Thursday, 6 September 2012

Putus Cinta : Lelaki Atau Perempuan Lebih Terjejas ?

Putus cinta merupakan perihal yang cukup perit buat setiap individu. Apatah lagi jika si dia ialah pasangan yang benar-benar sempurna di mata anda. Setiap individu akan mengalami perubahan emosional yang sangat ketara apabila putus cinta. Kadangkala, kedaan fizikal kita juga terjejas.  Nak buat tak tahu pun susah juga.

Jika anda ditanya siapakah yang lebih terjejas disebabkan break up. Siapakah yang akan anda pilih?

Wanita kaum sensitif :

Anda mungkin memikirkan perempuan akan terjejas lebih teruk. Kerana perasaan wanita lebih sensitif dan mudah terluka berbanding lelaki. Namun, kajian di sebuah universiti barat terhadap 100 orang dewasa menyimpulkan lelaki sememangnya lebih terjejas berbanding wanita. Jadi, jika anda memikirkan mudah bagi si dia mengakhiri semua ini, fikir kembali.

Walaupun si dia yang memutuskan hubungan  dengan anda terlebih dahulu, ianya juga sukar buat si dia melupakannya. Ini membuktikan lelaki amat terluka disebabkan orang yang disayanginya.

Bijak mencari sokongan emosi :

Apabila lelaki melalui masa-masa yang sukar, mereka akan berkongsi secara peribadi untuk mendapatkan sokongan. Pada masa ini lah, lelaki akan beralih kepada pasangannya untuk mendapatkan sokongan.

Namun,ketika berhadapan dengan masalah dalam hubungan, Mereka akan merasa tidak mempunyai siapa-siapa.Hal ini adalah kerana lelaki kebanyakkannya membesar dengan menyimpan perasaan mereka. Dengan tidak mengendahkan perasaan, ini menjadikannya lebih teruk dan membuat mereka merasa hopeless.

Manakala, wanita lebih cenderung meluahkan perasaan mereka kepada kawan-kawan atau orang terdekat mereka serta ada juga yang meluahkannya dengan menulis diari. Lelaki jarang mempunyai seseorang yang lain yang boleh membantunya dari segi emosi. Mereka hanya diberitahu agar membiarkan perkara itu berlalu.

Meluangkan masa :

Bila dah jadi solo. Biasanya kaum lelaki tidak akan membiarkan dirinya diselubungi hal break up sepanjang masa. Ia akan menjauhkan diri dari situasi sedih dan lebih kerap melakukan aktiviti luar seperti sukan, permainan video game serta pelbagai aktiviti luar. Lelaki akan lebih kerap keluar dengan sahabat dan ahli keluarga untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan perasaan.

Cukup berbeza dengan perempuan. Meskipun wanita bijak mencari sokongan emosi. Tapi semasa putus cinta, wanita lebih suka ketenangan dan bersendirian. Meluahkan perasaan sahaja kadang-kadang tidak cukup. Wanita lebih kerap melayan emosi seperti menangis, menonton filem sedih serta lagu yang sesuai dengan jiwa yang meroyan.

Tempoh masa :

Walaupun diawal putus cinta, wanita terjejas teruk.. ia berlaku untuk tempoh yang singkat sahaja. Mungkin hanya beberapa bulan ataupun minggu. Wanita adalah individu yang bijak mengimbangi emosi dan logik seauatu perkara walaupun bergelar solo untuk tempoh yang agak lama.

Lelaki yang solo masih akan memikirkan bekas teman wanita untuk jangka masa yang lama sehingga menemui cinta lain. Satu perihal yang unik tentang lelaki, walaupun menemui cinta baru.. mereka kadangkala masih terbawa-bawa kenangan dengan cinta lama. Jangan terkejut jika tempat kebiasaannya membawa anda dating adalah tempat kegemaran bekas teman wanitanya. Itu tanda si dia masih teringat-ingat akan kekasih lamanya.

Apapun perbezaan diantara wanita dan lelaki, hidup perlu diteruskan. Bunga bukan sekuntum ya ^_^.. Kumbang pun bukan seekor. Kita pasti akan menemui pasangan yang lebih ideal untuk dijadikan pasangan seumur hidup dimasa akan datang.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.