Friday, 27 March 2015

Pembuatan Wain Nasi Dikalangan Masyarakat Kadazandusun



Pembuatan wain nasi dikalangan masyarakat kadazandusun cukup popular. Ia adalah satu tradisi yang istimewa dan diwarisi secara turun temurun.

Wain nasi ini dibuat beberapa bulan sebelum menjelang pesta menuai / kaamatan yang diadakan setiap bulan mei. Wain nasi ini lebih dikenali sebagai lihing dikalangan masyarakat kadazandusun.

Untuk pengetahuan anda, pembuatan wain nasi akan menghasilkan sebuah formula yang dikenali sebagai pitera. Pernah dengar pasal pitera ? Hehehe..

Pitera ialah bahan asas produk kecantikan sk II.

Kandungan yang dihasilkan sama seperti pembuatan sake yang dilakukan di jepun. Lihing ini juga dihasilkan dengan gabungan yis dan nasi.

Yis biasanya boleh didapati dikedai bakery. Yis berguna untuk membuat bahan lebih kembang.

Tidak ketinggalan, saya sendiri mencuba untuk menghasilkan wain nasi sendiri dirumah. Untuk masyarakat sabah, mudah sahaja nak dapatkan yis yang dikhaskan untuk pembuatan wain.

Ianya bulat dan putihnya seperti kapur. Ia dikenali sebagai sasad dipenempatan saya. Saya gunakan jenis yang kecil sahaja untuk buat wain ini.

Pembuatan wain ini mendapat banyak tunjuk ajar dari my mum sendiri.

 'kenapa ? Baru terasa mau jadi anak jati kadazan?' :-) Itulah pertanyaan pertama yang diungkapkan oleh my mum bila saya berhasrat mempelajari pembuatan lihing ini.

Maklumlah amat jarang anak moden ingin mempelajari warisan bangsa ini terutama yang tinggal dikawasan bandar dan bekerjaya. Ini termasuklah saya sendiri. :-)

Anda boleh lihat melalui gambar dibawah bagaimana saya buat wain beras ini :


Semasa mencuci tangan saya mendapati tangan menjadi sangat lembut. Dan sebelum mencuci tangan hingga bersih sepenuhnya, saya sapukan sedikit pada wajah. Boleh jadi masker pula! Wajah jadi tegang dan sangat lembut. :-)

Wain beras ini dihasilkan tanpa menggunakan air. Ia akan menghasilkan air dengan sendirinya. Itupun mengambil masa lebih dari sebulan sebelum boleh diminum.

Antara kebaikan lihing adalah seperti menjadikan kulit lebih awet muda. Sesetengah masyarakat kadazandusun gemar mencampurkannya dengan sup ayam kerana boleh membuang angin dalam tubuh selain rasanya yang cukup sedap.

Okay..setakat itu sajalah yang saya boleh share ..

Jadi ? Berbanggalah dengan asal usul anda sendiri dan belajarlah warisan budaya anda.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.