Sunday 20 September 2015

Tips Sihat ! 5 Petua Mudah Jaga Kesihatan Jantung

Hai readers ! Saya ingin share dengan anda secara ringkas 5 petua asas dan mudah jaga kesihatan jantung. Ada banyak tips yang kita boleh amalkan untuk jantung agar lebih sihat. Namun 5 petua ini adalah yang paling penting.

Jantung adalah organ yang sangat penting kerana ia bagaikan 'suis utama' dalam tubuh kita. Jika ia rosak dan bermasalah, pasti menimbulkan komplikasi kepada organ penting yang lain.

1. Senaman jantung

Jantung juga memerlukan senaman kerana ia adalah otot ! Senaman membantu menguatkan jantung, melancarkan perjalanan darah dan membantu agar degupan jantung anda lebih teratur.

Senaman jantung adalah sebarang aktiviti yang mampu membuatkan jantung anda berdegup lebih pantas. Contohnya joging, berenang, berbasikal, skipping, mendaki, tenis, badminton, bola keranjang, aerobik dan pelbagai lagi.

Bagi anda yang cukup sihat, tidak mengalami masalah jantung contohnya jantung berlubang ataupun paru-paru seperti asma , lakukan senaman cardio sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jika anda mengalami masalah kesihatan yang lain, dapatkan nasihat doktor ya :-)

Senaman jantung juga efektif bagi mereka yang inginkan tubuh yang langsing dan kurus. Bunyinya cukup menarik bukan ?


2. Pemakanan & Oat
 
Aturlah jadual pemakanan anda kepada diet yang lebih seimbang. Diet yang tinggi lemak boleh menyebabkan tinggi kolestrol dalam darah iaitu hyperlipidemia. Sekaligus menambah beban jantung untuk membekal darah ke organ penting.

Kolestrol yang tidak sihat ( LDL ) juga boleh menyebabkan jantung tersumbat dan boleh menjadi punca serangan stroke. Pastikan anda menambah oat dalam diet kerana ia adalah makanan paling sesuai untuk meningkatkan kolestrol HDL dalam darah.

Oat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah. Ia akan lebih efektif jika anda amalkan secara konsisten.  

Pastikan anda makan 'on time'. Elak pemakanan segera kerana ia mengandungi sejumlah bahan kimia yang tinggi.Pemakanan yang lebih sihat adalah makanan yang anda sediakan sendiri berbanding makan di luar kerana anda boleh rancang diet anda sendiri.


3. Kawal marah dan stress 

Marah dan darah tinggi adalah dua fakta yang sering dikaitkan. Apabila anda sedang marah, jantung mengepam lebih laju dan bacaan jantung lebih tinggi. Bagaimana jika anda marah setiap hari ?

Adakah anda ingin makan ubat darah tinggi untuk kerana panas baran yang sukar dikawal. Begitu juga dengan stress. Stress bukan sahaja penyebab gemuk tetapi juga boleh menyebabkan darah tinggi dan serangan jantung.

Aktiviti seperti bercuti, beriadah dan meditasi mampu membantu mengurangkan stress.


4. Merokok

Merokok bukan sahaja merbahaya untuk paru-paru tetapi juga kepada jantung ! Bahan kimia dalam asap rokok mampu merosakkan sel-sel darah. Kerosakan ini meningkatkan risiko atherosclerosis.

Apa itu atherosclerosis ? Ia merupakan penyakit dimana bahan seperti lilin dipanggil plak, terhasil pada arteri. Dari masa ke semasa, plak ini akan mengeras dan menyempitkan arteri. Ini menyukarkan perjalanan darah dari jantung membawa darah yang kaya oksigen ke organ lain.

Jika plak ini berlaku pada bahagian koronari jantung. Ia boleh menyebabkan serangan jantung, chest pain, kegagalan jantung, aritimia dan boleh menyebabkan kematian. Penyakit ini dikenali sebagai CHD a.k.a coronary heart disease.


5. Rehat dan tidur yang cukup

Dalam isu kesihatan, rehat yang cukup amat penting.  Menurut kajian, mereka yang tidur kurang dari 5 jam berisiko mendapat penyakit jantung dalam jangka masa panjang. Begitu juga dengan mereka yang tidur secara berlebihan.

Waktu tidur yang sesuai bagi orang dewasa adalah sekitar 7-8 jam sahaja.

Semoga bermanfaat !




No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.