Thursday, 6 September 2012

Bagaimana Menjadikan Rumahtangga Bahagia Selamanya. Ketahui 7 Kunci Penting Buat Suami Isteri.

Semua individu yang telah berkahwin menginginkan rumahtangga yang bahagia. Namun tidak semua mampu mencapainya. Jika dibiarkan, ia mampu mencetus sesuatu yang lebih teruk lagi, iaitu penceraian. Ia memerlukan pengorbanan kedua-dua pasangan. Berikut merupakan tips dan petua penting demi mengekalkan kebahagiaan anda dan pasangan.

Komunikasi

Merupakan langkah yang paling penting dalam perkahwinan. Anda dan pasangan perlu bertenang dan berbicara dalam menangani masalah. Memendam perasaan dan menyimpan rahsia  hanya  akan memburukkan lagi masalah rumah tangga anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah luangkan masa untuk duduk bersama dan luahkan perasaan.
Gunakan peluang ini untuk berbincang mengenai hal rumah tangga dan perancangan anda, apa yang anda berdua inginkan dimasa hadapan.

Gunakan nada yang sesuai dan tenang semasa berbincang mengenai masalah rumahtangga. Elak menggunakan nada tinggi terhadap pasangan kerana dikhuatiri akan menyebabkan pergaduhan bertambah teruk.

Kejujuran

Sentiasa bersikap terbuka dan jujur terhadap diri sendiri dan pasangan,elak menyimpan sebarang rahsia. berbincang dan luahkan pada pasangan anda. Kebenaran sememangnya menyakitkan , tetapi lebih baik dari sembunyikan. Ianya akan lebih menyakitkan jika kebenaran diketahui di kemudian hari.

Memahami

Ini merupakan perkara yang  agak sukar. Memahami pasangan akan lebih mudah jika anda berdua mempunyai  komunikasi yang baik dalam rumahtangga.

Pergaduhan adakalanya disebabkan anda tak memahami pasangan . Anda merasakan dirinya dan anda tak sehaluan.

Disuatu ketika anda mungkin akan merasakan sangat berbeza dengan pasangan dan sukar untuk hidup bersama dengannya.

Komunikasi memainkan peranan penting untuk memahami pasangan. Kenali pasangan anda dengan sentiasa mendengar pendapat dan pandangannya. Untuk memahaminya lebih baik, perhatikan dan ambil berat setiap benda kesukaannya dan aktiviti paling disukainya.

Luangkan masa untuk bersama-sama melakukan sebarang aktiviti kesukaannya ataupun ajak pasangan anda melakukan aktiviti lain yang anda gemari.
Anda akan merasa lebih mudah untuk melalui hidup bersama dan lebih bahagia.

Ego

Setiap orang mempunyai  sikap ego mereka sendiri. Sikap ini juga tak lari dari pasangan suami isteri. Masing-masing enggan mengalah kerana merasakan dirinya betul. Tetapi untuk mecapai perkahwinan yang bahagia dan kekal, sikap ini haruslah dibuang jauh-jauh.  Kedua-dua pihak haruslah sama-sama mengalah dalam suatu pergaduhan ataupun masalah.

Percaya

Merupakan asas bagi sebuah hubungan yang kukuh. Anda haruslah mempercayai pasangan anda. Terutamanya bagi suami isteri yang tinggal berjauhan contohnya kerana urusan pekerjaan. Curiga dan hilang kepercayaan akan menimbulkan pergaduhan diantara suami isteri. 

Ini akan menyukarkan lagi terutamanya pasangan yang tinggal berjauhan. Kerap bertelefon dan bertanyakan khabar pada pasangan untuk menunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya.

Ingat tarikh penting

Ingati hari-hari bahagia bersama pasangan seperti tarikh pertunangan dan perkahwinan untuk mengimbau kembali detik-detik permulaan hidup bersama. 

Tidak salah jika anda membelikannya hadiah atau menyediakan makan malam yang romantik untuknya. Anda akan merasakan kebahagiaan dalam perkahwinan bersama pasangan.

Komitmen

Perkahwinan merupakan komitmen ataupun ikatan di antara dua pasangan. Maka tak wujud lagi perkataan sendiri, saya ataupun dia diantara suami isteri.

Anda berdua perlu bekerjasama menentang segala cabaran hidup. Perkahwinan yang bahagia dan kekal adalah hasil dari kerjasama yang kukuh antara dua pihak.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.