Iklan Cpuv adalah iklan berdasarkan unique visitor. Kita akan dapat lihat amaun yang on going pada bahagian earning nuffnang. Jumlah hanya akan dikreditkan ke akaun setelah kempen iklan tamat.
Iklan cpuv sangat membantu menaikkan amaun di akaun nuffnang saya. Meskipun ianya tak seberapa. Dibandingkan dengan Cpc. Fuh ! Payah juga nak dapat. Sebulan sekali pun susah juga. Maklumlah nuffnang kan menggunakan ads image. Pastilah reader dah agak itu iklan. Biasanya pengunjung lebih tertarik untuk klik iklan bertulis kerana adakala mereka tak sangka itu iklan.
Baru-baru ni, saya sedari bahawa amaun duit iklan cpuv semakin berkurang. Kemudian, apabila saya cek semula pada blog, dua daripada iklan nuffnang saya tak muncul pula. Ingatkan teknikal problem, so tunggu within 3 days, tak muncul pun. Sebelum menghantar tiket ke nuffnang, saya cuba remove iklan dan tambah semula. Tapi keputusannya sama sahaja.
Then, saya pun submit tiket ke nuffnang. Cara submit mudah sahaja jika anda ada sebarang pertanyaan. Search nuffnang dan klik submit ticket. Login ke akaun nuffnang.
Saya agak kurang arif untuk memilih department yang tepat. Jadi saya pilih technical support. Jangan risau. Jika anda salah department pun, mereka tak akan reject juga. Saya letakkan priority kepada high agar mendapat maklumbalas segera..ho ho..
Namun sebelum sempat mendapat maklumbalas dari staff nuffnang, saya cek semula blog dan iklan telah keluar seperti biasa. Oops...
Nasib baiklah staff nuffnang memberi respon yang baik-baik sahaja. Seganlah pula hoho. Pagi ini saya mendapat emel dari nuffnang yang mengatakan :
Lega ^_^
Jangan tak tahu ya, jika kita berkomunikasi dengan staf nuffnang pun salah satu cara mendapatkan iklan cpuv. Jangan pula anda emel mereka setiap hari. Bila cpuv mula berkurang, barulah anda mulakan 'chating' dengan mereka. Ia adalah satu teknik yang cukup efektif bagi saya.
Bilangan pengunjung yang datang ke blog amat penting kerana ia menentukan pendapatan cpuv kita. Lagi ramai pengunjung anda, lebih tinggi peratus pelawat untuk klik iklan. Disinilah anda dapat cpc earning.
Nak dapat pengunjung blog yang ramai kena ada banyak entri. Sebelum ini, saya pernah menghasilkan 8 entri dalam sehari. Namun kebanyakan entri itu mendapat bilangan pelawat yang sangat sedikit. Entri yang banyak pun hasilnya sama jika kontennya kurang.
Jika saya bercerita pasal trafik, tak layak lagilah rasanya. Selain google, saya mendapat bantuan trafik yang cukup baik melalui babab.net. Caranya, Kita membantu promosi artikel blog-blog lain dan mereka akan lakukan hal yang sama pada blog kita. Hanya perlu letakkan link sahaja. Ia mudah dan win win situation. Adil bagi semua blogger yang join.
Walaupun blog ini mempunyai trafik yang rendah dan masih tidak setanding dengan blog otai lain namun pendapatan cpuv saya setakat ini masih berjalan dengan lancar. Bagi anda yang dah agak-agak bosan dengan nuffnang, saya kongsikan cpuv earning saya setakat bulan ogos hingga kini. Yang on going kempen buat masa ini hanya ada 20 ads sahaja.
Sekilas / Seikhlas : Screenshot ini tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk ya. Saya pasti ramai yang kecewa dengan nuffnang kerana kadangkala iklan yang diberi sangat kurang. Saya dah selitkan sedikit teknik dan tips pada entri ini dan semoga ia mampu memberi anda inspirasi mengenai nuffnang dan cpuv ^_^
~ Good Luck In Nuffy
wahhh i xpernah dapat CPUV lagi.baru blogging dua bulan heheh....
ReplyDeleteDun worry :-).. 2 bln tu masih baru lagi.. Sya pun ambil masa juga nak dapat cpuv earning ni...hihi...
Delete