Sunday 1 July 2012

Bagaimana Mengira Hari Subur Dan Tidak Subur Dengan Selamat.

Seperti yang kita ketahui, semua alat ataupun pil perancang keluarga mempunyai risikonya yang tersendiri. Merancang keluarga secara semulajadi sangat baik kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada ibu. Cuma ada dua sahaja cara merancang secara semulajadi dan salah satunya adalah mengira hari subur dan tidak subur anda.

Ketahui dan fahami ini dulu : 

Kitaran haid (menstrual cycle) normal bagi seorang wanita adalah dalam tempoh 28-30 hari. Jika anda tergolong dalam kategori wanita yang mempunyai kitaran haid ini, kaedah ini amat sesuai buat anda.Merancang dengan cara ini memerlukan kerjasama antara suami isteri. Oleh itu, komunikasi amat penting.

Bagaimana jika kitaran haid tidak menentu ?

Sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan cuma datang haid beberapa kali sahaja setahun. Cara ini tidak sesuai buat anda. Anda digalakkan menggunakan kaedah perancang dengan alat, pil kontrasepsi ataupun merancang semulajadi menggunakan kaedah ejakulasi. Suami memainkan peranan penting dalam hal ini.

Tak pasti kitaran haid berapa hari ?

Sediakan satu nota kecil. Catat tarikh pertama haid anda.
Contoh:
Kedatangan haid berlaku pada 5 hb januari 2012. kemudian, haid seterusnya pada  2hb februari 2012.
Jarak di antara 5hb januari - 2hb februari adalah 28 hari. 
Maka kitaran haid anda adalah 28 hari.

Teruskan pengiraan ini sehingga bulan seterusnya. Jika kitaran haid seterusnya adalah 29 / 30 hari, maka kitaran haid anda adalah sekitar 28-30 hari.

                                             

Perhatikan gambarajah diatas ;

  • Kitaran haid bermula pada : Hari pertama anda haid (nombor 1)

  • Jika anda haid selama 5 hari, hari berikutnya hingga hari ke-10 merupakan hari yang tidak subur. 

  • Proses penghasilan telur wanita ataupun ovum berlaku pada pertengahan kitaran haid. Jika kitaran haid anda 28-30 hari, maka ovulasi (penghasilan telur) adalah sekitar hari ke 14 hingga hari ke 16. 


  • Perhatikan hari ovulasi pada gambarajah : Persetubuhan yang berlaku 3 hari sebelum ovulasi dan 3 hari selepas ovulasi boleh menyebabkan kehamilan. (Ini kerana sperma yang berada dalam rahim wanita bertahan selama 72 jam iaitu 3 hari.

  • Maka  hari ke-11 hingga hari ke-19 merupakan antara hari yang boleh menyebabkan kehamilan. Bagi merancang dengan lebih selamat, elakkan persetubuhan pada hari ke 11 hingga hari ke 20 atau gunakan kaedah ejakulasi. 

  • Hari ke-21 hingga anda haid semula merupakan hari yang tidak subur. 

Info buat reader ;

Mengetahui kesuburan : Anda akan mendapati kehadiran lendir dan ini adalah tanda amaran bahawa ovum akan dikeluarkan dari ovari. 

kekuatan sperma dan perjalanannya ke tempat persenyawaan bergantung pada kehadiran lendir yang sesuai di serviks.

Perubahan lendir serviks : Menunjukkan masa ovulasi apabila sifat lendir berubah jernih,licin dan melekit seperti putih telur. Selepas hari kemuncak, lendir ini akan menjadi kelam, melekit atau terus hilang.

Hari kemuncak : Merupakan hari terakhir lendir jernih,licin dan melekit.

Tips : Kaedah ini juga sesuai jika anda ingin mengetahui hari subur untuk merancang kehamilan. 

Tips : Jika anda merancang menggunakan kaedah ini, sentiasa catat tarikh kedatangan haid anda untuk memudahkan pengiraan.

Kesilapan : Kebanyakan wanita tersilap menggunakan kaedah ini kerana mengelak persetubuhan pada 3 hari subur sahaja. 

Pengalaman : Saya menggunakan kaedah semulajadi ini sejak kelahiran anak pertama sehingga kini dan ia sememangnya selamat jika dilakukan dengan cara yang betul.


6 comments :

  1. saya nak tanya.mcm mana kalau dr lps bsalin x dtg period?mcm mana nak kira waktu subur n x subur?

    ReplyDelete
  2. @Anonymous Hai... Saya tak syorkan cara ni buat ibu yang lepas bersalin.. Terutamanya ibu yang breestfeeding lepas bersalin.. Sebab period tak menentu lagi masa tu... Kaedah ini hanya disyorkan bagi wanita berkahwin yang mempunyai kitaran haid yang tetap... BAGAIMANA NAK TAHU TETAP / TIDAK ? Kira jarak period anda setiap bulan..

    ReplyDelete
  3. salam, sy bru lepas keguguran ank first swaktu sy bru bkerja jd xterfikir nk mrancang walaupun org ckp umur sy terlalu muda huhu tapi lepas kguguran ni sy mrancang utk berehat jdi ape yg sy langkah sy utk mgelak kn dr mgndung, sy ade terpikir utk amek suntikan, tp sy risau akn mgngu kitaran haid sy yg teratur setiap bulan. utk pgetahuan, lpas sy kguguran dan lpas brpantg 44hari sy trus period. tarikh sy start period 29/10 dan last pd 8/11. boleh sy tahu utk subur sy bila utk elak dr hamil semula?

    ReplyDelete
  4. Good info .. Before this saya makan pil selama 5 bln .. Tp saya rasa x sdp bdn mkn pil .. So saya x amik dah ..

    ReplyDelete
  5. Salam..saya nak tanya..jika dtg haid pada tarikh 7hb hngga 12hb..bilakh waktu subur..???

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum..?? Saya nak tanya.. Jika datang haid pada tarikh 31hb hingga 8hb.. Bilakah waktu subur ...???

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.