Wednesday 19 August 2015

Ketahui Tanda-Tanda Penting Hendak Bersalin Dan Bila Anda Patut Pergi Ke Hospital ?

Menunggu detik kelahiran merupakan saat yang paling mendebarkan bagi ibu hamil. Apatah lagi ibu yang akan bersalin buat pertama kali.

Jika anda seorang ibu yang bakal melahirkan anak, amat penting untuk anda tahu tanda-tanda kelahiran. Sesetengah ibu menjadi cemas apabila tanda-tanda kecil ataupun palsu timbul. Akibatnya anda berulang kali ke hospital walaupun saat melahirkan belum tiba lagi.

Pre Labor Sign #: Adalah amat penting untuk anda tahu apa tanda-tanda yang akan anda alami beberapa hari sebelum melahirkan bayi..

Tempoh penuh kehamilan adalah 40 minggu. Namun begitu, perlu diingatkan, anda perlu mula bersedia untuk menghadapi saat kelahiran terutamanya jika :

1. Kehamilan anda telah mencapai usia 36minggu dan ke atas iaitu paru-paru bayi telah mencapai tahap matang. Sesetengah ibu bersalin lebih awal dari tarikh EDD disebabkan terlalu aktif ataupun telah bersalin beberapa kali.

2. Anda juga perlu bersedia apabila kepala bayi telah engaged ke ruang pelvis. Biasanya ia akan masuk ke ruang pelvis pada minggu ke 38. Namun begitu, kebanyakan bayi masuk ke ruang pelvis lebih awal dari waktunya.

Bagaimana nak tahu kepala bayi telah 'engaged'...? Kebanyakan ibu merasa tidak selesa pada bahagian pelvis apabila bayi telah engaged. Anda akan merasa lebih selesa untuk bernafas kerana kedudukan bayi telah turun. Terdapat ruang diantara dada dan perut. Anda juga boleh mengesahkan kedudukan bayi apabila Anda follow up ke klinik. Tanya pada jururawat anda jika bayi telah masuk ke ruang pelvis.

3. Kebanyakan ibu yang hendak melahirkan akan mengalami 'oedema' (bengkak air) seluruh badan. Ianya akan lebih jelas kelihatan pada bahagian wajah, hidung bahkan pada bahagian kaki. Hal ini dialami oleh saya sendiri.  Anda mungkin juga akan mendapat teguran hidung yang agak kembang daripada biasa ! Jangan khuatir kerana ia adalah fenomena biasa dialami oleh wanita yang hendak melahirkan anak.

4. Sakit pinggang dan belakang. Walaupun ianya adalah simptom ringan, namun anda tak patut abaikan tanda pre labor ini. Rasa penat yang anda rasa juga lebih hebat, iaitu 2 kali ganda dan memaksa anda untuk rehat dan duduk lebih kerap.

5. Kontraksi lebih kerap. Namun ia masih bukan saat untuk melahirkan. Kira jarak kontraksi anda kerana anda mungkin mengalami kontraksi palsu braxton hicks.

# Disini saya ada sediakan panduan mudah untuk mengenali Kontraksi sebenar VS kontraksi palsu hendak bersalin. Anda akan mengalami braxton hicks yang sebenar beberapa jam / minit sebelum proses kelahiran.  Semoga ia mampu memberi panduan kepada ibu-ibu.


Bagi anda yang mungkin mengalami kontraksi pramatang iaitu sebelum kehamilan mencapai 36 minggu dan ke atas. Bolehlah baca pengalaman saya mengalami kontraksi pramatang disini. 

Tips #: Jika anda seorang ibu yang bekerja, bawa beg kecil dan simpan pakaian bayi serta keperluannya. Contohnya 2-3 helai pakaian bayi, lampin, tisu basah, tuala, minyak kayu putih dan bedak.Pastikan barang-barang bayi sentiasa ada bersama anda. 

Perlu diketahui tanda-tanda bersalin setiap wanita berbeza. Ada yang cepat untuk melahirkan. Ada juga yang lambat sehingga terpaksa menanggung sakit sehingga beberapa hari.

True Labor Sign #:Alert ! 5 Tanda Penting :

1. Discaj Mucus bercampur darah -  Sesetengah wanita merasakan 'show' ini lebih terasa sakitnya untuk melahirkan. Jangan abaikan tanda ini kerana ada sesetengah individu yang bersalin dalam tempoh 48jam selepas mengalami discaj ini.

2. Pecah air ketuban - Walaupun air ketuban telah pecah, kadangkala masih mengambil masa beberapa hari untuk melahirkan. Bergantung kepada individu tersebut.

3. Sakit dan lenguh pada bawah bahagian belakang yang semakin kuat dan nyata. Hal ini normal bagi wanita yang akan melalui proses melahirkan anak. Minta bantuan suami untuk melakukan urutan ringan bagi melegakan simptom ini.

4. Lightening - Anda biasanya akan merasa kepala bayi berada dibawah.

5. Braxton Hicks. Anda akan merasa tanda kontraksi sebenar braxton hicks.

Tips # : Kontraksi yang kerap adalah tanda terakhir kelahiran yang sangat penting. Penting bagi ibu untuk mengira jarak kontraksi bayi.

Bila anda patut ke hospital ?

Penting # Kira jarak kontraksi anda. Jika kontraksi berlaku semakin kerap dan jarak kontraksi semakin singkat, contohnya : 

Bayi mengeras selang 5 minit dan mengeras sekitar 25-45 saat, pergilah ke hospital dengan segera. Kontraksi yang berlaku lebih kerap mempercepatkan bukaan rahim. 

Tips : Jika anda tinggal jauh dari hospital dan anda risau bersalin sebelum waktunya, datang ke hospital apabila kontraksi berlaku selang 10-15minit. Anda cuma akan ditahan lebih lama sebelum proses kelahiran.

~ Semoga bermanfaat ^_^

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.