Sebenarnya tidak salah anda makan apa sahaja yang anda suka. Asalkan ianya diselangselikan dengan senaman. Namun bila anda tak senaman. Anda hanya bahagiakan hidup dengan makan. Ini sebenarnya yang terjadi dalam perut anda.
Perut buncit dialami bukan sahaja oleh lelaki. Tetapi wanita juga. Sebab itulah anda akan temui banyak produk kurus dijual samada secara online ataupun offline. Betul tak ?
Okay, bagaimana perut boroi ni merbahaya untuk kehidupan anda?
Hilang keyakinan diri
Nak pakai pakaian apa pun rasa tak yakin bila perut nampak boroi. Biasanya mereka yang boroi akan cuba cari pakaian yang agak besar dibahagian perut agar lemak perut tak nampak. Bahkan ada yang memakai jaket apabila keluar berjalan-jalan agar perut boroi mereka tak nampak.
Menganggu kehidupan seks suami isteri
Menurut kajian pakar, kebanyakan mereka yang mempunyai perut boroi kurang berkeyakinan untuk menikmati aktiviti seks mereka. Ini disebabkan mereka merasakan bentuk tubuh mereka tidak menarik dimata pasangan. Hal ini menyebabkan suami ataupun isteri tidak mencapai kepuasan dan keinginan mereka terhadap seks berkurang.
Meningkatkan risiko penyakit jantung
Lemak berlebihan pada perut mencetus kerosakan pada pembuluh darah. Peningkatan kadar lemak perut 0:1 bermaksud bertambahnya risiko kerosakan pembuluh darah. Ini akan menyebabkan hipertensi, stroke dan pelbagai lagi penyakit jantung.
Penurunan kadar metabolisme tubuh & kencing manis
Lemak yang terkumpul menyebabkan sistem hormon juga berubah termasuklah hormon yang mengawal penghasilan insulin. Tubuh akan memberi isyarat kawalan gula yang tidak menentu. Ini akan menyebabkan seseorang yang mempunyai perut boroi itu menghidap kencing manis.
Mencetus penyakit paru-paru
Jika anda baru sahaja makan dengan kenyang, anda pasti merasa agak semput sedikit. Hal ini bermaksud perut yang buncit berkait rapat dengan sistem pernafasan anda.
Satu kajian telah dilakukan terhadap 120,000 orang di France, Mereka melakukan ujian fizikal seperti ujian darah ,maklumat demografi, status merokok, mengambil ukuran pinggang serta meneliti fungsi paru-paru mereka.
Mereka yang mempunyai gangguan metabolik adalah kira-kira 1.4 kali berisiko mempunyai kerosakan fungsi paru-paru. Tetapi melalui penyelidikan ini juga, penyelidik agak terkejut oleh penemuan mereka terhadap orang yang mempunyai kegemukan abdomen.
Orang yang mempunyai lemak perut berlebihan adalah dua kali ganda mempunyai kerosakan fungsi paru-paru. Ini benar sekalipun berat mereka normal. Dahulunya, pakar percaya hanya obesiti teruk menyumbang kepada penurunan fungsi paru-paru.
Penyakit dementia dan Alzheimer
Siapa sangka hal ini juga mencetus penyakit pelupa ataupun nyanyuk yang biasanya dialami oleh mereka yang berusia. Jumlah lemak diperut sering dikaitkan dengan penurunan volume serta isyarat ke otak yang akhirnya akan mencetus masalah dementia dan alzheimer.
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.