'1 Ikrar Sejuta Harapan'
'1 Pledge Million hope'
Dengan satu ikrar yang kita daftar, kita memberi harapan kepada mereka yang sakit dan memerlukan pendermaan organ. Merekalah yang berada dalam senarai menunggu.
Fuh ! Bila dengar derma organ pasti semua orang takut. Apa yang membuat sebahagian daripada kita takut ? Kurang pemahaman.
Buat masa ini, ada lebih daripada 11 ribu individu yang masih menantikan pendermaan organ. Organ yang didermakan mampu membantu mereka mendapat kualiti hidup dan kesihatan yang lebih baik.
Setiap individu yang menderma mampu menyelamatkan 8 nyawa individu lain. Kesesuaian organ dan tisu akan ditentukan oleh pakar perubatan.
Saya percaya ramai yang kurang tahu mengenai ikrar derma organ ini. Ia tentunya bukan keputusan yang mudah dan kecil. Ini termasuk saya sendiri okey. Sebelum saya berikrar menjadi penderma organ, saya juga berfikir sedalam dan sebaik yang mungkin. Saya dipromosikan mengenai ikrar ini sudah agak lama juga. Namun, saya tidak menyertai ikrar ini lebih awal kerana belum memahami mengenai ikrar ini sepenuhnya.
Husband juga menentang pada mulanya, tapi bila saya terangkan dengan baik. Dia juga boleh menerima isu ini dengan baik sekaligus menjadi salah satu pledger derma organ ini.
Saya huraikan secara ringkas dan padat mengenai derma organ ini.
Pemindahan organ ini dilakukan selepas kematian. Ia tidak dilakukan pada individu yang hidup. Meskipun hanya sebahagian kecil organ atau tisu didermakan, ia pasti menimbulkan komplikasi kepada kesihatan meskipun 1%...
Kata orang, derma organ adalah kebaikan yang kita lakukan selepas mati. 'Good things afterlife!'...
Kematian ditakrifkan kepada dua iaitu kematian bermula pada otak dahulu ataupun kematian jantung.
Mati Otak
~Berlaku apabila individu mengalami pendarahan akibat kecederaan teruk. Tekanan dalam kepala jadi terlalu tinggi.
~Otak tiada oksigen selepas kardio-respiratori terhenti.
~ Barah Otak
~ Stroke / angin ahmar
Untuk mengesahkan kematian otak, ujian akan dilakukan dan disahkan oleh doktor pakar. Apabila otak mati, anggota lain masih akan berfungsi untuk seketika. Tetapi ia akan berhenti termasuk jantung. Dalam keadaan ini, pesakit bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.
Untuk kes mati otak, semua organ termasuk tisu boleh didermakan.
Kematian Jantung
Bagi kes kedua ini, hanya tisu boleh didermakan. Ini termasuklah mata, tulang, injap jantung dan kulit.
Di malaysia, organ utama yang boleh didermakan adalah jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang. Ini termasuklah tisu badan kita.
Dari segi agama, semua agama di malaysia seperti buddha, kristian, hindu, sikh dan Islam membenarkan pendermaan organ.
Ia sama seperti menderma darah. Dibenarkan oleh semua agama.
Ia juga sah menurut perundangan Akta Tisu Manusia 1974
Sekiranya anda telah mendaftar sebagai penderma, anda akan diberikan 1 kad berwarna hijau bahawa kita telah berikrar sewaktu hidup untuk menderma organ. Sebab itulah jika anda berniat untuk menderma organ, adalah teramat penting untuk memberitahu ahli keluarga dan waris agar tidak berlaku kejutan dimasa akan datang. Ia juga memudahkan proses pendermaan ini.
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web pusat transplan nasional ataupun hospital. Jangan daftar dengan saya pula ya :-)
Jika anda mengubah keputusan untuk tidak menderma organ, jangan risau okey ^_^.. Tiada paksaan. Anda hanya perlu membuat panggilan ke pusat transplan nasional untuk membatalkan ikrar ini. Maklumkan juga kepada waris jika anda mengubah keputusan.
Setelah kematian disahkan, ahli keluarga akan diberi penerangan dan peluang untuk memikirkan mengenai derma organ ini. Keputusan keluarga akan dihormati.
Sebelum organ diambil, penderma akan ditentukan melalui ujian saringan ,bebas daripada kanser dan penyakit berjangkit.
Proses pembedahan organ daripada penderma akan dilakukan secara steril sama seperti pesakit yang hidup dengan penuh prihatin dan hormat.
~Semoga bermanfaat !
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.