Monday 29 February 2016

Nuffnang Yang Baik Hati : Nuffnang CPUV Bulan Januari Dan Februari 2016

Hari ini dah masuk hari pertama dalam bulan mac. Jadi bolehlah saya tulis entri mengenai cpuv yang masuk sepanjang bulan januari dan februari. Memandangkan kempen cpuv yang saya raih tak se 'gah' mana pun. Maka saya gabungkan dua bulan ni.

Saya akui bermula bulan januari tahun ini, saya dah jarang menulis. Saya masih dalam proses mengemaskini blog. Blog ini pun sudah mula menerima tawaran menulis iklan berbayar. Memang seharusnya kena nampak 'pro' sikit. Malangnya setakat ni baru nak kemas-kemas entri blog. Muka depan blog masih belum sempat diubahsuai. Sibuk dengan perihal bidang pekerjaan + family. Fuh! Memang kena bijak curi masa buat blog.

Walaupun saya bukan blogger yang publish entri setiap hari, namun nuffnang nampaknya masih baik hati memberi iklan. Hoho..

Kalau dikirakan, bulan februari ini hanya sempat tulis lima buah entri sahaja. Dua daripadanya datang dari paid review. Kalau tak, memang tak menulislah nampaknya. Kebanyakan entri saya dalam sebulan hanya dibawah 10 entri sahaja. Hi hi.. Tapi, bila dah mula menulis, I memang akan tulis panjang-panjang. Disitulah terasa kepuasan dalam bidang taip menaip ni.. ^_^

Nuffnang bulan mac ? 

Bila cek akaun nuffnang pagi ni, ada pula iklan baru untuk bulan mac. Hanya 1 kempen sahaja. Ho ho..comel tollll !.. Ni lah jadinya kalau jarang blogging. Nuffnang pun fikir 2x nak bagi iklan banyak-banyak.


Setakat ini masih ada beberapa iklan Cpuv yang sedang berjalan. Total kempen ada 21 semuanya.


Walaupun Cpuv ni boleh tahan banyak, namun anda boleh tengok bahagian earning sebenarnya duit yang masuk tak banyak pun. Hanya beberapa sen sahaja bahkan ada yang masih kosong. Ada jugalah earning yang dah capai lebih Rm2... Huhu.. Apapun saya masih berterima kasih pada nuffnang sebab dah beri peluang untuk jana cpuv earning ni.

Setiap hari juga saya akan semak akaun nuffnang. Hehe. Walaupun jumlah pendapatan ciput, namun earning yang meningkat sedikit demi sedikit jadi pemangkin semangat untuk teruskan blog.

Cpuv yang telah dikreditkan setakat bulan Januari dan februari.



Total cpuv yang ongoing + credited untuk bulan januari dan februari adalah 20 iklan + 56 kempen. Bahagian earning ni malu pula nak tayang. Cukup lah untuk beli sekontena aiskrim. Ho ho..Kebanyakan kempen yang berjalan adalah cpuv huawei. Rajin gak hp huawei ni dipromosikan.

Trafik blog ...

Trafik blog pula setakat ni memang turun dan naik. Kalau saya tengah rajin menulis. Dapat jugalah merasa lebih 600 UV sehari. Kalau dah tengah malas- malas ni, trafik blog untuk UV hanya capai sekitar 400 hingga 500 sahaja.



Esok usia blog ni pun dah capai setahun. Bolehlah I cashout earning nuffnang yang pertama pula..hehe.. thanks nuffy..^_^

4 comments :

  1. Replies
    1. Thanks... cpuv banyak earning tak masyuk pn...hihi

      Delete
  2. Wah... syoknya.. saya baru hantar ticket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... belum cashout langsung pun. Eloklah awk dah hantar tiket ^_^

      Delete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.