Sunday 10 May 2015

Bagaimana Memilih Servis Terbaik DiFiverr.com

Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai servis di fiverr.com mampu membantu perniagaan online anda. Jika anda berminat membacanya, boleh baca lebih lanjut disini.

Pilih servis difiverr.com untuk bantu perniagaan online anda !

Jika anda nak tahu servis jenis apa yang ditawarkan difiverr.com, anda boleh lihat menu servis fiverr di bahagian atas sekali :



Saya ulas serba sedikit tentang servis difiverr.com secara ringkas ;

1. Graphic & Design


Dalam sub menu ini, anda boleh cari servis yang relevan dengan rekaan dan grafik.

Anda boleh tempah rekaan logo, kartun dan karikatur, muka depan buku, ilustrasi, model 3D & 2D, rekaan laman web, rekaan sosial media, banner iklan dan pelbagai lagi.





2. Online Marketing


Bahagian sub menu ini lebih kepada servis yang membantu perniagaan oline anda.

Disinilah anda boleh memilih untuk mendapatkan trafik, seo, like untuk fan page, pemasaran video, pencarian domain, blogging dan pelbagai.



3. Writing & Transalation


Jika anda memerlukan penterjemah, review, resume dan cover letter. Bolehlah jenguk disini! Servis ini juga menawarkan penulisan yang mesra search engine. Kekurangannya, ianya dalam bahasa Inggeris sahaja. Walaupun banyak IM malaysia yang menjual servis di fiverr.com, setakat ni saya belum jumpa lagi servis difiverr yang menawarkan penulisan dalam bahasa melayu.


4. Video & Animation


Untuk pengetahuan anda, ada macam-macam jenis video yang mereka tawarkan disini. Daripada kartun animasi hinggalah ke speaker person yang profesional.


5. Music & Audio


Jika anda ingin mengubah lagu, mendapatkan latar suara, sound effect, anda boleh mendapatkan servis mereka disini.


6. Programming & Tech

Servis untuk blogging seperti wordpress ada disini. Anda juga mendapatkan servis membuat website, convert file, mendapatkan database dan data analysis disini.


7. Advertising

 Disini banyak jenis servis pengiklanan seperti flyers, melalui radio, promosi dengan muzik dan macam-macam lagi.


8. Bussiness

Servis disini lebih kepada pemasaran anda. Mereka menawarkan plan pemasaran, nasihat perniagaan, kajian pemasaran, presentation untuk bisnes, nasihat kewangan, nasihat perundangan dan pelbagai lagi. 


9. Others


Bahagian others menawarkan macam-macam servis bebas seperti trend lifestyle terkini dan macam-macam lagi.




Saya rasa setakat ini, anda dah faham jenis-jenis servis yang ditawarkan difiverr.com.

Bagaimana memilih servis difiverr.com

Kenapa tips ini penting untuk anda tahu ? Supaya wang modal kita memberi pulangan yang lumayan dalam perniagaan kita. Anda perlu tentukan jenis pemasaran yang anda mahu.

Contoh : Jika anda memilih untuk menggunakan pemasaran video tapi anda tak tahu bagaimana nak buat video yang mampu menarik perhatian pelanggan, pergi ke bahagian video & animation > commercial. 

Gambarajah dibawah ini merupakan akaun fiverr.com saya sendiri - vinndy88.  Tapi saya tidak menjual servis fiverr (gig) ya ; saya hanya salah seorang customer sahaja.. Ho ho...



Selepas anda masuk ke bahagian commercial ni, anda akan nampak 3 pilihan

recommended > high rating > new.

Recomended - merupakan gig yang yang telah menjual servis beberapa kali dan mendapat rekomen yang baik dari pengguna dan syarikat fiverr.com

High rating - merupakan servis yang terbaik dan mendapat undian yang baik dikalangan customer kerana servis mereka memuaskan.

New - Servis yang masih cukup baru difiverr.com. Tidak semestinya servis new ini tidak baik tapi kita tak mahu tertanya-tanya servis mereka macamana kerana belum mendapat review daripada sesiapa.

Jadi saya cadangkan anda pilih high rating.



Anda boleh lihat pada bahagian high rating ni, ada antara seller telah mendapat gelaran top seller.




Jom kita lihat servis beliau. Saya klik salah satu.


Tamerak adalah identiti beliau. Beliau merupakan top rated seller selepas 5bulan sahaja menawarkan servis difiverr.com. Setakat ini beliau mempunyai 731 reviews, 25 order yang sedang menunggu beliau. Fuh! Servis beliau akan siap dalam masa 8 hari.

Pada page seller, pastikan anda baca description / gig extras / Review

Description - Baca lebih lanjut tentang servis penjual disini.
Gig Extras - Lihat servis lain penjual. Jika anda berminat untuk add on. Bayarannya adalah berbeza.
Review - Baca apa kata customer lain tentang servis beliau



Jika anda berminat untuk mempromosikan produk antarabangsa, bolehlah guna servis pro speaker person ni. Antara jenis video lain yang ada ditawarkan adalah video berbentuk animasi. Contohnya seperti ini ;




Bagaimana ? adakah anda dah faham setakat ini ? Memilih servis difiverr.com sebenarnya mudah sahaja. Daftar akaun fiverr.com disini.

Untuk mendapat lebih banyak informasi online bizz.. Be my follower and keep updated dari blog ini.

~ Semoga bermanfaat.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.