Friday 28 August 2015

Resepi Ikan Masak Lemon

Dalam 2-3 hari bercuti ni, saya sudah ada hobi baru, iaitu cuba memasak pelbagai resepi ! Kebanyakan resepi yang saya kongsikan sebelum ini mostly based on ayam sahaja ho..ho..

So, kali ni saya share resepi ikan. Bahan memasak yang saya gunakan rasanya boleh tahan sedikit sahaja. ^-^.. Jadi tak perlulah anda pening nak beli pelbagai bahan..



Resepi ikan masak lemon !


Untuk resepi ini, jenis ikan yang paling sesuai untuk digunakan adalah ikan dori.

Biasanya saya beli fillet ikan yang sedia dipek di supermarket sebab kalau beli ikan dori dipasar, baunya agak hanyir sedikit.

Apapun, pemilihan ikan dori terpulang pada anda.

Saya pilih brand jenis ini.Suka guna dori yang dipek brand ni kerana bau hanyir memang agak kurang berbanding brand lain yang saya pernah try...




Bahan Memasak 

~Ikan Dori ( Sepotong ikan dori ) 
~Buah lemon (Sebiji cukup)
~ Tepung kanji
~ Gula / madu (optional sahaja)
~ 1 sudu teh garam
~ Pewarna kuning 
~ Tepung Gandum


Cara memasak


1. Potong nipis ikan dori dan bersihkan dengan air.
2. Kemudian perap ikan dori dengan tepung kanji.
3. Kemudian goreng hingga ranggup dan letak tepi. 


Sos Lemon

1. Biasanya saya letak air lebih kurang 200ml
2. Letak lemon 2 sudu sahaja

Tips # : Potong buah lemon separuh, kemudian perah. Ambil lebih kurang 2 sudu besar jus lemon untuk dicampurkan ke dalam sos. 

Yang separuh pula bolehlah hiris nipis untuk dijadikan hiasan tepi ~ 

3. Campur tepung gandum ke dalam kuah.
4. Letak 1 sudu teh garam.

5. Madu / gula 2-3 sudu ( Boleh adjust ikut selera )
6. Dua hingga tiga titis pewarna.
7. Gaul hingga pekat

Tips # : Ada dua resepi ikan masak lemon ni yang saya pernah cuba :

Cara 1 # : Tuang sos lemon ke dalam ikan dori yang telah digoreng.  

Cara 2 # : Selepas sos siap dimasak, tuang ikan dori yang telah digoreng ke dalam kuali dan gaul. Jangan lama ya ^_^. Nanti jadi sangat lembik pula. 
Apa yang best cara ni ? bila kunyah ikan dori, anda akan terasa ikan dori lebih juicy ~



8. Bolehlah hias hirisan lemon ditepi hidangan. 
9. Dah siap ?  Hidangkan ^_^


~ Semoga Membantu ~

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.