Monday 17 August 2015

Korea Oh Korea : 9 Jenis Pembedahan Plastik Yang Popular Di Korea !

Pembedahan plastik bukanlah suatu rahsia lagi bagi masyarakat korea. Bahkan 24% daripada industri ini dipegang oleh ibu negara korea selatan.

Pembedahan ini dianggap sesuatu yang amat istimewa hinggakan ia menjadi hadiah hari lahir ibubapa kepada anak remaja mereka. Ada antara mereka yang menjalani pembedahan plastik seawal usia 16 hingga 18 tahun..Bagi mereka, lebih awal pembedahan dilakukan, lebih menyerlah keaslian 'plastic surgery' ini.

Kebanyakan selebriti korea juga pernah melakukan pembedahan plastik ini. Oleh itu, sukar untuk kita ketahui mana selebriti korea yang mempunyai wajah tampan ataupun jelita yang asli dan semulajadi.

Trend pembedahan ini kemudiannya menjadi ikutan pelbagai individu dari negara luar. Ada individu yang sanggup ke korea semata-mata untuk menjadi cantik dan tampan.

Antara pembedahan plastik yang kerap dilakukan di korea dan mendapat sambutan hangat adalah :


1. Pembedahan Hidung

Pembedahan hidung yang dimaksudkan adalah rhinoplasty. Ia dilakukan agar hidung nampak lebih kecil dan mancung. Tulang rawan dari bahagian telinga ataupun daripada tulang rusuk digunakan untuk mendapatkan bentuk hidung yang ideal.


2. Membesarkan Dahi 

Hmm.. sesetengah orang mungkin beranggapan dahi yang agak bulat dan timbul nampak lebih seksi. Prosedur ini mudah sahaja dan mengambil masa yang singkat untuk dilakukan. Implan dilakukan pada dahi pesakit agar ia nampak lebih licin dan bulat.


3. Transplant Rambut

Prosedur ini agar popular juga tapi ia tidaklah keterlaluan seperti prosedur lain. Ia tidak mengubah wajah pelanggan terlalu drastik. Dengan menggunakan rambut orang lain, transplant rambut dilakukan.


4. Pembedahan Dagu 

Pembedahan ini boleh dilakukan melalui kaedah implan bagi menentukan bentuk dagu individu. Implan yang digunakan samada melalui tulang pelvis , tulang rusuk ataupun implan palsu. Apapun, pembedahan ini mempunyai risiko yang tinggi seperti jangkitan. Prosedur ini biasanya dilakukan seiring dengan pembedahan rhinoplasty untuk mendapatkan wajah yang sempurna.


5. Pembedahan Kelopak Mata 

Pembedahan ini merupakan prosedur yang cukup popular. Ia dilakukan dengan menghilangkan Monolid. Iaitu kelopak mata tunggal tanpa kedutan. Prosedur ini melibatkan pembuangan atau penyusunan semula tisu-tisu berlebihan. Dianggarkan 1 daripada lima wanita korea menjalani pembedahan kelopak mata ini.


6. Bentuk Wajah V-Line

Bentuk wajah yang cantik menjadi kegilaan ramai wanita korea. Bentuk wajah yang tajam ini membuatkan seseorang wanita itu nampak lebih seksi dan matang. Melalui prosedur ini, pemotongan bahagian dalam mulut dan mandible dilakukan untuk mendapatkan V-line yang sempurna.


7. Pembedahan Epicanthoplasty

Wanita mana yang tidak inginkan mata yang besar dan bulat. Mata yang sempurna pasti membuatkan seseorang wanita nampak lebih jelita. Namun begitu, tidak kurang juga lelaki yang melakukan pembedahan kelopak mata agar saiz mata nampak lebih ideal. Pembedahan dilakukan dengan menghapuskan lipatan epicanthal dan untuk melembutkan sudut mata.


8. Teeth Capping

Untuk mendapatkan gigi yang cantik dan sempurna, lapisan nipis porselin diletakkan pada gigi yang telah kekuningan dan pudar. Prosedur ini dilakukan hampir sama dengan pemakaian kuku palsu


9. Bibir 

Pembedahan untuk bibir pernah menjadi trend hangat dikalangan artis barat. Banyak individu terutama wanita sanggup melakukan pembedahan ini untuk mendapatkan bentuk bibir yang seksi dan mungil.



~ THanKs For Reading !

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.