Wednesday, 6 June 2012

Penjagaan Dan Cara Mencuci Tali Pusat Bayi

Benda pertama yang kita kena titikberatkan selepas keluar dari wad adalah penjagaan baby terutamanya pada bahagian tali pusatnya ataupun lebih dikenali sebagai umbilical care.

Teringat pula ketika mula-mula belajar mencuci tali pusat bayi ketika masih menuntut dikolej perubatan. Ho ho..
Teknik yang saya ajarkan ni adalah teknik yang steril yang dipelajari ketika zaman posting. Saya harap cara ini masih sama sehingga saat anda sedang baca.

Apapun saya akan update jika teknik ini sudah berubah. Anda juga boleh kongsikan diruangan komen jika anda pelajari kaedah yang berbeza. Sharing is caring ~

Biasanya selepas keluar dari hospital, kita akan dibekalkan dengan ubat cuci berwarna pink iaitu  chlorhexidine gluconate (Hibitane).

Mengapa perlu menjaga tali pusat bayi?

Kita perlu mengurangkan risiko jangkitan tali pusat kerana bahagian ni mudah terdedah pada jangkitan.

Penjagaan tali pusat bayi berbeza mengikut keadaan tali pusat.

Langkah pertama sebelum mencuci tali pusat bayi adalah memastikan tangan anda dah bersih. Cuci tangan dahulu. Kemudian, perhatikan tali pusat bayi

Baby yang baru lahir mempunyai tali pusat yang masih basah dan berwarna kekuning-kuningan.
Anda kena cuci bermula dari 'top to bottom' tali pusat.



Bahagian yang paling sensitif pada waktu ini adalah bahagian top tali pusat dan paling bersih.

1. Tuang larutan pencuci pada kapas.

2. Kemudian sapu kapas secara membulat pada bahagian top.

3. Sapu satu arah sahaja kemudian buang kapas.

4. Ganti kapas baru dan lap sekeliling kelip tali pusat bayi.

5. Teruskan dengan lap dari kelip ke bawah pusat bayi di bahagian bottom.

6. Dan yang terakhir sekali, sapu hibitane secara membulat di bahagian bottom tali pusat.
dan anda telah siap.

Info:
Gunakan kapas dengan sekali lap sahaja dan buang. Ni bagi mengelak jangkitan berpindah.
Cuci tali pusat bayi 2-3 sehari.

Penjagaan tali pusat bayi yang dah kering berbeza.Perhatikan tali pusat bayi yang dah berwarna gelap dan kering.

Cara mencuci tali pusat bayi sama sahaja tapi dengan cara 'bottom to top'.
Pada waktu ni, bahagian yang paling bersih adalah bahagian bottom tali pusat bayi.

Mulakan dengan mengelap secara membulat bahagian bottom tali pusat bayi sehingga ke atas kelip dan last sekali bahagian top tali pusat.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan pada tali pusat bayi sebagai langkah berjaga-jaga.

Tanda-tanda jangkitan :

Biasanya bahagian sekeliling tali pusat akan terasa panas dan berlaku sedikit kemerahan. Kawasan ini mungkin menjadi lebih tegang. Perhatikan jika ada sebarang cecair ataupun nanah keluar dari bahagian bottom pusat bayi. Bayi anda juga mungkin mengalami demam disebabkan infeksi ini.

Jika simptom-simptom ini timbul, jangan tunggu okayy. Berjumpalah dengan doktor dengan kadar segera agar rawatan boleh diberi dengan sewajarnya.

Cerita pengalaman : Tali pusat bayi biasanya akan mengambil masa lebih kurang 5 hingga 15 hari untuk jatuh. Dan, ini jugalah yang menjadi kerisauan saya pada mulanya kenapa tali pusat bayi yang dah kering tak jatuh-jatuh lagi.  

My mom bagitau biasanya hanya mengambil masa kurang dari seminggu. Hu hu... setelah bawa bayi berjumpa dengan bidan, barulah tahu tali pusat bayi saya ni jenis yang besar. Sebab itulah ia mengambil masa yang agak lama juga untuk jatuh. Apapun teruskan penjagaan yang betul untuk tali pusat bayi sehingga ia jatuh dengan sendiri.

~ Be alert dan semoga membantu !

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.