Wednesday 13 May 2015

Kongsi Pengalaman : Salur Peranakan DiBuang Kesan Pengambilan Suplemen

Sekitar bulan mac/ april tahun ini 2015, kita pernah dikejutkan dengan berita wanita dibuang rahim kerana kesan pengambilan suplemen kecantikan. Saya kongsikan pengalaman seorang rakan, yang juga mengalami hal yang sama disebabkan suplemen kecantikan.

Ketika pulang dari bekerja, pada syif yang sama. Kami duduk bersama dilobi, menunggu untuk diambil. Kebetulan dia masih baru bekerja bersama saya. Baru dipindahkan unit. Jadi saya pun mengambil kesempatan untuk bercerita lebih lanjut untuk mengenali teman ini lebih rapat.

Dia memberitahu saya dia menunggu suaminya untuk datang mengambil. Saya agak sedikit terkejut. Wajahnya persis orang bujang. Masih cantik. 'Ada anak?' ujar saya. 'Belum lagi' katanya. Kemudian dia pun memulakan ceritanya. 'Pernah hamil, tapi kandungan diluar rahim' katanya. Memang terdapat pelbagai punca kehamilan ektopik. Tetapi saya pun tak menyangka ianya disebabkan pengambilan suplemen.

Katanya 'Rasanya cukup pedih, seakan mencucuk-cucuk'. Dia juga memberitahu dirinya mengalami pendarahan yang banyak. Waktu itu, dia hanya menyangka period yang luar biasa lebatnya. Disebabkan tak tertahan, dia pun dihantar  dikecemasan, namun mereka tidak dapat mengesan apa-apa melalui ujian darah. Dia diberi kebenaran pulang . Tapi sakitnya masih disitu.

Then, beliau berjumpa semula dengan doktor diklinik perubatan swasta dan ujian air kencing diambil. Didapati positif. Scan menunjukkan kantung rahimnya kosong. Doktor mengesyaki beliau mengalami kandungan diluar rahim dan kesnya dirujuk ke hospital pakar wanita dan kanak-kanak.

Disitu, Scan melalui vagina dilakukan untuk melihat keadaan rahim. Disebabkan rahimnya telah tersumbat dan pihak hospital risau ia akan menambah lagi teruk pada tiub falopio beliau, mereka memutuskan untuk membuang saja salur peranakan sebelah kanan teman saya ini. Sayu saya mendengarnya.

Dia pun mengakui kepada saya beliau sering makan suplemen untuk kurus dan cantik. Tersentap saya dibuatnya. Saya pun cuba bertanya 'suplemen apa?'. Dia katakan pada saya pelbagai jenis. Tidak spesifik. Dia ada nyatakan pada saya beberapa jenis suplemen yang pernah dia consume. Saya hanya terdiam. Ada antara suplemen yang cukup popular dan saya juga pernah consume. Bahaya. Nasib baiklah sekarang ni saya tak amalkan apa-apa suplemen pun. Saya banyakkan minum air putih sahaja.  Pakar menasihati beliau agar menghentikan pengambilan suplemen untuk mengelak masalah sama berulang.

Pengajaran untuk kita semua : Sebaik-baiknya terimalah diri anda seadanya. Kita tak mahu kita adalah wanita yang mengalami isu yang sama selepas ini. Jadikan ia sebagai tanda dan pengajaran untuk kita lebih berwaspada. Dengan suplemen minuman dan pil kecantikan yang pelbagai dan trending dipasaran.

Ianya amat menakutkan, si pembuat produk tak akan fikir kesan sampingan dan jenis bahan kimia yang digunakan. Yang penting, kesan nampak dalam masa yang singkat. Semua produk pun mempunyai kandungan kimia. Cuma dosagenya mungkin lepas taraf kelulusan KKM kerana jumlah yang sedikit sahaja digunakan. Tanpa kimia 100% adalah hampir mustahil. Pengawet yang diguna supaya ia tahan lama pun kimia juga kan.  Begitulah hebatnya kuasa 'wang'..

Apa kata anda ? Renung-renungkan.

1 comment :

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.