Wednesday, 6 January 2016

7 Perkara Penting Ibubapa Patut Tahu Bila Anak Mula Sekolah Tadika

Musim Persekolahan dah pun bermula beberapa hari. Tapi, saya hanya berkesempatan menguruskan anak sekali dua sahaja.

Agak terkilan juga sebab tak dapat hantar anak ke sekolah pada hari pertama. Fuh ! Susah juga terikat dengan jadual kerja. Jeloss juga dengan mereka yang kerja office. Okayy saja bila nak ke keluar ke mana-mana. Dah pilih bidang perubatan. Tak bolehlah tinggalkan tempat kerja sesuka hati. Have to move on juga.. ^_^

Saya pernah kongsikan tips pilih tadika dan persediaan sebelum ke tadika sebelum ini. Dan, sesetengah hal pun saya dah mention dalam pos tu juga. Apart of it, masih ada banyak perkara penting ibubapa wajib tahu. Terutama jika anda baru pertama kali hantar anak ke tadika.

Malam sebelum ke sekolah pada hari pertama saya sendiri siapkan barang keperluan anak. Memandangkan saya tak dapat rasa keseronokan hantar anak ke sekolah. He he..


1. Bekalan makanan dan air

Sesetengah tadika contohnya tadika kemas ada menyediakan 'snack time' untuk anak kecil. Jadi anda hanya perlu sediakan air sahaja. Tadika swasta yang saya pilih ini, ada juga menyediakan minuman ringan seperti milo dan nestum. Jadi, saya hanya bekalkan snek ringan sahaja untuk kudap-kudapan. Kanak-kanak amat memerlukan nutrisi kalsium. Saya lebih suka brand dutch lady sebab ia dah khaskan packing susu sesuai dengan usia kanak-kanak.




Hmmm.. anak saya sendiri hendak bawa snek jenis ini. Comel juga. Menarik perhatian si kecil. Dalam kotak ni, ada plastik yang kena buka pula. Kena juga bawakan dia gunting. Pastikan hujung gunting tidak tajam agar selamat untuk si kecil guna.


I always look for BPA free bila sebut pasal bekas air. Selamat untuk anak kita gunakan. Tak semua budak boleh buka bekas yang menggunakan penutup jenis putar. Sebab itulah saya pilih menggunakan straw. Saya pernah beli bekas air yang cukup murah sebelum ni plus comel juga. Tapi, walaupun dah cuci beberapa kali, bau kimia masih lekat disitu. Takut pula memudaratkan anak untuk jangkamasa panjang.

2. Terangkan kedudukan barang-barang

Explain...explain..explain to your kid. Biar si kecil tahu barang keperluannya ada disediakan dan ada diruangan beg yang mana satu ! Sebelum anak saya ke sekolah. Wajb untuk saya atau ibu saya bagitau di mana kedudukan barang-barang. Jangan sekadar masukkan sahaja.

Contohnya ;

~ Pemadam, pensil ada dibekas pensil. Bekas pensil di ruangan mana satu.

~ Warna letak mana. Saya dah siap label nama anak pada batang warna. He he. Anak memanglah tak tahu baca lagi. Tapi, saya dah terangkan jika ada plaster macam ni, dia punya. Setakat ini, warna masih lengkap. Tak tahulah bila dah masuk 2-3 bulan. Ho ho..sebab memori budak ni boleh simpan sedikit data saja.

3. Pakaian Ganti 

Mula-mula saya tak tak terfikir pula pasal pakaian ganti untuk dibawa. Nasib baiklah cikgu anak saya ni whatsapp sehari sebelum sekolah dibuka. Bila dah terlibat dengan aktiviti sekolah, bermain dan makan, takut pakaian jadi kotor pula.

Selain itu, risau juga jika anak tak sempat ke tandas. Terkencing atau berak di seluar. Jadi penting ada extra pakaian untuk anak.

4.Aktiviti kencing & berak anak

Anak saya tahun ni dah genap 4 tahun. Dia memang dah boleh pergi kencing dan berak. Tapi, itupun kena ada sedikit bantuan juga. Nak minta saya temankan dan bantu kemaskan seluar.

Sebelum ni, ada juga teman sekerja saya yang bertanya 'anak pakai pampers sampai umur berapa?'

Katanya, anak buah dia yang dah berusia 4 tahun masih menggunakan pampers di rumah atau keluar ke mana-mana, Terkejut juga, Sebab toilet training sepatutnya dilakukan oleh ibubapa seawal usia 2 tahun. Anak saya mula stop pakai pampers setelah dia berusia 2 tahun setengah.

Amatlah penting untuk ibubapa remind anak untuk bagitahu cikgu atau pembantu tadika jika si kecil rasa nak kencing atau buang air besar.

5. Mandikan anak 

Optional sahaja ya parents :-) Kadangkala anak nak bangun pun kena kejut beberapa kali. Terlajak tidur. Apapun, penting sebenarnya untuk mandikan anak supaya anak rasa lebih segar di sekolah. Aktiviti hariannya pun jadi lebih lancar. Apatah lagi jika anak kita ni jenis yang kuat berpeluh.

6. Driver atau Penjaga

Meskipun anak saya sekolah di area kampung sahaja. Bahaya tetap ada juga. Mesti kena ingatkan anak untuk tunggu parents atau driver bersama cikgu di kelas tadika. Pastikan anda inform guru jika driver atau penjaga lain yang akan datang untuk mengambil anak. Nanti cikgu tak lepaskan si kecil pula.. hi hi..Apapun keselamatan anak diutamakan.

7. Feedback 

Jangan lupa ya :-) Tanya aktiviti anak anda disekolah. First thing anda kena tanya 'seronok tak sekolah?'. Jika dia menjawab 'ya'.. bermaksud anak kita berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan orang-orang sekelilingnya. Jika si kecil balik dengan keadaan menangis, tak mahu pergi sekolah lagi. Dia hanya lambat menyesuaikan diri. Sokongan emosi ibubapa amat diperlukan. Ada masa, kanak-kanak pun akan alami stress juga ya ^_^.. Tapi, jangan risau, ia hanya short term saja.

Jangan lupa tanya soalan seperti, dia bagitau siapa nak kencing. Kawan-kawan macamana. siapa nama cikgu dan pelbagai lagi, Ia salah satu cara kita merapatkan diri dengan anak dan ambil tahu hal sekolahnya. Si kecil pasti akan lebih excited untuk menceritakan hal sekolahnya kepada kita selepas ini.

Bila saya tanya siapa nama kawan, katanya 'kawan' sahaja. Ho ho... Bila ditanya siapa nama cikgu. Jawabnya 'teacher'...Hmmm... Semak buku sekolah anak jika ada homework. Biasanya diawal minggu persekolahan, tiada homework diberi. Tapi tak salah anda semak buku aktiviti anak.!










8 comments :

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.