Saturday 5 May 2012

Wanita hamil perlu diet ?

Hai uollss...

Membaca tajuk artikel saya pasti membuatkan anda tertanya-tanya... Wanita hamil perlu diet ke ? Bukankah sewaktu hamil wanita memerlukan 'double nutrition'.... yelah, makan untuk 2 orang.

Berat normal ibu mengandung sebelum melahirkan anak adalah antara 10kg-12kg sahaja... Anda disarankan supaya sentiasa monitor berat sepanjang tempoh kehamilan ini.

Semasa hamil, berat saya yang naik boleh tahan juga.. Ho ho.. Lebih kurang 14kg macam tu. Apabila dah bersalin, barulah pening hendak turunkan berat badan. Itupun dengan tips ini. Boleh baca lebih lanjut disini ya :-)

Ibu mengandung digalakkan memakan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang sederhana supaya keperluan nutrisi ibu dan janin dapat dipenuhi contohnya ;

Zat besi- Amaun darah dalam badan meningkat hampir 2x ganda lebih daripada biasa. Oleh itu anda memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih hemoglobin untuk tumbesaran bayi yang sihat terutamanya pada kehamilan peringkat kedua dan ketiga.

Semasa mengandung, kehilangan zat besi bagi wanita juga berkurangan kerana haid yang terhenti sementara. Dan ini sememangnya berita baik. Penyerapan zat besi pada waktu ini juga lebih efisien. Anda cuma perlu menambah zat besi sekitar 27mg sumber zat besi dalam diet setiap hari dan tidak berlebihan untuk mengelak keracunan dalam badan berlaku..
Iaitu :

-Daging merah

-Makanan kaya vitamin C seperti oren untuk membantu penyerapan zat besi.

-Elak makanan yang mengandungi kafein seperti coklat, cola dan kopi kerana menghalang penyerapan zat besi.


Garam mineral - Penting bagi penghasilan hormon tiroid, untuk tumbesaran dan perkembangan janin. kekurangan pengambilan garam mineral semasa mengandung akan mengakibatkan bayi anda menghadapi risiko mental yang teruk dan mengalami creatinism.


 Lain-lain - Sayuran-sayuran yang tinggi serat, karbohidrat seperti roti, mee dan nasi. Daging dalam kuantiti yang sedikit iaitu 2 saiz kotak mancis bagi setiap hidangan. Pengambilan protein daripada telur dan ikan.

Dan, tidak terlalu mengikut nafsu makan.

Saya pernah kongsikan mengenai anemia semasa kehamilan. Ia mengandungi informasi penting mengenai zat-zat yang anda perlukan semasa hamil. Anda boleh baca lebih lanjut disini.

Sekiranya anda memilih untuk minum susu sebagai pengambilan kalsium, pilih lah susu tepung untuk ibu mengandung yang rendah lemak.

Tujuan pemakanan seimbang untuk ibu mengandung adalah ibu dikhuatiri sukar melahirkan anak disebabkan saiz bayi yang besar terutamanya pada kehamilan pertama....

Namun begitu, sesetengah wanita hamil takut akan kehamilan yang akan menambah berat badan dan mengamalkan diet yang ekstrem sehingga merisikokan kesihatan janin dan mereka sendiri.

Jangan okayy.. Apapun kesihatan bayi amatlah penting dan perlu didahulukan.

~Semoga membantu ^_^

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.