Kentut sebenarnya adalah perkara yang normal berlaku dari usus kita. Menurut Dr. Oz, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
Malah, menurutnya, wanita dan lelaki mengeluarkan amaun gas yang sama setiap hari.
Kentut adalah gas yang terhasil daripada reaksi kimia ataupun bakteria hidup yang ada dalam usus.
Kata Dr. Oz juga menahan kentut sebenarnya tidak membahayakan kesihatan. Tapi ia boleh menyebabkan kesakitan dan kekejangan dalam perut seseorang individu itu.
Namun begitu, Anda juga perlu tahu bahawa setiap kali anda menahan kentut, gas yang tidak dapat disingkir akan diserap semula ke dinding usus dan kemudiannya gas itu akan bercampur dalam darah kita. Disinilah terjadinya kembung perut, sakit dan sembelit.
Apabila gas bercampur dengan darah kita juga, ia boleh memasuki ruang paru-paru dan menyebabkan nafas kita berbau.
Oleh itu, adalah lebih baik anda melepaskannya keluar. Lakukan dengan bijak. Kentut ditempat yang agak jauh dari keluarga dan rakan-rakan.Lakukan ditempat yang sesuai seboleh-bolehnya.
Namun apa nak buat jika anda berada didalam bas atau terperangkap ditengah khalayak ramai.? Terpaksalah juga anda lepaskannya.
Risau kentut anda berbau ? Elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak sulfur. Ia termasuklah keju, telur, daging, kubis dan sebagainya.
Pengambilan makanan seperti bijian tidak akan menyebabkan kentut anda berbau busuk.
Kentut menghasilkan bunyi kerana getaran yang berlaku pada pembukaan dubur. Jenis bunyi serta kekuatan bunyi bergantung kepada berapa laju penyingkiran gas berlaku dan keregangan pada otot dubur.
~Sekian :-)
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.