Thursday 28 April 2016

Anak Kecil Kerap Demam, Batuk Dan Selsema ? 12 Perkara Ibubapa Perlu Take Note !

Menjaga anak yang sedang sakit demam, batuk dan selsema bukanlah perkara yang mudah. Kadangkala kita sendiri boleh jatuh sakit kerana tak cukup rehat. URTI atau upper respiratory tract infection merupakan jangkitan yang biasa menyerang semua individu. Namun begitu, anak kecil lebih mudah dijangkiti kerana imun badan mereka yang masih lemah.

URTI adalah jangkitan yang berlaku pada bahagian atas pernafasan. Ia boleh berlaku disebabkan oleh bakteria atau virus. Virus yang kerap menyerang adalah rhinovirus. Namun ia juga boleh disebabkan oleh virus lain seperti virus influenza, adenovirus, enterovirus, respiratory syncytial  virus. Jangkitan virus tidak memerlukan antibiotik.

Jangkitan bakteria boleh berlaku disebabkan streptococcus pyogenes dan juga boleh disebabkan bakteria lain seperti streptococcus pneumoniae, haemophilus influenzae, corynebacterium diphthriae, bordetella pertussis dan bacillus anthracis.

Antara simptom URTI adalah :
  • Tonsilitis (Jangkitan tonsil)
  • Sakit tekak
  • Laryngitis (Jangkitan larynx) 
  • Sinusitis (Jangkitan sinus)
  • Otitis media ( Jangkitan melibatkan bahagian telinga)
  • Berhingus
  • Hidung tersumbat
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Kerap bersin

Biasanya anak akan kerap mengalami URTI apabila mula bersekolah dan bergaul dengan kanak-kanak lain. Penting untuk ibubapa tahu 12 tips penting ini agar lebih mudah menangani anak yang sedang sakit.

1. Minum air suam dengan lebih kerap

Air suam adalah pilihan yang terbaik untuk melegakan tekak yang sedang sakit dan radang. Ia juga membantu menyingkirkan toksin dari badan apabila anak kerap minum air dan kencing. Tubuh seseorang individu mengandungi lebih 70% air. Namun ketika demam, tubuh akan mengalami dehidrasi. Pengambilan air yang kerap amat penting untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

2. Elak persekitaran yang sejuk seperti aircon

Musim tengkujuh yang berpanjangan menjadikan keadaan sekeliling lebih sejuk.  Pastikan anak menggunakan pakaian yang sesuai untuk memastikan tubuh sentiasa hangat. Elakkan penggunaan penghawa dingin terlalu lama. Kuman lebih suka dengan suasana ini kerana ia hidup dalam persekitaran yang lembap. Apabila tubuh manusia berada dalam keadaan sejuk, pembuluh darah menjadi sempit. T-cell putih kita akan dipindahkan melalui sel darah, dan ini pastinya bukan hal yang baik. Ia menghalang tindakbalas imun badan.

3. Pastikan kawasan dalaman rumah berada dalam keadaan bersih

Agaknya bilakah kali terakhir anda menukar cadar tilam dan membersihkan rumah daripada habuk ?. Menurut Florence Nightingale, ventilasi yang baik mendorong kesembuhan seorang individu yang sakit. Oleh itu pastikan anda membuka tingkap rumah setiap pagi agar udara segar ditukar setiap hari. Untuk pengetahuan anda, batuk mampu menjangkiti individu lain dengan mudah melalui udara. Spray antibakteria udara seperti lysol mampu membunuh kuman.

4. Cuci tangan

Jangan pandang rendah akan tips ini kerana ia sememangnya penting. Tangan si kecil terdedah kepada kuman apabila aktif bermain dan menyentuh sebarang permukaan. Pastikan anak anda cuci tangan dengan sabun antibakteria dan cara yang betul. Langkah ini penting terutamanya sebelum anak anda makan.

5. Makanan yang betul

Tahukah anda imun dibina daripada pemakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ?. Jika anak kurang makan sayur, imun badannya pasti lebih lemah. Namun begitu, ketika sakit selera makan anak menurun dengan lebih drastik. Anda boleh cuba menyediakan jus dari buah-buahan segar. Jus dari buah epal, anggur dan oren mempunyai vitamin C yang tinggi dan membantu tubuh si kecil melawan penyakit.

Hidangan seperti sup ayam mampu mengembalikan selera makan anak. Pastikan anda menambah bawang putih ke dalam masakan sup sebagai antibiotik semulajadi untuk si kecil.

6. Makan ubat mengikut masa

Pastikan anda telah membawa anak berjumpa dengan doktor agar ubat diberi mengikut diagnosis yang betul. Ubat antibiotik perlu diberi mengikut masa dan mesti dihabiskan. Ubat demam boleh diberi jika perlu sahaja iaitu ketika anak demam. ubat sirap paracetamol boleh diberi selang 4-6 jam. manakala ubat supp pcm melalui punggung berkesan sehingga 8 jam.

7. Makanan perlu elak

Sesetengah makanan dan minuman seperti teh, sayur kubis, timun, kentang dan tembikai bersifat sejuk terhadap paru-paru dan mendorong batuk lebih parah. Elakkan juga minuman sejuk dan berais, makanan ringan kerana mengandungi garam dan perasa yang banyak. Produk tenusu seperti yogurt, susu, keju dan soya perlu dihadkan kerana mendorong kahak berlebihan. Kurangkan pengambilan makanan berkafein seperti coklat. Pastikan masakan anda kurang minyak untuk si kecil.

8. Tidur yang cukup



Menurut kajian, tidur yang tidak cukup membantutkan aktiviti sel pembunuh, sel darah putih. Yang mana penting untuk membantu melawan penyakit. Pastikan anak anda mendapat tidur yang cukup seperti disarankan. Cuaca yang sejuk dimalam hari mampu mengganggu tidur si kecil. Gunakan bantal yang tinggi sedikit agar anak dapat bernafas dengan lebih selesa. Sesudu teh madu suam sebelum tidur mampu membantu melegakan batuk si kecil.

9. Vaksin

Adakah anak anda telah mendapat vaksin dengan lengkap? Anda mungkin patut mempertimbangkan untuk mendapatkan vaksin tambahan jika anak kerap batuk secara berulang. Terutama vaksin terhadap influenza, pneumococcus dan haemophilus influenza. Kuman seperti ini sering membawa jangkitan berulang, penyakit yang teruk serta membawa kepada jangkitan telinga dan pneumonia. Sesetengah vaksin tidak dibekalkan oleh pihak kerajaan kerana kos yang agak tinggi. Namun,anda boleh rujuk ke mana-mana klinik pakar kanak-kanak atau hospital swasta untuk mendapatkan penerangan vaksin dan mendapatkan vaksin yang sesuai.

10. Breasfeed

Jika anak anda berusia 3 tahun ke bawah dan masih  menyusu badan, teruskan penyusuan dengan lebih aktif. Susu ibu mengandungi sejumlah antibodi yang tinggi dan mampu membantu tubuh anak melawan penyakit.

11. Elak dari kawasan ramai orang

Kawasan yang ramai orang mendedahkan anak kepada jangkitan virus dan bakteria. Udara yang tidak bersih terutama jika ada individu lain yang sakit mampu menyebabkan jangkitan kepada individu yang lemah imuniti seperti anak kecil. Hindari dari kawasan yang crowded !

12. Beri anak rehat dari sekolah

Tidak ramai ibubapa yang menyedari isu ini. Namun, tahukah anda anak yang sedang sakit mampu menjangkiti individu lain. Beri anak anda rehat dari sekolah dan pastikan anda telah memberitahu guru taska. Anda pastinya tidak mahu anak anda mendapat jangkitan dari kanak-kanak lain juga bukan ?. Oleh itu, lakukan perkara yang sama.

Sesetengah ibubapa mungkin amat risau dengan keadaan anak yang batuk berlebihan. Namun, jika anak masih aktif dengan aktiviti hariannya dan mempunyai selera makan seperti biasa, tiada apa yang perlu anda risaukan. Pastikan anda mengamalkan 12 Tips ini. Jika keadaan anak lebih lemah dan parah, bawalah berjumpa doktor dengan kadar segera. Elak bertangguh kerana dikhuatiri mampu menimbulkan komplikasi yang lebih parah.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.