Sunday 6 May 2012

Kongsi Cerita Kehamilan : Cepat dan mudah turun berat badan selepas bersalin.

Berat badan naik sewaktu kehamilan adalah normal. Maklumlah bayi pun semakin membesar dalam perut. Pertambahan berat badan yang sihat adalah seperti berikut :

~ 0.5 kg sebulan untuk kandungan jangkamasa 5 bulan pertama

~ 0.5 kg seminggu untuk kandungan jangkamasa seterusnya

Pengalaman saya sendiri, semasa hamil anak pertama. Berat badan naik dengan sangat mendadak. terutamanya pada kehamilan peringkat kedua dan ketiga. Biasanya pada 'first trimester' berat tak naik banyak sebab alahan tertentu.

Apatah lagi dengan simptom kehamilan yang menyerang seperti morning sickness. ketika kandungan sekitar 2-3 bulan, memang hampir tak boleh makan. Selera pun jadi kurang kerana kerap muntah..Biasanya bila bentuk perut dah menonjol, barulah simptom muntah-muntah ni berhenti.

Ketika usia hamil dah masuk third trimester atau peringkat ketiga, berat badan naik dengan banyak dan mendadak..maklumlah, selera makan pun dah pulih. Masa tu saya pun tak kawal pemakanan ni. Semua yang saya idamkan saya makan..ho ho.. yang penting puas hati. Orang kata kalau mengidam sesuatu tak ditunaikan, baby akan kerap mengeluarkan air liur nanti..

Mengidam pula boleh tahan. Majoriti adalah makanan berkalori tinggi. Kerap cari daging. Sampaikan dah hampir tengah malam pun, minta suami bawa ke KFC.. Selain daging.. saya lebih sukakan pemakanan seperti coklat, wafel.. ho ho.. Masa tu pula susu yang saya minum adalah susu anmum. Amat tak disarankan oleh doktor dan bidan kerana mengandungi gula yang tinggi. 

Bidan nasihatkan kena kawal pemakanan, tak boleh naik berat banyak sangat. Takut pula sukar bersalin sebab bayi terlalu besar. Berat badan pun susah nak turun. Sehari sepatutnya boleh ambil daging sebesar dua kotak mancis sahaja...

Sebelum hamil berat badan saya around 46-47kg sahaja. kemudian,bulan pertama kehamilan berat naik sekilo : 48kg... Last sekali timbang sebelum bersalin, berat dah naik sampai 61-62kg... Ade la jugak naik dalam 14-15kg... Kaki dan tangan sume dah naik bengkak.. Saiz kasut dari 36, naik ke 38...Fuh ! Memang betul-betul rasa diri ni macam gajah... ^_^

Saya bersalin dengan kaedah caesarean disebabkan fetal distress..Selepas bersalin dengan caesarean, risau juga nak turunkan berat badan sebab berat dah naik banyak sangat pulak. Nak pakai corset selepas bersalin tak boleh. Nak buat senaman ringan pun tak boleh. Pakai corset baik untuk percepatkan pengecutan rahim semula.

Lepas caesarean memang rasa badan lemah sangat. Pada 3 hari pertama selepas bayi lahir, air susu pula tak keluar. Kesian dengan bayi. So, bagi baby minum susu botol sahaja. Masa tu rasa amat stress. Hari ke-4 bidan datang rumah, dia hairan juga dengan keadaan saya ni. Ukur pada rahim, rahim tak kecut banyak sangat. Tangan dan kaki masih bengkak.

Pada minggu pertama berpantang, saya lebihkan meminum banyak sup panas.  Orang kata baik untuk perbanyakkan air susu. Selain itu, saya tak makan makanan bergoreng langsung, cuma lebihkan pengambilan sayur.. kuantiti nasi dalam kadar sederhana, saiz nasi dalam sepenumbuk ni sahaja. Kalau ambil daging pun, dalam kuantiti yang amat sedikit. Itupun direbus. Memang rasa dah muak juga dengan pengambilan daging yang melampau semasa kehamilan.

Air suam paling penting. Sebab boleh menyah toksin dalam badan.. Dan, yang paling utama, breastfeeding....penyusuan susu ibu penting untuk menurunkan cecair amniotic yang berkumpul di dalam badan semasa hamil dan mempercepatkan pengecutan rahim. Melalui proses penyusuan, kita telah membakar  lima ratus kalori sehari dalam badan. Sama dengan joging tau.. Mudah bukan...

Bila start penyusuan susu ibu ni, memang akan rasa perubahan berat badan. Ada juga cousin yang breastfeeding anak dah 3 tahun lebih, memang kurus sangat. Tak pernah nampak dia kurus macam tu sebelum kahwin.

Pada hari ke 10 berpantang, berat dah turun mendadak sampai 47kg.. Terkejut jugak...
Bidan kata rahim pun dah kecut. T-shirt lama dan jeans lama pun semua dah boleh pakai balik...Ho ho...

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.