Monday, 8 February 2016

Pengalaman Dengan JUS DELIMA : Review Jus delima Qausar Dan Jus Delima Gulsan

Akhir-akhir ni rajin I cerita pasal produk... Hihi.. Alang-alang dah cuba dan ada manfaat untuk diri sendiri. Tak salah kongsikan pengalaman ni. Dulu saya ni bukan jenis yang ambil suplemen kesihatan. Namun, kebaikan dalam delima yang cukup banyak ini memang memikat hati saya :-)

Sebelum saya review tentang jus delima Qausar dan Gulsan, saya terangkan serba sedikit mengenai delima. Buah delima ni saya tak pernah nampak secara live. Apatah lagi memakannya. Ho ho... Hanya dengar dan baca pasal kebaikannya saja. Nama dia ni pun unik juga, pomegranate...bunyi saintifik gitu.


Delima mengandungi vitamin C dan vitamin K yang tinggi. Selain vitamin B dan manganese, ia juga mengandungi pottasium, fosforus, magnesium, zat besi, zinc dan kalsium. 

Delima dibuktikan mampu mengubati pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, ulser, cirit birit dan pelbagai lagi. Ia merupakan salah satu supplemen anti kanser. Dengan sifat kaya antioksida buah ini, ia boleh menghalang radikal bebas dalam tubuh dan melambatkan proses penuaan.

Kulit wajah yang bermasalah juga boleh dirawat dengan delima. 

Hingga ke hari ini, manfaatnya yang tinggi digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Banyak produk berunsurkan delima telah dihasilkan.

Pengalaman Dengan Jus Delima Giffarine 

Ini bukanlah kali pertama saya cuba jus delima, sekitar tahun 2013, pernah juga saya mengamalkan delima. Nak kuruslah konon. Dengan kerajinan mengoogle, saya berkenalan dengan jus delima keluaran Giffarine. Masa tu, jadi member giffarine dapat harga murah sikit. Jadi I beli Giffarine 700ml dengan harga Rm50 ++ sahaja...

Minum delima ni memang best. Ia bantu untuk cuci usus juga. Keesokan hari lepas minum delima, I perasan warna najis lebih gelap. Untuk sehari dua sahaja. Lepas tu saya perasan jerawat-jerawat degil pun mula surut. Happy sangat. Pastu I pun berhenti sebab nak ke store Giffarine jauh sikit. Malas pula... hoho

Batuk Berdarah 

Kali ni, saya beralih pada delima semula kerana suami. Masa balik dari bercuti di ranau, batuk my husband memang boleh tahan parah. Mungkin disebabkan kejutan perubahan cuaca yang agak sejuk. Pic ni whatsapp dari my husband.

Isteri mana yang boleh duduk diam. Saya memang jadi tak keruan. Walaupun I ni staf perubatan, rasa takut pula bila husband sendiri yang sakit. Kerana batuk berdarah selama beberapa hari, doktor kerahkan untuk buat TB work out juga. My husband memang tenang sahaja. Nasib baiklah keputusan kahak negatif juga. Lega.

Walaupun doktor dah preskripsikan antibiotik, (boleh tahan banyak juga) ,Saya minta my husband untuk hold dahulu. Saya carikan alternatif lain yang lebih selamat untuk hati dan buah pinggang. Dan, akhirnya saya terbaca jus delima sebagai suplemen untuk 'paru-paru kotor'..



Saya mengenali jus delima Qausar pun sebab my mum yang belikan. Katanya hanya jumpa jus delima brand ni. I kata tak apa. Yang penting ada. My husband dan anak minum jus delima ni 3 kali sehari. Dan batuk beliau sembuh sepenuhnya dalam masa kurang dari seminggu. Ho ho...I memang tabik dengan produk delima ni !


Haaa...ni overall fungsi dan manfaat jus delima Qausar. Atau info lanjut ada dalam kotak jus ni :


Yang saya suka mengenai jus delima Qausar ni ia mengandungi delima + madu liar + habbatus sauda. Harganya sedikit mahal iaitu Rm38 untuk botol kecil 250ml. Tapi, rasanya masam manis saja. Rasa sos tomato pun ada. Ia tak masam sangat seperti gulsan.


Gulsan ni saya dah banyak baca review dari penulis lain. Mungkin sebab harganya tak mahal, ia lebih popular. Gulsan ni my bro yang tolong belikan. Ia memang murah gila. Rm14 untuk botol kecil 250ml. I saja nak try delima gulsan ni. Tapi, I hanya sempat cuba satu sudu sahaja. selebihnya, I suruh my husband minum. Rasa masamnya melebihi cuka hahaa... Sure anak saya tak mahu minum... Setakat ni, dah minum Jus delima qausar untuk botol kedua. saya beri anak minum untuk imuniti tubuhnya. Maklumlah anak saya ni kerap dijangkiti tonsil.



Masa menulis artikel ni , I tengah mengalami jangkitan tonsil. Dua tiga hari ni hanya mampu makan bubur sahaja. Makan dekat luar bersama Encik suami pun terpaksa order porridge juga. Nasib baiklah ada Jus delima ni. Sakit tonsil saya ni memang berkurang !


Secara keseluruhannya, kedua-dua jus delima ini bagus. Jika anda inginkan delima tanpa ekstrak bahan lain, bolehlah cuba Gulsan. Hanya perlu tambah sedikit air untuk kurangkan rasa masam. Tapi saya lebih suka jus delima Qausar kerana madu liar dan habbatus sauda juga mempunyai banyak manfaat.

Review produk jus delima ini adalah review jujur dan pengalaman saya sendiri. Tidak dibayar oleh mana-mana pihak ya :-)

~ Semoga bermanfaat !

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.