Monday 20 April 2015

Ketahui Info Dan Tips Penting Buat Pesakit Darah Tinggi

Ketahui Info Dan Tips Penting Buat Mereka Yang Menghidap Darah Tinggi. Anda penghidap darah tinggi ? Saya share beberapa tips penting yang anda patut ambil tahu. Jangan pandang ringan pasal hypertension ni. Hampir 60-80% temujanji di hospital kerajaan adalah kerana darah tinggi. Banyak juga orang yang menghidap darah tinggi ni. Sekarang ni, ia tak mengenal usia lagi, ada yang masih muda pun, dah ada darah tinggi. Walaupun ramai yang kata darah tinggi lebih baik dari penyakit kencing manis (diabetis), tapi ia masih mempunyai risiko yang tinggi terhadap kesihatan dan nyawa anda.

Apa itu darah tinggi ? Dalam bahasa perubatan, darah tinggi dikenali sebagai hypertension. Disebabkan faktor tertentu seperti obesiti, arteri salur darah mengalami bebanan membawa komponen darah dan jantung terpaksa mengepam lebih keras untuk memenuhi keperluan organ. Situasi berterusan ini dipanggil hypertension.

 Berapa range Blood pressure yang normal ?

Anda perlu tahu apa itu Systolic dan Diastolic. Jika tekanan darah anda 120/80 mmhg.

120 - Systolic (bacaan bahagian atas jantung)
80 - Diastolic (bacaan bahagian atas jantung)

Secara mudahnya,

~ 140/90 adalah blood pressure last normal. Diatasnya memang dah high.

~ 100/60 ke bawah, blood pressure last normal. Bacaan lebih bawah, dikategorikan tekanan darah rendah.

Kenapa penting ambil ubat darah tinggi
Sesetengah pesakit memang takut mula makan ubat darah tinggi. Kerana ia akan diambil seumur hidup. Jika usia anda 40 dan ke bawah, anda sebenarnya adalah pesakit young hypertension. Darah tinggi bermula diusia muda. Dengan pemakanan fast food yang berlambak dan trend hidup moden, young hypertension menjadi penyakit yang biasa berlaku.

Jika anda tak ambil ubat darah tinggi, jantung mengalami bebanan dan menyebabkan beban juga berlaku atas buah pinggang. Buah pinggang berisiko rosak, stroke mungkin berlaku dan penyakit jantung menyerang. Tidak salah anda mencuba alternatif kampung asalkan ianya tidak memberi kesan kepada organ lain. Sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar sebelum makan sesuatu herba.

Kenali jenis dan kekuatan ubat anda
Apabila anda dah mula dipreskripsikan ubat darah tinggi, anda patut tahu apa jenis ubat yang anda ambil. Ni penting untuk anda tahu perkembangan darah tinggi anda. Jika sebelum ni, anda diberi tablet amlodipine 5mg. Dan pada temujanji doktor seterusnya, anda diberi tablet amlodipine 10mg. Jangan keliru, kadangkala rupa tablet ini sama saja. Cuma kekuatannya berbeza.

Anda patut tahu yang bacaan darah anda semakin tinggi. Namun jangan risau, anda akan diberi penerangan mengenai kekuatan ubat anda. Satu bonus, jika anda hanya datang mengambil ubat ulangan saja, bukan berjumpa doktor. Ubat yang diberi adalah ubat-ubatan yang anda biasa ambil. Tapi jika rupa tablet tu berbeza, baca nama ubatan tersebut. Ini termasuklah dos ubat tersebut. Jika berbeza juga, tanya farmasi tersebut. Jangan segan untuk bertanya. Ini untuk mengelak kesilapan berlaku.

Selepas makan ubat darah tinggi, duduk sebentar. Jangan terus bangun. Anda akan merasa pitam. Biasakan bangun dari tidur dengan duduk rehat sebentar, barulah bangun dengan perlahan.

 Pentingnya ada monitor untuk tekanan darah.
Jika ada duit lebih, belilah blood pressure set. Tak perlu mahal. Ada yang berharga kurang dari Rm200. Anda kena rajin survey sahaja. Jika farmasi / guardian / watson mengadakan promosi, cuba intai-intai. Saya pernah beli blood pressure set berharga Rm130 masa promosi. Harga asalnya adalah Rm170. Jimatlah juga Rm40. Kenapa penting ada set ni ? Supaya anda tahu bacaan dan range blood pressure anda. Cek dan catat bacaannya 30 minit sebelum makan ubat darah tinggi.

Saya sarankan tips ini untuk ibu saya. Beliau sekarang makan ubat darah tinggi dan range tekanan darahnya baik-baik sajalah. Sekitar 130/80 dan ke bawah..Tapi, kerana selalu nervous ketika appointment, bacaan jantungnya jadi lebih tinggi. Risau pula doktor tambah kekuatan ubatnya. So, beliau akan bawa kertas ni. Rasanya hampir semua pesakit darah tinggi akan mengalami isu nervous jumpa doktor ni  ^_^

Pastikan anda cek tekanan darah tinggi semasa dalam keadaan rehat. Jangan terkejut, minum air panas ataupun sejuk mempengaruhi bacaan tekanan darah kita. Cek 15-20 minit selepas minum. Jika tekanan darah anda dibawah 100/60 mmhg sebelum makan ubat darah tinggi. Contohnya 90/50 mmhg. Jangan makan ubat darah tinggi anda dahulu. Walaupun ubat darah tinggi berfungsi agar bacaan darah kita normal, tapi range ini agak bahaya. Kematian pernah berlaku. Berjumpalah dengan doktor dengan segera.

Ketahui Simptom
Pening, pitam dan jantung berdebar adalah tanda-tanda bacaan jantung terlalu tinggi. Periksa tekanan darah anda. Jika bacaan melebihi 170/ 100 ke atas walaupun anda telah makan ubat darah tinggi. Rehat sebentar. Cek semula selepas 30 minit. Pastikan anda tak buat aktiviti berat sebelum tu. Berjumpalah doktor dengan segera. Jangan buat tak tahu dan jangan pula terus tidur. Anda mungkin berisiko mengalami serangan stroke ataupun serangan jantung.

Obesiti dan pemakanan
Berat badan pun jadi isu juga? Yup! Obesiti merupakan isyarat dalaman badan kita tak sihat. Kolestrol berlebihan dalam darah jadi punca darah tak mengalir dengan lancar kerana banyak sekatan (plak lemak). Jadi, jantung terpaksalah pam dengan lebih keras.

Makanlah makanan yang lebih sihat seperti oat (membantu merendahkan kolestrol) , kurangkan makanan berlemak dan bergoreng. Exercise seperti jogging dan sukan lain untuk dapatkan berat badan yang ideal. Ambil sayuran hijau secara berkala, jangan terlalu kerap. Walaupun sayuran hijau adalah sumber makanan yang sihat, tapi ia kaya dengan vitamin K. Vitamin K akan menjadikan darah anda lebih pekat. Perjalanan darah lebih slow kerana beban berat yang dibawa. Jantung pun akan bekerja dengan lebih keras. Pesakit kadangkala dipreskripsikan ubat cair darah seperti tablet aspirin untuk mengurangkan kepekatan darah agar darah mampu mengalir dengan lebih lancar.

Kenapa pesakit darah tinggi tak digalakkan ambil makanan tinggi garam ? Ini kerana garam (sodium) akan tarik air untuk tinggal dalam badan. Air berlebihan ini akan menyebabkan bebanan jantung. Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan ambil makanan tinggi garam atas sebab yang sama, takungan air. Bagi kes masalah buah pinggang, ia akan mengalami masalah pembengkakan yang juga dikenali sebagai oedema.

Kawal emosi anda.
Sebarang emosi berlebihan termasuk terlalu gembira, terlalu takut, terlalu marah sebenarnya menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Inilah salah satu punca darah tinggi.

Tips : Jika anda terasa ingin marah, tutup mata dan tarik nafas melalui hidung sedalam yang mungkin. Hembus keluar nafas melalui mulut.

~Semoga bermanfaat.                                                                                                                                                                                                      

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.