Saturday, 28 March 2015

Baca Sinopsis Asal 'Sleeping Beauty' Yang Pasti Mengejutkan Anda

Sehingga kini, siri dongeng kanak-kanak sleeping beauty telah membawa kepada pelbagai penghasilan kartun dan filem yang berbeza-beza jalan ceritanya. Ini termasuklah sebuah movie terkini yang ditayangkan pada tahun 2014 iaitu Malificient.Sebuah lakonan mantap daripada Angelina Jolie.

Sleeping beauty adalah sebuah novel yang diilhamkan oleh penulis Giambattista Basile pada sekitar tahun 1634. Sleeping beauty pada mulanya berjudul Talia, moon and Sun. Cerita ini sebenarnya dikhaskan untuk bacaan orang dewasa namun telah diperbaharui oleh pelbagai pihak dan akhirnya dikenali sebagai siri dongeng kanak-kanak.

 Sinopsis ;

Watak utama sleeping beauty sebenarnya bernama Talia. Berbeza daripada cerita kini yang membawa namanya sebagai Aurora.

 Beliau adalah seorang anak perempuan kelahiran Tuan besar/ orang kaya yang diramalkan akan tercucuk jarum dari mesin pemintal (spindle machine) dan merbahaya buat dirinya . Oleh itu, ayahnya menghalang pelbagai benda tajam/ pemintal dibawa masuk ke laman kediamannya bagi menjaga keselamatan anak gadis kesayangannya.

Setelah dewasa,  Talia membesar menjadi seorang gadis yang digambarkan cukup cantik. Suatu ketika,semasa melihat keluar tingkap beliau ternampak mesin pemintal yang amat menarik perhatiannya. Ia sedang dikendalikan oleh seorang wanita tua ketika itu. Lalu dia pun berniat mencuba menggunakan mesin itu dan disinilah jarinya tercucuk oleh mesin pemintal itu dan jatuh koma.Wanita tua itu ketakutan dan melarikan diri.

Setelah ayah Talia mendengar berita yang amat mendukacitakan itu. Beliau membiarkan anaknya beradu di sebuah bilik dirumah agam itu. Dia kemudiannya menutup dan meninggalkan rumah agam itu kerana sangat sedih akan kehilangan anaknya.

Setelah beberapa waktu, seorang raja melalui kawasan itu untuk berburu. Burung yang diburunya terlepas dan terbang masuk melalui salah satu tingkap di rumah agam yang terbiar itu. Raja mengetuk pintu namun tiada siapa menjawab.

Mempercayai rumah agam itu terbiar, raja pun masuk dan mencari buruannya disetiap sudut bilik rumah agam itu. Hinggalah Raja menemui Talia di sebuah bilik. Beliau amat mengagumi kecantikan Talia. Dia cuba membangunkannya namun tiada balasan.

Menurut novel ini, raja meniduri gadis rupawan ini dan dia pun hamil. 9bulan berikutnya, Talia melahirkan dua kembar dibantu oleh dua pari-pari. Seorang bayi lelaki dan seorang lagi bayi perempuan. Kedua-dua bayi ini cuba menyusu. Namun seorang bayi Talia secara tidak sengaja menghisap jarinya yang tercucuk jarum. Dan jarum itupun keluar dari jarinya. Hal ini membuatkan Talia tersedar dari komanya.

Dalam keadaan yang masih keliru, Talia menyusui kedua-dua bayinya. Raja yang secara tiba-tiba mengingati tentang Talia segera keluar meninggalkan permaisuri dengan alasan untuk berburu. Raja amat terkejut Talia sedang bangun dengan kedua-dua bayinya disitu. Raja memperkenalkan dirinya pada Talia dan menerangkan keadaan sebenar kepada Talia. Dari situlah hubungan mereka mulai terjalin dan beliau pun tinggal bersama Talia beberapa waktu. Dia berjanji dengan Talia untuk membawanya ke istana bila masanya sesuai.

Setelah balik ke pangkuan permaisuri, raja sering teringatkan Talia, moon dan sun. Sehingga nama mereka disebut-sebut dalam mimpi dan rehatnya. Dari sini permaisuri mulai mengagak kecurangan suaminya. Beliau kemudian mendapat tahu hal sebenar mengenai raja dengan mengugut pembantu suaminya.

Setelah mendapat maklumat, permaisuri mengerahkan orang bawahannya berjumpa Talia dan memberitahu Raja ingin berjumpa anaknya. Setelah kedua anaknya sampai ke istana, permaisuri menyuruh tukang masak istana untuk membunuh kedua anak Talia yang comel itu untuk dijadikan hidangan enak sebagai santapan suaminya. Kerana kasihan dengan anak-anak Talia, tukang masak itu menyuruh isterinya menyembunyikan anak-anak itu. Beliau menyiapkan daging biri-biri yang amat enak untuk dihidangkan kepada raja.

Namun permaisuri yang masih tidak puas hati dengan tindakannya itu menyuruh pembantunya menemui Talia sekali lagi dan memberitahu raja ingin menemuinya. Talia yang amat girang segera menyusul ke istana untuk menemui raja.

Namun beliau amat terkejut menemui permaisuri dihadapannya dengan penuh murka. Beliau menyalakan api yang besar dan berniat mencampakkan Talia ke dalamnya.

Talia terselamat apabila raja tiba-tiba muncul dan menyelamatkannya. Beliau amat marah dengan tindakan permaisuri.

Setelah mengetahui hal sebenar raja telah menghalau permaisuri. Mengetahui  tukang masak telah menyelamatkan anaknya, raja menganugerahi ganjaran yang amat lumayan pada tukang masak. Beliau kemudiannya mengahwini Talia dan Talia pun diangkat menjadi permaisuri.

~ End of Story...

Nilah jalan cerita sebenar Sleeping Beauty. Saya harap anda enjoy membaca sinopsis cerita ini secara ringkas.

Antara adaptasi cerita sleeping beauty popular.




~ Sekian..

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.