Tuesday 19 May 2015

Yeayy ! Dah Dapat Hosted Akaun Google Adsense Untuk Blog Bahasa Melayu 2015

Google Adsense Dah Approve ?? Yeayy ! Serious rasa macam mimpi..Ho ho..

Setakat ni saya menggunakan ppc nuffnang sahaja..glitteriti la sangat. Malangnya, walaupun banyak unique view. Bayaran tak naik-naik pun. Kecewalah juga. T_T

Seperti yang blogger-blogger sekalian sedia maklum, google sekarang dah terima blog bahasa melayu, pada tahun 2015. Sungguh menggembirakan. Jadi tak payahlah anda susah payah nak buat blog bahasa Inggeris. Bayaran adsense memang cukup lumayan kerana ia dibayar dalam dollar. Jika anda mempunyai blog, bolehlah cuba pasang iklan google ni.

Sebelum ini, saya pernah juga menggunakan adsense sebagai ppc. Masa tu sekitar tahun 2012.. Saya memohon akaun google adsense, saya menggunakan khidmat pihak ketiga. Lepas build sebuah website berbahasa Inggeris dan satu niche sahaja, saya pun dapat akaun adsense kurang dari 2 minggu.

Walaupun menjadi pengguna adsense yang jujur, saya diban juga selepas lebih kurang sebulan menggunakan google adsense. Faktor ? Fraud Click. Fuh ! Memang rasa geram sangat. Jadi taklah saya cuba memohon semula google adsense.

Blog saya yang anda sedang baca ni, masih setahun jagung lagi sebenarnya. He he.. Saya create pada awal bulan mac ini. Tapi, kebanyakan pos saya disini  diimport dari blog lama. Selepas create blog baru ni, memang rajinlah saya mengupdate blog. Jadi blog saya sentiasa aktif !

Selepas mengadu dekat mr.hubby kekecewaan dengan nuffy, dia pun suruhlah saya ni mohon semula adsense. Tapi takutlah pula kena reject. Blog saya ni pun masih baru. 

Bagaimana memohon iklan adsense bagi blogger yang menggunakan blogspot, tersangatlah mudah. Cari sahaja di bahagian Dashboard anda dan mohon. 

Email yang saya dapat berbunyi begini :



Pelik juga pada mulanya. Dia tak kata pun, congratulation ke ? You account approved ke ? macam tu.. Lepas baca, sign in to your AdSense account, oo.. rupanya dah dapat ya ? ^_^



Lepas klik sign in, saya pun dibawa ke ruangan terma dan syarat dalam bahasa melayu. Jadi bagi anda yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris bolehlah baca ayat yang panjang-panjang tu tanpa pening kepala. Jika anda hendak melihat lebih jelas, klik saja pic tu ya ?


Okay, dah baca terma dan syarat. Saya pun masuk ke Adsense account. Beginilah dashboard adsense.

Jika anda lihat pada bahagian kanan (atas) gambar pic dibawah, anda akan nampak Hosted account. Akaun jenis ini memang mudah nak dapat. Tak perlu risau ya : kerana anda masih boleh menjana pendapatan dengan akaun ini. Bagi anda yang tak tahu apa itu hosted akaun ? saya akan share pada artikel seterusnya.



Google menggalakan pengguna iklan adsense menjadikan blog mereka mobile friendly. Diruangan ini, anda akan diberikan panduan dan tools untuk meninjau samada feature blog anda sekarang mobile friendly ataupun tidak. Bagi blog saya ni, anda boleh lihat gambarajah dibawah blog saya sekarang adalah mobile friendly !



Okay ^_^.. Terima kasih kerana membaca artikel ini..


3 comments :

  1. hi,
    kalau kita letak adsense nnti nuffnang akan tarik balik ke gliteratti?banner adsense ni dia letak iklan local ke international punya product?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi too. Menurut pngalaman sy, Adsense ads tidak mengganggu status gliteratti nuffnang. Iklan adsense juga tidak menentu. Ia disesuaikan mngikut niche blog dan kdangkala keluar mngikut tmpt. Jika reader anda kbayakan dari luar ngara, ads yg keluar lbih kpada international product.

      Delete
    2. Sungguh susah nak dapat adsense..sy tnggu 3 hari baru terima...bukan senang...tpi mudah kalau rajin update...senang2 snggah blog sy lokmanamirul.blogspot.com

      Delete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.