Tuesday 19 May 2015

Resepi Sayur Baby Kailan Yang Mudah, Cepat Dan Lazat !

Buat readers semua, kali ini saya akan share resepi mudah sayur baby kailan. Ianya sangat cepat dan mudah. He he.. Saya ni bukannya seorang pakar memasak ya ^_^.. Tapi kalau masak versi kelam kabut dan kurang pakar letak bahan-bahan perasa, bolehlah rasanya terjah dekat bawah ni.

Antara sayuran hijau yang paling saya gemari adalah baby kailan. Sayur ni jenis yang kecil dan rasanya kurang pahit dan lebih lembut, bagi sayalah..ehemm... Bagi mereka yang tak berapa suka makan sayur. Bolehlah makan sayur baby kailan ni.

Saya gunakan bahan ini saja untuk masak :


 baby Kailan 2 ikat
Cuka epal 2 camca
 Sos tiram 1/2 mangkuk cina kecil

Cuka epal yang saya gunakan ini adalah keluaran shih chuan. Sangat sukakan rasanya yang manis dan sedikit masam. Sos tiram ni pula brand Life. Rasanya memang berbeza dengan sos tiram keluaran maggi. Sebab sos tiram keluaran maggie added Msg. (monosodium glutamate). Bahan kimia yang agak merbahaya untuk usus dan kesihatan,. Hampir kesemua produk maggie mengandungi MSG. Anda hanya perlu lihat labelnya saja !


1. Mula-mula, rebus sayur baby kailan. Saya letak 2 sudu garam. Tak perlu lama sangat rebus. Nanti nutriennya hilang pula dan sayur jadi lembik. Cukuplah jika sayur baby kailan lembut sedikit.


2. Dah lembut, pindahkan ke bekas



3. Saya lebih sukakan bawang merah dan putih yang ditumbuk berbanding dihiris. Apapun terpulang pada selera masing-masing. Saya gunakan 1 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih sahaja. 

Info : Bawang putih ni baik untuk mencegah kanser, tapi disebabkan ia mengandungi sulfur, takut badan jadi bau pula..Ho ho..


4. Sekarang, masak kuah sayuran pula. Okay, tumis bawang.

5. Tuang sos tiram. Jika nak sup sayuran pekat sikit, bolehlah bagi lebih sedikit sos tiram. 

6. Then, barulah tuang sedikit air 1/2 cawan.. Nak pekat, tuang sedikit air sahaja.

7. Kemudian letak 2 camca cuka epal.

8. Cuba rasa sup resepi anda ^_^

9. Kalau dah puas hati, tuang sos sayuran ke dalam sayuran.

10. Hidangkan dan makan ! 


~ Yummy ! Sangat sedap dimakan ketika masih panas.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.