Thursday 5 May 2016

Punca Migrain Dan Petua Mengatasinya Tanpa Ubat-Ubatan Kimia

MIGRAIN disifatkan sebagai sakit kepala yang lebih parah. Ia biasanya berlaku disatu tempat sahaja. Migrain bukanlah perkara ringan.  Jika tidak ditangani dengan betul, ia mampu menjadi penyakit kronik.

Kenalpasti simptom migrain :
Ketika migrain, anda akan mengalami sebahagian atau juga kesemua simptom seperti sakit pada sebelah bahagian kepala atau kedua-dua bahagian kepala, sakit yang mencucuk atau berdenyut, sensitif terhadap bunyi, cahaya dan kadangkala terhadap bau, loya dan muntah, pandangan kabur, pitam dan diikuti dengan pengsan. 

Walaupun punca migrain kadangkala sukar difahami, namun genetik dan persekitaran nampaknya memainkan peranan. Migrain berlaku akibat perubahan kimia pada sel otak dan interaksi dengan saraf trigeminal. 

Patofisiologi Migrain secara ringkasnya;
1. Sel yang mengawal sakit dalam otak (nociceptors) menerima perubahan (pencetus migrain) dalam rutin harian anda dan melepaskan bahan kimia. (neuropeptides)

2. Neuropeptides ini menyerang sel sakit (nociceptors) berdekatan, menjadikan mereka lebih sensitif dan sakit. Kemudian sel ini melepaskan neuropeptides.

3. Sesetengah kimia ini bertindak pada otot yang mengelilingi salur darah yang berdekatan pada permukaan otak. Otot ini menjadi relaks dan menyebabkan salur darah mengembang dan menyebabkan darah mengalir dengan lebih banyak.

4. Sesetengah neuropepetides ini menyebabkan salur tengkorak bocor dan menjadikan tisu sekeliling otak bengkak.

5. Kombinasi Peningkatan sensitiviti, pembengkakkan tisu otak dan salur darah bengkak dipercayai menjadi pencetus migrain.


Klasifikasi Migrain
Menurut International Headache Society ICHD-3, migrain diklasifikasikan kepada 7 jenis. iaitu Migraine without aura (Sebelum ini dikenali sebagai common migrain), migraine with aura (sebelumnya lebih dikenali sebagai classic atau complicated migraine), migraine without headache, migraine with brainstem aura, hemiplagic migraine, retinal migraine dan juga chronic migraine.

Tangani Migrain Dengan Lebih Bijak
Setakat ini, anda pasti telah mengenali serba sedikit mengenai migrain. Ada beberapa cara semulajadi yang anda boleh lakukan untuk mengatasi migrain. Namun begitu, langkah pertama yang anda boleh lakukan adalah mengelakkan bahan dan aktiviti yang boleh mencetus migrain.

1. Perubahan hormon pada wanita : Turun naik hormon estrogen pada wanita mampu mencetus migrain. Ia boleh berlaku semasa menopaus dan kehamilan. Ubat perancang serta pil hormon akan menyebabkan perubahan pada hormon wanita.

2. Pemakanan : Diet dengan pemakanan seperti keju yang disimpan lama, makanan masin, serta makanan yang diproses boleh menyebabkan migrain. Kerap skip masa makan dan jadual pemakanan yang tidak teratur juga boleh menyebabkan migrain.

3. Penambah perisa : Pemanis dan penambah perisa seperti Monosodium Glutamate MSG didapati dalam kebanyakan makanan segera seperti pizza dan kfc.

4. Minuman : Elakkan minuman tinggi kafein seperti alkohol, wain, kopi dan teh.

5. Stress : Tangani stress anda dengan lebih bijak kerana tekanan merupakan penyebab utama yang kerap mencetus migrain,

6. Ransangan deria : Lampu terang dan silau matahari boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan bunyi yang kuat. Bau yang kuat seperti pewangi, cat, asap rokok juga mampu mencetus migrain bagi sesetengah orang.

7. Perubahan pada corak tidur : Kurang tidur atau jadual tidur yang tidak menentu.

8. Perubahan cuaca : Perubahan cuaca sekeliling secara mengejut contohnya cuaca sejuk ke panas.

9. Genetik : sesetengah kajian menyatakan jika ibu atau ayah ataupun kedua-duanya mempunyai sejarah migrain berulang, anda berisiko mewarisinya lebih 70%.

Petua tangani migrain tanpa ubat-ubatan kimia
Sesetengah kita inginkan fast relief, yang mana mendekatkan kita kepada penggunaan ubat-ubatan kimia seperti paracetamol. Namun begitu, ubat bukanlah penyelesaian yang terbaik. Dalam jangka masa panjang, toksin ubat-ubatan tinggal lebih lama dalam badan. Ia juga membebankan fungsi hati dan buah pinggang.

1.Resepi jus yang anda boleh cuba

Ada 5 jenis resepi yang anda boleh cuba disini. Kebanyakan bahan resepi ini mudah untuk kita dapati. Resepi nombor 5 adalah yang termudah.

 1. 1cawan sayur kale + 1/2cawan nenas + 1/2cawan timun + 1/2 tangkai saderi +  3sudu jus lemon + 1 1/2 cawan air kelapa + kiub ais.

Atau

2. Capsicum hijau (1 biji saiz sederhana) + Serbuk lada merah (sedikit 0.22gram) + 1 tangkai saderi + Ketumbar (1 genggam) +  seulas bawang putih + daun bawang ( 1 saiz sederhana) + garam himalaya (sedikit 0.4gram) + tomato ceri (1 cawan )

Atau 

3. Epal hijau (2 biji sederhana) + Capsicum hijau (1biji sederhana) + lobak (3 saiz sederhana) + timun ( 1 saiz sederhana) + anggur (15biji anggur) + bayam (2 cawan) + tomato ( 1 biji saiz sederhana)

Atau 

4. Epal (2 saiz sederhana) + capsicum hijau- pastikan biji dibuka ( 1/2 saiz sederhana) + ketumbar (1 genggam)  + timun (2 saiz sederhana) + Limau beserta kulit ( 1/2 biji)

Atau 

5. lemon ( 1cawan) + Garam himalaya ( 2 sudu teh)


2. Rehatkan diri anda ! 

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup seperti yang disarankan untuk orang dewasa 6 -8 jam sehari. Waktu tidur yang ideal bagi orang dewasa adalah tidur selewat-lewatnya pada pukul 10 atau 11 malam. Tidur berlebihan juga mampu mencetus migrain dan sakit kepala.

3. Jauhkan diri dari stress


Adakah anda perasan nasihat yang berkait dengan kesihatan kerap meminta anda menjauhkan diri dari stress. Ini kerana banyak komplikasi kesihatan yang timbul disebabkan tekanan. Bercuti dan mendekatkan diri pada kerohanian mampu memberikan ketenangan kepada anda.

Anda juga boleh mencuba alternatif seperti yoga dan meditasi. Ia mampu merelakskan minda dan menjauhkan diri dari stress !

4. Lavender dan minyak angin

Apabila migrain melanda kita pastinya inginkan kelegaan serta merta. Apa yang anda boleh lakukan adalah menggunakan minyak lavender kerana ia dikatakan cukup efektif untuk migrain. Fakta ini disokong dengan kajian pada 2012 yang dijalankan oleh saintis iran dan jerman. Penyedutan pati lavender mampu melegakan sakit kepala yang disebabkan oleh migrain.  Minyak panas jenis roll on mampu menyingkirkan angin pada bahagian kepala.

5. berurut

Anda boleh memilih untuk berurut di spa atau melakukannya sendiri di rumah ! Berurut untuk seluruh tubuh baik kerana membantu tubuh anda berehat dan membantu melancarkan tekanan darah.

Untuk individu yang telah berkahwin, anda boleh meminta pasangan untuk memulakan urutan pada bahagian dahi, tulang pipi, telinga dan bahagian tengkuk. Kawasan ini sangat sensitif kerana ia merupakan bahagian yang terlibat akibat migrain. Urutan lembut mampu membuatkan anda tidur seterusnya melegakan migrain. 

6. Akupuntur

Akupuntur merupakan rawatan yang dilakukan dengan melakukan jarum logam yang nipis dan panjang di pelbagai tempat pada tubuh. Akupuntur mampu merangsang tubuh menghasilkan sedatif semulajadi, meningkatkan aliran darah, merangsang saraf, otot dan tisu. Akupuntur mampu menyekat neurotransmitter daripada menghantar mesej kesakitan ke otak. Amalan tradisional akupuntur asia bertujuan mengimbangi tenaga dan tubuh yang dikenali sebagai Qi atau Chi.

Namun begitu, seperti rawatan migrain yang lain, tidak semua individu mempunyai hasil kelegaan yang sama.

7. Bersenam

Senaman telah lama disarankan untuk individu yang kerap migrain. Senaman yang teratur dan ringan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan menghindari anda daripada tekanan. Exercise juga membantu tubuh untuk menghasilkan endorfin, yang merupakan sedatif ringan.

The department of health and human service mengesyorkan 150 minit aktiviti aerobik sederhana atau 75 minit aktiviti aerobik yang bertenaga selama seminggu.  Namun begitu, perlu diingatkan ya senaman yang berlebihan dan drastik juga mampu menjadi pencetus migrain. Amalkan secara berkala dan sederhana.


8. Diet yang betul

Kajian menunjukkan pemakanan harian kita mempengaruhi tahap migrain kita. Individu yang menggemari makanan berkafein seperti kek, aiskrim dan kopi mempunyai risiko migrain yang berulang.

Pemakanan kaya magnesium, kalsium, karbohidrat komplex dan tinggi serat mampu mencegah anda dari migrain.

9. Hidrasi tubuh

Seperti yang kita tahu, air amat penting untuk tubuh. Dehidrasi boleh menyebabkan perubahan dalam aliran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan elektolite dalam tubuh. Dahaga, sakit kepala, letih dan lemah merupakan simptom dehidrasi.

Kekurangan air juga boleh menyebabkan seseorang mudah lupa, suam apabila disentuh, warna air kencing gelap serta berbau serta gerak nadi yang laju. Minum air yang lebih banyak dan melebihi lapan gelas sehari amat digalakkan terutamanya ketika cuaca sedang panas terik seperti sekarang ini.











No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.