Wednesday, 7 October 2015

Its My Life ! : Resepi Terung Masak Udang Kering Yang Mudah Dan Sedap

Suatu ketika dahulu, saya ni bukanlah seorang penggemar sayur terung. Resepi my mom also sangat berbeza. Ia buatkan saya tolak sayur terung ni jauh-jauh. Ho ho..

Minat nak makan terung ni bermula ketika saya menuntut di kolej perubatan. Kawan sebilik sangat suka terung ni. Tak kira sama ada masak sendiri ataupun makan di luar. Rasa pelik juga, sangat sedap ke sayur ni. Then, saya pun cuba makan sekali ketika makan diluar bersama kawan ni.

Fuh. Boleh tahan juga. Ia sedap jika dimasak dengan cara yang betul. Apatah lagi jika bahagian dalam terung cukup lembut. Jadi macam bubur. My husband pun macam tu juga. Tak pernah pandang sayur buah ni. Bila saya dah kerap masak, cuba pelbagai resepi masak terung ni. Dia pun dah tumpang sekali minat makan sayur terung.

Ada pelbagai cara sedap dan mudah nak masak sayur terung ni. Tapi, saya lebih favourite dengan cara masakan saya sekarang. Super easy, mudah, manis dan sedap. Family favourite !

Biasanya saya lebih suka masak bersama dengan udang kering. Sebelum ini, it takes a few month juga saya tidak menggunakan seafood seperti udang ke dalam masakan kerana alergik secara tiba-tiba terhadap makanan laut. Setelah melakukan sedikit google research + my brother advice. Alergik ni rupanya disebabkan usus tak bersih and menunjukkan imuniti badan kita lemah.

Melalui penjagaan makanan yang betul serta pengambilan air secukupnya dalam sehari, sekarang ni dah boleh makan seafood balik. Itu pun saya hanya berani cuba udang kering sahaja dulu. Takut jadi alergik satu badan. Bila dah mula alergik. Boleh tahan juga. Ia mula membengkak pada mulut dulu. Tak seksi ke macam tu..Ho ho.. Nasib baiklah alam pekerjaan boleh pakai mask. Bolehlah tutup bibir seksi ni. Kalau tidak, mulalah kawan-kawan sekerja bertanya.. 'eh, bibir dah jadi bibir Angelina Jolie ke ?'.. Malulah pula..^_^

So, jom mula : Bahan-bahan ?


~ Terung kari - Saya pilih terung ni kerana ia sangat mudah jadi lembut. Warna terung ni lebih gelap. 

~ Bawang merah 2-3 biji dan bawang putih, tak perlu banyak 

~ Udang kering (Biasanya saya masukkan semangkuk kecil udang kering sahaja)

~Sos cili manis Thai


1. Mulakan dengan menumbuk bawang merah dan putih serta udang kering hingga hancur.

2. Barulah basuh sayur terung dengan bersih dan potong. Jangan biarkan terlalu lama terdedah pada udara, nanti jadi hitam. Nak potong macamana bentuknya, terpulang pada anda. Lagi muda usia terung, lagi sedap dan lembut.


3. Panaskan kuali > tuang minyak semangkuk kecil > Tumis bawang hingga naik bau > Masukkan udang kering dan masak hingga naik bau.. Jangan terlalu lama.

4. Kemudian barulah masukkan terung. Kecilkan api (Sekecil yang boleh).


5. Tutup menggunakan penutup kuali supaya ia jadi lebih kukus dan cepat lembut. Semasa melembutkan terung, jangan tambah air kerana terung akan jadi cepat hancur tapi dalamnya tak cukup lembut. Gaul setiap 3-4 minit dengan api paling kecil untuk elak resepi hangus. Dan tutup menggunakan penutup kuali.


6. Jika kuali jadi terlalu kering, tambah minyak. sedikit demi sedikit. Kita tak mahu masakan jadi terlalu berminyak. 

7. Agak lama juga saya melembutkan terung ni, ia mengambil masa hingga 30 minit. 

Tips # : Kalau anda nak rasa sos cili thai meresap ke dalam terung. Tambah sos ini sedikit & garam demi sedikit semasa proses melembutkan terung. 

8. Bila dah cukup lembut, tambah sos cili thai secukupnya. Kemudian tambah 1 sudu kecil garam. Tak perlu tambah gula kerana sos ni pun dah cukup manis.


9. Saya tak tambah air ke dalam masakan. Saya lebih sukakan kuahnya pekat, manis dan sedikit pedas. Lebih original !


10. Dah siap, hidangkan ^_^



No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.