Friday, 28 September 2012

Risiko Kehamilan Pada Lewat Usia 30 Dan Ke Atas

Anda mungkin pernah terbaca kehamilan hanya digalakkan sehingga berusia 35tahun sahaja. Hal ini sememangnya penting untuk anda ketahui kerana risiko semasa kehamilan memberi kesan dan komplikasi kepada ibu dan bayi yang dikandung. Namun begitu, sesetengah wanita yang berusia mampu melahirkan bayi yang sihat tanpa masalah.

Kesuburan

Pada usia 30tahun, kesuburan wanita mulai berkurangan. Ini menyukarkan wanita itu untuk hamil.
Namun begitu, kesuburan boleh ditingkatkan. Anda digalakkan untuk berjumpa doktor bagi membincangkan masalah ketidaksuburan dan pilihan rawatan untuk kesuburan.


Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sebelum merancang kehamilan bagi mengetahui segala kemungkinan. Terutamanya, jika anda menghidap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Hal ini boleh memberi kesan kepada kehamilan jika tidak ditangani dengan baik.

Keguguran

Keguguran adalah risiko yang dihadapi oleh ibu di usia ini. Kebanyakan kes keguguran ini terjadi pada trimester pertama. Kadangkala si ibu tidak mengetahui dirinya hamil sehingga keguguran terjadi.

Secara saintifiknya, Wanita berusia 35tahun ke atas berisiko keguguran kerana kromosom yang tidak normal. Apabila jumlah kromosom dalam sel tidak mencapai jumlah yang normal. Embrio mungkin akan berkembang  dengan abnormal. Ini menyebabkan badan si ibu menolak embrio dan menyebabkan keguguran.

Keguguran boleh menyebabkan si ibu menghadapi kesakitan yang teruk dari segi fizikal dan emosi. Ibu digalakkan untuk sembuh sepenuhnya  secara fizikal dan mental  jika bercadang untuk hamil lagi.

Kecacatan pada bayi (birth defect)

Kecacatan pada bayi mungkin terjadi disebabkan penyakit pada kromosom. Contohnya, down syndrome adalah penyakit yang biasa dihadapi pada penyakit kromosom. Iaitu pertambahan satu lagi kromosom. Hal ini lebih berisiko pada wanita 35tahun ke atas.

Amonosintesis dan ujian prenatal lain merupakan cara untuk mengetahui jika bayi anda mempunyai kecacatan pada kromosom. Jika keputusan ujian ini normal. Ibu mempunyai peluang untuk melahirkan bayi yang sihat seperti wanita lain yang masih muda.

Placenta previa

Pada kehamilan yang normal, plasenta berada di atas uterus. Iaitu diatas punggung bayi sebelum kelahiran. Sebaliknya plasenta previa  merupakan suatu situasi dimana plasenta berada dikedudukan bawah uterus dan menutup pembukaan pintu rahim sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk semasa kelahiran dan kekejangan pada uterus.

Pembedahan caesarean dicadangkan untuk melahirkan bayi ini.

Kehamilan ektopik

Juga merupakan perkara yang biasa berlaku pada wanita yang berusia 35tahun dan keatas. Pada kehamilan yang normal, embrio akan menanamkan dirinya di uterus. Namun pada kehamilan ektopik, kehamilan berlaku di luar rahim ataupun uterus.

Biasanya kehamilan ini berlaku di tiub fallopio. Selain faktor usia, hal ini juga boleh disebakan oleh jangkitan pada tiub ataupun pernah menjalani pembedahan di bahagian tersebut.

Ektopik juga boleh menyebabkan kekejangan, sakit pada perut dan pelvik.

Kelahiran pramatang dan bayi kurang berat badan

Komplikasi ini juga kerap terjadi pada ibu berusia 35tahun keatas terutamanya pada kehamilan pertama. Bayi dilahirkan sebelum mencapai 37mingu dan berat bayi hanya mencapai kurang dari 2.5paun (1.14kg).
Terdapat pelbagai lagi komplikasi lain pada ibu yang bersalin diusia lewat.

Kehamilan yang berlaku pada usia ini memerlukan pemakanan yang sihat dan seimbang, jaga kesihatan anda dan lakukan chek up yang kerap untuk memastikan kesihatan bayi anda.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.