia angkat kaki dari hidup anda. Jangan pula anda merayu-rayu..

5. Merosakkan harta benda / hadiah darinya

Rasanya inilah perkara pertama yang wanita akan lakukan bila teringatkan betapa geramnya hati terhadap si dia.. Tak dapat buat macam tu pada pasangan, buat pada barang yang dia beri pun dah cukup... Fuh.. sesetengah barang ataupun hadiah membawa memori dan nilai sentimental yang indah buat anda berdua. Janganlah libatkan harta benda pula ya ...^_^

Darah muda..biasalah ya.. namun fikir semula. Jika pergaduhan anda hanya disebabkan perkara kecil saja, tak berbaloi rasanya buat anda.

Jika anda selalu buat salah satu benda ni pada pasangan, habit ini mungkin akan berterusan hingga anda berdua berkahwin. Itupun jika si dia masih inginkan hubungan anda berdua ?


No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.