Sunday, 12 April 2015

Cerita Saya : Aku & Dia Berbeza 99% ; Bukan Jodoh ?



Sesetengah pasangan jadi couple bila munculnya daya tarikan antara mereka. Tapi apa yang membawa hubungan mereka lebih lama ataupun kekal ?  Mereka menemui banyak persamaan pada ketika mengenal hati budi masing- masing. Share hobi yang sama, pekerjaan dibidang yang sama, makanan yang disukai, warna, sukan kegemaran dan sebagainya.

Jika anda perasan kebanyakan pasangan yang berpisah alasannya jika bukan kes curang, dah tak ada keserasian dalam hubungan. Ada yang kata perbezaan diantara pasangan buat kita lebih jauh. Tapi sebenarnya perbezaan inilah yang buat kita lebih dekat dengan pasangan. Itupun jika kita dan dia bekerjasama. ^_^

Cerita saya ;

Saya dan suami mempunyai perwatakan, hobi dan secara fizikal cukup berbeza. Saya ni jenis yang agak panas baran. Husband pula jenis yang lebih penyabar. Ibarat api dan air.

Saya tak suka sport langung. Saya lebih suka kerja jenis duduk diam-diam. Hi hi..suka kerja seni, kreativiti a.k.a diy project dan kerja yang sangat relaxing.

Husband pula sangat menggemari sukan dan cenderung kepada aktiviti yang lebih lasak. Memang tak suka kerja yang duduk diam. Jadi nak tulis blog, dia memang tak minatlah.

Dari segi Job , Pekerjaan sy pula memerlukan saya untuk sentiasa aktif dan alert. Dia pula kerja duduk saja dekat ofis.

Bintang cinta : ❤  Jika nak lihat dari segi horoskop pula, bintang scorpio seperti saya bukan list 'jodoh' untuk bintang aquarius seperti husband.. n_n (fakta lucu & comel).

Tahun kelahiran : Walaupun lahir dalam tahun yang sama. Saya ni tahun dragon kalau tengok kalendar cina.  Husband pula tahun arnab.

Disebabkan dia ni jenis yang bersukan , ketinggiannya juga berbeza more than 10 inch then me...n_n...

Saya tak suka masak pun. Dia lebih seronok dengan aktiviti masakan ni. ^_^..

Untuk suasana kamar tidur, saya lebih suka suasana yang a bit warm dan si dia pula sebaliknya. Kadang-kadang jadi isu juga tu. Nak cari ruang keselesaan masing-masing. Hmmm...

Nak beli magazine pun ada banyak jenis jika nak beli bersama, sebab kesukaan tu kan berbeza. Saya akan beli majalah kartun ataupun masakan & husband more to phone info dan kereta. Fuh. Memang saya tak akan bacalah benda ni..

Ni baru sedikit ...sebenarnya amat banyak perbezaan antara kami berdua. Kalau nak tulis, ruang tak cukuplah...Nak kata 100% tak lagilah rasanya. Masih seorang manusia yang mempunyai rambut yang sama hitam.


Nak hubungan yang kekal lama perlu dipupuk sejak zaman bercinta lagi...chewahh. Kerjasama antara dua pihak amat diperlukan ya ...

Sebelum mula bercinta, saya sedar akan hadapi sangat banyak perbezaan. Tahulah kan sebab saya dah kenal dia ni lebih dari 10 tahun. Tapi saya buat ignore sajalah mulanya. Dah nama cinta kan. So jadi tak jadi tu belakang kiralah...

Pejam dan celik, rupanya dah hampir 4 tahun usia perkahwinan ni. Sepanjang perkahwinan ni, nak mengatasi perbezaan, kami akan join aktiviti kegemaran satu sama lain..

Disebabkan dari dulu husband ni kaki wayang, sekarang ni dah jadi favourite kami berdua pula. Saya pun dah mula menghabiskan petang untuk bermain badminton jika berkesempatan.

Sharing dari segi food pula, husband pun dah mula makan sayuran buah seperti terung. Its my favourite ! Dulu dia tak pandang pun he he..,

Tips Penting :

Tiga tips mudah nak capai keserasian dalam hubungan untuk perbezaan hampir 100% seperti saya... SHARE ,TRY & JOIN...

Sentiasa sharing apa pun dengan si dia agar dia tahu apa anda suka dan tak suka... cubalah untuk kenali pasangan anda. Sentiasa cuba untuk buat apa yang disukainya. Join aktiviti bersama dan enjoy. Jangan jadi hipokrit pula. Nanti anda tak rasa seronok dalam hubungan. Ini yang menjadikan anda cepat bosan. Apa akan jadi akhirnya? 'We are not meant to be together. You and I were too different!'



No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.