kepala bayi yang berusia 8 bulan ke atas masih berada di atas perut ibu dan punggung bayi menghala ke arah tulang pinggul ibu (dikenali sebagai posisi breech).
Pada usia ini, kepala bayi sepatutnya telah berada dalam kedudukan cephalic, iaitu kepala bayi menghala ke arah ruang pinggul ibu.
Bahagian kepala bayi yang lebih besar daripada daripada anggota lain memudahkan kelahiran bayi.
Faktor yang mendorong kedudukan bayi adalah usia ibu yang agak lewat, bayi pramatang, uri di bawah (placenta previa) , kandungan kembar, berlebihan air ketuban dll.
Cara ni adalah bagi ibu yang hamil seorang bayi sahaja dan tidak digalakkan untuk ibu yang hamil bayi kembar.
Cara ni juga baik untuk ibu yang tidak mengalami komplikasi lain seperti masalah air ketuban.
Apakah cara anda apabila mengetahui kandungan anda yang sudah berusia 32minggu ke atas berada dalam kedudukan songsang?
Mungkin kita berfikir jalan satu-satunya untuk melahirkan bayi adalah melalui pembedahan caesarean. Dan, lupakan saja hasrat untuk bersalin normal.
Atau anda mungkin terfikir untuk berurut. Berjumpa dengan bidan kampung untuk mengalihkan kedudukan bayi ke arah posisi normal iaitu cephalic.
Tapi tahukah anda mengurut untuk mengalihkan kedudukan bayi mempunyai risiko tinggi. Placenta (membekalkan oksigen dan makanan buat bayi) berisiko pecah dan kecacatan bayi mungkin terjadi.
Atau lakukan sendiri dengan cara semulajadi dan tak berisiko. Senang tak?
Petua ni dapat dari seorang mom dan sepupu yang mempunyai pengalaman kehamilan songsang semasa usia kandungan hampir 8bulan.
Mom ni dah dijadualkan untuk pembedahan sebelum waktu bersalin kerana dikhuatiri bersalin dalam keadaan songsang.
Dan cara mom ni adalah kerap tunduk dan membongkok.
Sapulah sekeliling halaman ataupun rumah anda dengan menggunakan penyapu lidi ataupun penyapu yang pendek sekurang-kurangnya 2x sehari. Lagi kerap anda membongkok, lagi baik.
Kepala bayi, bahagian anggota yang paling keras akan mengalih ke bawah perlahan-lahan secara semulajadi.
Menurut pengalaman mom ni, dia cuma amalkan cara ni sebulan lebih sebelum tempoh kelahiran.Dan, dia telah berjaya bersalin normal dengan baby 3.5kg...!!
Mudah bukan....
Nasihat saya buat ibu-ibu diluar sana amalkan tips ni lebih awal (6-7bulan) bermula sekurang-kurangnya sekali sehari....
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.