Monday 22 February 2016

Review Safi : Pencuci Wajah Sari Susu Manggis + Habbatus Sauda Dan Pelembap Wajah Sari Lidah Buaya Dan Habbatus Sauda

Pencuci wajah sari manggis dan pelembap wajah lidah buaya ni kedua-duanya keluaran safi. Jadi saya buat entri sekaligus. Ada 3 produk safi yang saya tuliskan dalam entri ni. Pencuci wajah, pelembap wajah dan juga penyegar.  Review 3 in 1.

Sebelum ni saya pernah menulis entri kulit wajah yang agak teruk dan berjerawat disebabkan penggunaan produk antarabangsa yang tidak sesuai. Pencuci wajah yang saya gunakan sebelum ini buat wajah nampak lebih kering. Kemudian kulit mudah mengelupas. Tapi, wajah masih berminyak. Kulit wajah pun kasar semacam saja, tak lembut.

Fuh ! Bila dah kena macam ni, insaf juga. Barulah saya melihat-lihat produk kecantikan local. Saya pilih untuk mencuba produk safi kerana saya memang lebih prefer dengan kosmetik yang berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi atau buah-buahan.

Safi ada banyak set produk untuk wajah yang dikeluarkan. Ini bukan kali pertama saya menjadi pengguna safi. Sebelum ini saya adalah pengguna safi rania gold. Set Rania adalah antara produk terbaik keluaran safi menurut pandangan saya. Sebab itulah saya yakin untuk mencuba produk safi.

Pencuci wajah adalah asas kepada kebersihan dan kecantikan kulit. Oleh itu, teramatlah penting untuk cari pencuci wajah yang bersesuaian dengan kulit. 

Saya akan review facial foam ini dulu memandangkan saya gunakan pencuci ini lebih awal.

Pencuci Wajah Sari Susu Manggis + Habbatus Sauda

Sejujurnya saya tak pernah perasan pun dengan kewujudan facial foam ni, meskipun sering berkunjung ke guardian atau watson. Ho..ho..Rasanya promosi untuk produk ni agak kurang berbanding produk safi lain. Mungkin disebabkan keluaran produk manggis ini hanya ada satu sahaja. Iaitu facial foam. Saya tau pasal produk ni pun dari laman web safi dan terbaca review pengguna lain.

Bagi anda yang mungkin tak tahu, manggis ni ada banyak kahsiatnya. Ia dikenali sebagai ratu buah a.k.a Queen of tropical fruits. Untungnya, ia mampu mencerahkan wajah yang kusam, menghaluskan wajah, merawat jerawat, merawat bintik hitam dan kaya dengan antioksida. Hi hi.. tergoda tak??

Tambahan pula, pencuci wajah ini diperkaya dengan habbatus sauda. Ia bersifat antibakteria which I think elok untuk kulit muka yang berjerawat.

 Bila dah tergoda dengan produk ni, cepat saya minta my husband tolong belikan.



Ni kandungan pencuci wajah safi..



First impression terhadap produk ini ialah simple packaging. Bau pun harum macam manggis. Tak menusuk hidung..hoho..

Pertama kali guna facial ni, wajah lebih lembut dan kulit terasa lebih anjal.

Hingga hari ini, saya dah gunakan pencuci wajah ni hampir sebulan. Disebabkan wajah saya ni juga boleh dikatakan super sensitif, saya gunakan pencuci ini 2 kali sehari sahaja. Jangan tak tahu ya, wajah kita ni mempunyai kelembapan semulajadi. Kekerapan yang disyorkan untuk mencuci wajah sehari adalah 2 kali sahaja.


Taraa...Itupun saya gunakan dalam jumlah yang sedikit sebab buihnya memang banyak. Cuci muka pun tak lama. Ambil masa yang singkat sahaja. Apa yang saya sukakan mengenai pencuci wajah ini ia buat wajah lebih lembut. Tidak membuat kulit kering. Wajah kurang berminyak. Kemudian saya perasan yang bintik hitam dan putih juga berkurang. Hidrasi kulit nampak lebih seimbang. Jerawat masih ada kadangkala tapi taklah seteruk sebelum ni. Soal kecerahan saya tak perasan pula. Memandangkan saya ni memang berkulit cerah, jadi saya tak harapkan sangat perubahan warna kulit. Apapun wajah memang tak nampak kusam.

Repurchase ? Yes.

Sebab ia serasi dengan kulit saya. Selain itu harganya memang cukup murah untuk tube 100g. Sekitar Rm7 macam tu. Ia berbaloi untuk digunakan. Produk ini juga mudah didapati samada watson,guardian, supermarket atau mana-mana kedai runcit. Sebab saya tak suka menunggu barang yang dipos.Hi hi..


Pelembap Wajah Sari Lidah Buaya Dan Habbatus Sauda

Lepas dah jatuh cinta dengan produk safi sari manggis ni. Saya meninjau pula dengan pelembap krim keluaran safi. Sayangnya tak ada krim safi yang diekstrak dari manggis. Kalau tak, mesti I dah tambah koleksi berasaskan mangosteen ni..hi hi..

Saya bertemu dengan pelembap wajah ini. Berasaskan bahan semulajadi lidah buaya dan habbatus sauda, saya percaya baik untuk kelembapan kulit terutama untuk wajah yang bermasalah. Krim ni mempunyai fungsi :
  • Membuat kulit lebih halus dan segar
  • Mengembalikan kelembapan semulajadi kulit
  • Melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria


 Pandangan pertama terhadap produk ini ialah packaging yang cukup simple + budget. Greenishh gitu..Baunya pun tak terlalu kuat. Mengingatkan saya pada wangian krim wajah nivea pula. Ini adalah kandungan krim pelembap safi.


Harga krim pelembap ini memang murah. Bawah Rm15 kalau tak salah. Warna krim ni pula TOTAL WHITE. Krim pelembap ni boleh digunakan siang dan malam.

Cara penggunaan yang paling ideal adalah 2x sehari. Beginilah rutin saya bersama krim pelembap aloe vera + habbatus sauda ni. Saya gunakan pada waktu pagi selepas mencuci muka dan juga sebelum tidur. Krim ini cukup lembut ketika disapu pada kulit, mudah meresap.


Hasilnya...

BAD RESULT

Walaupun lidah buaya + habbatus sauda ni baik untuk kelembapan kulit serta bersifat antibakteria, nampaknya ia tak tolerate dengan my skin. 3 hingga 4 hari menggunakan krim pelembap ni, jerawat batu pula yang datang satu demi satu. Krim ini tidak mengawal sebum. It clog pores. Salah satu punca jerawat mudah tumbuh.

Lagipula krim ini tidak mengandungi UV atau SPF.  Ia tidak melindungi kulit dari panas matahari. Walaupun sinaran matahari itu baik. Namun ia adalah musuh kepada kecantikan wajah. Krim pelembap ini tidak sesuai digunakan jika anda kerap terdedah kepada sinar matahari. Saya sempat menggunakan produk ini lebih kurang seminggu saja.

Repurchase ? No. 

Baki yang tinggal masih banyak lagi. Apa nak buat. Dah kulit tak serasi. Hu hu

Salah satu produk safi yang saya tengah gunakan pada masa ni juga adalah toner safi. Saya tak tuliskan bersama tajuk kerana ia dah jadi terlalu panjang.


Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya Dengan Habbatus Sauda 


Haaa... lagi habbatus sauda. Kebanyakan produk wajah saya ni mengandungi bahan semulajadi ni.. Hi hi...

Penyegar ni dikombinasikan dari 3 bahan semulajadi iaitu lidah buaya + sari mentimun + habbatus sauda. Tak banyak yang saya boleh katakan pasal produk ni. Memandangkan saya guna produk ni pun on & off saja. Setakat ni penyegar ni tidak membuat kulit saya bermasalah. Ia serasi juga dengan kulit saya. Toner ni fungsinya ;
  • Menanggalkan sisa kotoran
  • Pantas meresap pada kulit
  • Menyegar dan menghaluskan kulit. 
Toner ni salah satu produk safi yang bagus !

Setakat itu sahaja review saya...^_^ ... Semoga bermanfaat !

5 comments :

  1. Tq for your review. It is very useful for me. Pelempap tu also didnt works on my skin. Haha. Again, thank you!

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak pastikan sesuatu produk tu tak clog pores ye?

    ReplyDelete
  3. dimenthicone is scientific name for silicone. dia mmg berfungsi untuk ttp pores. normally use in makeup as primer. kulit jenis takleh clog. cari non comodogenic products.

    ReplyDelete
  4. Skrg u pkai pelembap apa??

    ReplyDelete
  5. Bagus ada penerangan menyeluruh tentang pencuci muka safi manggis macam ni. Senang orang nak buat keputusan. Maklumlah ada banyak jenama cleanser di pasaran.

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.