Monday, 13 April 2015

Tips wanita : 7 Petanda Bahawa Si Dia Adalah Pilihan Yang Tepat

7 gold sign that he's the one ] Setiap kita wanita, pasti mahu lelaki yang terbaik dalam hidup. Siapa nak menyesal dikemudian hari. Tak semua orang sempurna.  Walaupun kita terima si dia seadanya, tak semestinya kita akan terima semua perangai buruknya.

Anda nak tak dia kuat merokok dan tak mahu berubah langsung. Ataupun si dia tak pernah dengar nasihat anda. Kalau dah bergaduh, dia akan hebahkan pada semua orang mengenai perihal diri dan keburukan anda. Lagi bahaya jika dia dah berani naik tangan walaupun anda berdua masih sedang bercinta. Dan lagi si dia dah berani curang dengan anda. Jika pasangan anda adalah kategori orang macam ni, lebih baik anda lupakan saja hubungan anda berdua daripada ia pergi lebih jauh.

Sekarang bolehlah anda bersabar, cinta punya pasal. Tapi nak bertahan sampai bila... Silap haribulan, penceraian pula menanti jika anda berdua berkahwin.

Macamana nak tahu si dia adalah pilihan yang tepat untuk anda ? 

Kerap tanya khabar. Jika si dia benar-benar mengambil berat tentang anda, anda akan terima text atau call yang lebih kerap dari si dia. Dia akan tanya benda yang simple-simple saja. Dah makan ke belum? Sihat atau tidak? Walaupun benda ni nampak remeh temeh. Tapi nilah tanda yang paling jelas si dia sangat caring dengan anda.

Pendengar yang setia. Kebanyakan lelaki adalah pendengar yang setia kepada masalah wanita. Jika si dia boleh memberi anda nasihat yang baik ataupun guide anda, ia sememangnya bonus buat anda. Ini menunjukkan si dia dah bersedia memimpin hidup anda dan menunjukkan dia boleh jadi ketua keluarga yang baik.

Macamana pula nak tahu jika dia orang yang setia. Dia lebih kerap spend time dengan anda. Anda takkan mendengar alasannya tak dapat keluar dengan anda terutamanya dihari penting anda berdua. Anda akan sentiasa menjadi keutamaannya.

Boleh menerima anda seadanya. Dia tak akan complain ketaksempurnaan anda. Dia tak akan suruh anda cari kerja untuk meringankan bebannya jika berkahwin. Dia hanya akan minta anda jadi pasangan yang baik. Selain itu, anda akan sentiasa mendapat sokongan penuh darinya apa juga yang anda lakukan atau sertai.

Tak pernah bosan memujuk anda. Sudah lumrah orang bercinta ada isu gaduh dan merajuk ni. Macamana pun, kami perempuan tak akan mengalah okayy... ^_^ . Terpulanglah pada lelaki nak memujuk macamana. Fuh... disinilah si dia menunjukkan kesabarannya. Jika si lelaki berjaya memujuk dengan cara yang terbaik untuk wanita. Si gadis pasti lebih sayang dengan buah hatinya. Satu tips bonus terbaik untuk lelaki. Lelaki yang baik tak akan keluarkan kata-kata kasar dan kesat kepada anda jika bergaduh. Waspada jika si dia dah berani pukul anda. Ini petanda dia akan melakukan lebih lagi jika dah berkahwin.

Anda dah kenal keluarganya. Jika seseorang lelaki itu serius, dia pasti akan memperkenalkan anda pada keluarganya. Ini adalah petanda yang sangat penting. Dia mahu keluarganya tahu, dia suda mempunyai pilihan hati satu-satunya.

Boleh menerima nasihat anda. Biasanya lelaki yang serius akan mengambil berat dengan setiap nasihat anda. Dia tak akan buat keputusan membabi buta. Dia akan sentiasa libatkan anda jika nak buat keputusan dalam apapun. Ini menunjukkan anda adalah sahabat dalam hidupnya.

Kesimpulannya,  carilah pasangan yang boleh menjadi teman yang baik dalam hidup anda. Kita tak kahwin dengan dia untuk sehari dua, tapi sebagai teman seumur hidup.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.