Friday 18 May 2012

Kongsi Pengalaman : Apa itu kontraksi pramatang ?

Kontraksi pramatang ataupun lebih dikenali sebagai premature contraction dalam bahasa inggeris.
Kontraksi ini adalah berbeza dengan kontraksi braxton hicks.

Wanita hamil yang mengalami  kontraksi braxton hicks semasa hamil adalah normal. Ianya adalah apabila perut kita menegang dan mengeras tetapi tidak menyakitkan. Kontraksi braxton hicks berlaku dalam masa yang singkat dan tidak kerap.

Kontraksi yang kerap dan berlaku selang 10-12 minit mendorong pembukaan serviks untuk melahirkan anak. Tetapi bagaimana jika perkara ini berlaku apabila kehamilan belum mencapai tempoh matang iaitu 37 minggu? Inilah yang dikenali sebagai kontraksi pramatang.

Faktor yang mendorong kontraksi ini adalah jika ibu seorang perokok, jangkitan pada vagina yang menyebabkan pembukaan pintu rahim,mengalami kelainan pada uterus ataupun pernah menjalani sebarang pembedahan uterus.

Saya mengalami keadaan ini pada usia kandungan baru mencapai 32minggu disebabkan stress berlebihan.
Uterus memberi respon untuk menegang lebih keras dan menyakitkan seperti tanda bersalin tetapi kandungan masih belum matang.

Maksudnya?
Janin telah membentuk dengan lengkap dan sempurna tetapi paru-paru bayi masih belum berfungsi.

Biasanya vaginal examination akan dilakukan untuk melihat samada air ketuban telah pecah atau berlakunya tanda-tanda pendarahan. 

Tetapi saya hanya mengalami kontraksi yang menyakitkan tanpa tanda-tanda lain.

Sepanjang 3 hari berada di wad, saya diberi suntikan pertama pada hari pertama dan suntikan yang sama pada hari berikutnya.

Suntikan steroid ini bertujuan utuk mematangkan paru-paru bayi jika simptom ini berterusan dan kelahiran bayi terpaksa dilakukan.

Pemerhatian kerap dilakukan untuk monitor keadaan baby. Apabila kontraksi telah berhenti dan keadaan janin normal, saya dibenarkan discaj dari hospital dan meneruskan kandungan hingga tempoh kelahiran.

~Thanks for reading. ^_^. Semoga ia bermanfaat buat ibu-ibu diluar sana.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.