Namun, bagi wanita yang baru sahaja menjadi isteri dan menantikan kehamilan pertama.. anda mungkin tak tahu berapa masa yang diperlukan dan bersesuaian untuk cek kehamilan.
Ada yang baru seminggu lewat haid dah buat ujian kehamilan. Kadangkala bersama dengan suami dengan terlalu kerap juga boleh menyebabkan kedatangan haid lewat. Perlu tahu ya :-)
Saya kongsikan entri yang ringkas dan padat ini agar anda ada pengetahuan sedikit mengenai ujian kehamilan ini.
Mula-mula sekali kita kena tahu apa itu HCG. Apa itu HCG ?
HCG ataupun human chorionic gonadotrophin dihasilkan oleh embrio dan boleh dikesan pada saluran darah ibu seawal 6-8 hari selepas persenyawaan.
Cara yang tepat untuk mengetahui kehamilan seawal tempoh ini ?
Cara yang paling tepat untuk mengetahui kehamilan diperingkat awal adalah melalui pengambilan sampel darah ibu. Ujian ini boleh mengesan sebarang level HCG bermula dari 0 dan sememangnya cara yang tepat untuk mengetahui positif hamil.
Cek sendiri di rumah :
Jika anda tak mahu melalui ujian sampel darah..,.kita juga boleh melakukan ujian sendiri dirumah. Ujian yang boleh kita lakukan sendiri di rumah adalah ujian air kencing untuk mengesan HCG.
Seawal usia kandungan kurang dari seminggu, ujian air kencing sukar mengesan kandungan HCG yang sedikit iaitu di bawah ukuran 25. Ini boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Namun anda boleh cuba untuk melakukan ujian kencing selepas 14 hari tempoh lewat haid. Lebih tepat lagi selepas sebulan haid lewat. Ujian air kencing boleh dibeli dimana-mana kedai, klinik atau farmasi.
Sekarang ni, lebih advance. Anda boleh mendapatkan strip untuk mengesan kehamilan seawal 6-7 hari.. Ho ho.. Kit ini dikenali sebagai Early pregnancy test strip... Cuma harganya sedikit mahal berbanding kit biasa.
~Semoga membantu !
tq atas perkongsian ini. ringkas tapi membantu :)
ReplyDeleteklu selepas 13 hari lewat haid boleh juga x buat ujian kehamilan di rumah ?
ReplyDeleteSaya lewat 6hari buat upt negetif lgi ade ke yg sama mcm saya kongsi sikit tips
ReplyDelete