Wednesday 15 June 2016

Resepi Ikan Dori Butter Mudah Yang Sesuai Untuk Seisi Keluarga !

Dori merupakan ikan yang paling saya gemari. Sebab teksturnya yang cukup lembut. Ikan dori sesuai dimasak untuk apa juga hidangan.Nak jadikan dori sebagai resepi sweet and sour ataupun ikan masak lemon pun boleh tahan juga sedapnya.

Agak jarang sebenarnya butter dimasak bersama ikan dori. Ho ho. Biasanya butter lebih kerap digunakan untuk hidangan seperti ayam, udang atau sotong. Bila dah gemar try and error resepi, inilah jadinya. Resepi ikan dori bersama butter pula. Hehe..Namun, ia merupakan hidangan yang famili saya sendiri gemari. Bahan-bahan yang saya gunakan tidaklah terlalu banyak. Kebanyakannya boleh didapati dalam dapur.


Bahan-bahan untuk menggoreng


Ikan Dori 2 ekor
Tepung goreng serbaguna

Tepung serbaguna yang saya gunakan ini brand adabi. Warnanya kuning keemasan gitu. Kotaknya saya dah buang. Tak sempat pula snap hehe.. Tepung ni juga sesuai untuk menggoreng ayam ala-ala KFC.


Bahan-bahan untuk sos butter


1 1/2 sudu Butter
 2 sudu teh Tepung kanji / Tepung jagung
1/2 Kiub pati ayam maggi 
Bawang putih 5-6 ulas
Susu ideal


Mulakan dengan menyediakan ikan dori, bilas dengan bersih. Biasanya saya potong kepada empat bahagian. Kalau rajin, bolehlah potong pada bahagian yang lebih kecil. 

Kemudian perap dengan tepung serbaguna supaya rasanya lebih ranggup. Goreng hingga warnanya kuning keemasan. 

Kemudian, letak tepi. 

Sekarang kita buat sos butter pula. 

Mulakan dengan bawang putih. Tumbuk sehingga lumat. Memang sedap sahaja baunya. Boleh dikatakan hampir semua resepi saya wajib ada bawang putih. Sebab ia buat masakan kita lebih wangi dan sedap. Tambahan pula, bawang putih baik untuk imuniti tubuh.

Kemudian, panaskan kuali, tak perlu tuang minyak masak ya :-).. sebab butter pun akan jadi minyak setelah dipanaskan.

Masukkan butter 1 1/2 sudu. Tak perlu tunggu butter cair, terus masukkan bawang putih. Butter ni cepat cair dan hangus juga. Kemudian, gaul hingga warna bawang putih bertukar kekuningan dan baunya naik. 

Letak kiub pati ayam yang separuh tadi. Saya letak sedikit sahaja supaya rasanya tak terlalu masin.

Kemudian masukkan setengah cawan susu ideal. Apapun ikutlah selera masing-masing. Kalau nak kuah banyak, bolehlah letak banyak sikit.

Nak letak tepung kanji atau jagung ni kena ada teknik yang betul. Jangan letak dalam kuali yang tengah panas. Nanti tepung akan jadi berketul-ketul pula.

Gaul tepung kanji atau tepung jagung dalam mangkuk kecil dengan air dahulu. Dua sudu teh dah memadai untuk menjadikan sos kuah lebih pekat dan kental. Tuang ke dalam periuk.

Gaul sehingga sos jadi kental dan pekat.


Menyediakan hidangan :

Potong ikan dengan pisau kepada beberapa bahagian, macam ni.




Kemudian tuang kuah :-)



Siap untuk dihidangkan...









1 comment :

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.