Walaupun ramai berpendapat tablet tidak sesuai untuk kanak-kanak terutamanya diawal usia ini, tapi sebenarnya ada banyak aplikasi game pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak. Ibubapa perlulah bijak memilih aplikasi yang sesuai untuk anak-anak mereka.
Namun begitu, janganlah bergantung pada alat elektronik semata-mata. Luangkan masa lebih kurang 30 minit untuk ajar anak anda.
Sebelum ini saya juga kurang alert dengan teknik pembelajaran yang efektif untuk anak. Saya lebih suka beli buku jenis macam ni untuk anak.
Bermula ketika anak berusia 1 Tahun
Buku jenis ini sesuai jika anda ingin bercerita kepada mereka.
Jangan tak tahu, ini salah satu jenis pembelajaran juga. Ia cara berkesan untuk buatkan mereka tertarik kepada buku.
Saya mulakan dengan penceritaan pelbagai cerita kanak-kanak untuk anak saya ketika dia berusia 1 tahun lebih.
Pastikan buku yang anda beli mempunyai banyak gambar berwarna berbanding tulisan. Jangan baca buku tersebut untuk bercerita. Sebaliknya gunakan bahasa yang mudah untuk kanak-kanak fahami.
Dengan menambah perbualan dalam cerita dan intonasi yang sesuai pada watak dalam buku, saya pasti anak anda akan lebih tertarik untuk mendengar anda bercerita. Tapi,jika anda hanya membaca buku tersebut tanpa daya tarikan, si kecil pasti tak mahu dengar lain kali. ^_^
Anak berusia 2tahun
Biasanya kanak-kanak akan lebih petah bercakap menjelang usia 2 tahun. Pada usia ini , mereka boleh menerima arahan yang mudah.
Belajar kira nombor
Mengikut pengalaman saya sendiri, saya mulakan dengan mengajar anak mengira nombor dilingkungan usia 2tahun. Namun setiap kanak-kanak berbeza tahap perkembangannya. Jika seawal usia 2 tahun, dia masih belum dapat menerima teknik pembelajaran ini, jangan paksa ya .. teruskan aktiviti bercerita siri dongeng kanak-kanak. Tiada masalah jika anda ajar anak mengira ketika dia dah berusia 3 tahun.
Teknik paling berkesan untuk ajar anak anda pengiraan adalah repetition ataupun pengulangan. Saya tak lakukan cara ini terlalu formal. Contohnya duduk berhadapan dengan anak dan ajar. Tapi saya selitkan aktiviti ini ke aktiviti harian anak agar otaknya lebih cepat menerima. Contohnya ketika dia sedang mandi, sedang bermain, sedang duduk bersama saya dan sebagainya.
Ibubapa perlulah bijak memanipulasikan pemikiran anak agar mereka mampu belajar dengan lebih efisyen. Saya mulakan dengan mengira nombor dalam bahasa melayu. Satu hingga sepuluh. Saya akan sebut setiap satu nombor dan meminta anak mengulangnya. Lama kelamaan dia pun boleh mengingati urutan nombor tersebut dan mampu mengiranya dengan baik dan lancar.
Kemudian barulah saya ajar anak mengira one hingga ten dengan cara yang sama. Bagi saya, cara ini sangat berkesan. Ketika usia 2tahun, dia boleh mengira 1-10 dalam kedua-dua bahasa dengan baik dan lancar.
Belajar ABC
Abc mempunyai 26 huruf. Jadi ia mungkin agak sukar sedikit bagi anak kecil. Ho ho.. Ketika saya mengajar Abc pada anak yang berusia 2 tahun, dia agak sukar mempelajarinya. Jadi saya mulakan ketika usianya dah masuk 3tahun.
Untuk kaedah mengulang / repetition, agak kurang sesuai. Saya pernah cuba cara ini tapi tak berkesan. Then husband saya pun download pelbagai lagu Abc untuk anak tonton dan dengar. Tak sangka ianya cukup berkesan. Anak mampu menghafal Abc dengan menyanyi dalam masa yang singkat. Jika anak anda gemar pegang tablet, pastikan anda download pelbagai lagu Abc bagi menjadikan pembelajarannya lebih menarik.
Kini, saya dah upgrade sedikit cara pembelajaran anak yang berusia 3 tahun 5 bulan. Jika ada masa terluang, saya akan ajar anak untuk menulis. Masa saya tak tentukan. Cukup sekadar penerimaannya.
Buku aktiviti ini husband saya beli untuk aktiviti si kecil. Biar si kecil belajar menyambungkan garisan putus-putus. Setiap kali anak menulis, saya pasti hadiahkan dengan tepukan dan pujian. Tak sangka ia buat anak lebih cenderung untuk belajar.
Ketika sesi ini, saya lebih gemar bawa anak ke luar rumah. Agak sunyi sedikit. Pastikan mata anda sentiasa memerhatikan apa yang ditulisnya.Hal ini amat diperlukan anak-anak. Perhatian. Jika saya terlepas pandang anak, dia akan terus menconteng. Jadi stick with them.
Walaupun hasilnya tidaklah sempurna 100%. Tapi ini adalah permulaan yang baik buat si kecil. Jangan paksa anak jika mereka dah tak mahu belajar.
Cukup sekadar yang anak mampu. Dengan usianya, dia tidak boleh menerima banyak pembelajaran dalam 1 hari. Biasanya, anak saya hanya melakukan aktiviti ini selama 15-20 minit sahaja sehari.
Matematik mudah seperti tambah dan tolak boleh diajar pada anak usia 3tahun. Jika berkesempatan, saya akan share artikel ini lain kali.
Ketika ini, anak saya mampu mengingati warna 99% . Caranya mudah sahaja. Tak perlu keluarkan buku yang mengandungi warna-warna.
Anak lebih mudah mengingat jika anda gunakan kaedah mengulang sebutan. Tunjuk alam sekeliling. Ajar anak anda warna-warna tersebut. Lakukan hal ini setiap hari. Jangan marah anak jika mereka gagal mengingat.
Lakukan perlahan-lahan. Kesabaran ibubapa amat diperlukan dalam mengajar anak-anak.
Baca Tips pilih tadika dan persediaan sebelum anak masuk ke tadika disini
~ Semoga bermanfaat.
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.