Kurus bukan untuk cantik semata-mata tapi untuk menjaga kesihatan kita dari dalam. Berbadan besar merupakan simbolik bahawa dalaman kita tak sihat. Banyak penyakit dan komplikasi akan timbul disebabkan kegemukan.
Jika anda dalam proses menguruskan badan, jangan bermula terlalu extreme. Dua video yang saya share ni hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja setiap hari. 30 minit each.
Jika anda tiada alat senaman, selalu busy dengan pekerjaan, tiada masa pergi berjoging. Saya tunjukkan pada anda dua video senaman mudah yang pasti buatkan anda berpeluh. Disebabkan jadual pekerjaan saya dan husband berbeza, kami hanya akan melakukan sukan badminton jika masa bekerja bersesuaian. Iaitu apabila saya pulang dari bekerja syif pagi. Husband pula office hour.
So, video ni merupakan senaman yang paling saya suka. Singkat, mudah dan pasti buatkan anda berpeluh. Berpeluh ini baik untuk mengeluarkan toksin dari tubuh. Jika anda masih baru dalam dunia menguruskan badan, chewah ^_^.. anda mungkin tak tahu senaman yang paling bagus untuk menguruskan badan adalah senaman kardio @ jantung. Bagi anda yang ingin mengempiskan perut ataupun abs, kardio adalah senaman yang sesuai selain sit up.
Saya pernah menulis pelbagai tajuk kurus dalam blog ini, jika anda berminat untuk membaca, cari sahaja di ruangan carian anda ya. Ia termasuklah jenis-jenis sukan yang membantu pembakaran kalori, adakah diet atkin merbahaya dan banyak lagi.
Lihat video di bawah ;
Video ni adalah antara senaman yang paling saya suka. Ia direka khas untuk senaman cardio selama 30 minit sahaja. Jika anda tidak mahu bermula terlalu sxtreme, anda boleh follow modified version. (coach berbaju hijau gelap) dalam video. Anda pasti akan rasa berpeluh within 15minit sahaja. Fuh, hebat bukan. Saya bermain badminton pun hanya akan mula berpeluh selepas 30-40 minit. Jika tiada masa untuk bersukan atau jogging, saya akan lakukan senaman kardio ikut video ni selama 30 minit sahaja.
Siapa tak kenal Jilian Micheals ? Beliau merupakan coach profesional dalam The biggest loser. Video ini mengajar kita bagaimana hendak boost body metabolisme. Iaitu meningkatkan pembakaran lemak dengan meningkatkan metabolisme tubuh. Jika anda mempunyai banyak masa, bolehlah lakukan kedua-dua senaman ni sekaligus.
Ok, tunggu apa lagi. Jom mula ! ^_^
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.