Thursday, 23 June 2016

Dua Bulan Tak Update Blog ! Apa Dah Jadi Dengan Nuffnang Dan Cpuv ??

Hihi..

Memang dah lama dah tak update blog ni. Entri yang terakhir adalah pada 10 april 2016. Hoho.. Tak banyak yang boleh saya katakan. Sebab susah gila perah idea bila dah lama tak menulis blog. Bukan mudah bergelar seorang blogger ya :-)

Hari-hari juga saya log masuk ke blogger.com ni. Selalunya dah banyak komen yang menunggu untuk diterbitkan. Rasa kesian pula melihat blog ni semakin terbiar.

Cek nuffnang yang pertama saya dah terima dan dah tunaikan pun. Cuma saya tak sempat guna duit tu lagi hoho. Tak banyak pun. Ia adalah usaha saya lebih dari setahun. Nak dapat cek dari nuffnang pun satu hal juga. Lebih dari sebulan, barulah ada feedback cek telah diproses. Itupun lepas submit tiket ke nuffnang. Rasa nak merajuk dengan nuffnang pun ada juga T_T

Inilah dia cek pertama ~ Memang wajib snap ^_^


Bila dah rajuk dengan nuffnang, saya biarkan sahaja nuffnang ads ni lekat di blog.. Sebelum 'mengabaikan' blog, trafik blog saya untuk unique visitor adalah sekitar 400 ke 500 per hari..

Bila tak update blog ni, inilah trafik unik blog saya... Tidaklah merundum sangat. Ada peningkatan pula !


Bila dah slow dalam dunia blog, nuffnang cpuv masih berjalan dengan cukup lancar ! Terkejut pun ada juga. Mungkin juga disebabkan trafik blog yang masih ada peningkatan.

Selepas entri pada 10 april, inilah cpuv yang nuffnang berikan sehingga bulan mei.


Cpuv untuk bulan Jun yang telah dikreditkan ;


Dan...cpuv blog yang masih ongoing untuk bulan jun.. Hari ni dapat cpuv untuk kempen shell juga ^_^



Cash out saya yang pertama adalah sekitar awal mac lalu. Sepanjang 3 bulan selepas itu hingga hari ini, total earning saya pun dah mencapai tempoh matang.

Tak lama lagi cash out kali kedua pula ~

(nampaknya tak akan kayalah dengan nuffnang ha ha)

2 comments :

  1. congrats elvina!seronok kan bila tgk duit hasil dari sumber mcm ni.i lagila 2016 takde update blog langsung hahah..i sibuk buat survey pulak.i dah cash out RM310 duit survey.dlm paypal ada lgi RM175.yang belum redeem ada lagi RM40 heheh...hasil kerja 6 bulan :-p

    ReplyDelete
  2. Datng sini cari ilmu tentang nuffnang... seronok tgk blogger elvina buat duit. tahniah :D

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.