Saya bukanlah seorang pakar dalam perniagaan dimudah.my tapi saya ceritakan kepada anda berdasarkan pengalaman saya sepanjang berniaga dimudah.my.
Satu kebaikan yang saya boleh katakan disini ialah trafik yang mencurah-curah. Saya mendapat pelanggan dalam masa yang singkat lepas pos iklan. Tanpa trafik, tiada pelanggan. Tanpa pelanggan, tiadalah barang anda terjual.
Ianya percuma sahaja. Anda tak perlu daftar details ataupun buka akaun jika pos iklan. Anda hanya perlu klik post free ads saja dibahagian atas page. Contohnya seperti dibawah ;
Keburukan berniaga dimudah.my?
Walaupun berniaga dimudah.my percuma, anda perlu bayar bila nak edit ataupun nak letak iklan anda sentiasa berada dipage hadapan setiap hari. Bayaran yang dikenakan pula agak mahal. Tak berbaloi jika barang yang anda nak jual tu murah saja.
Saya sarankan anda semak betul-betul sebelum publish iklan. Jadi tak perlulah anda edit dan dikenakan bayaran.
Bila proses pendaftarannya terlalu mudah , security system pun longgar. Terlalu banyak scam. Banyak forum dan website yang saya baca mengenai penipuan dimudah.my. Malah ada yang ditipu sehingga menecah ribuan ringgit. Kesian juga dengan pelanggan yang jadi mangsa. Peniaga yang nak berniaga secara jujur pun kena tempiasnya.
Saya sendiri pernah didekati oleh scam penipu, nigerian scam. Dia akan sms guna nombor (sering tukar-tukar) dan bagi alamat emel. Kononnya nak nego melalui emel.
Antara emel yang digunakan oleh scam nigeria ialah anulowa750@gmail.com.
Lepas saya reply mesej mengenai barangan melalui emel si penipu. Saya dapat emel dalam bahasa inggeris kononnya nak beli untuk saudara di negara lain. Replynya pula terlalu cepat. Macam menggunakan autoresponder.
Dari sini, saya dah mula rasa pelik. Saya search alamat emel ini, rupa-rupanya memang confirm penipu.
Terima kasih kepada blog dan forum yang mendedahkan tentang penipuan nigerian scam ini. :-)
Amat membantu peniaga-peniaga lain.
Jika barang anda terjual dimudah.my, pastikan duit bayaran betul-betul dah masuk akaun.
Ni lah tips penting dari En.huby. Mula-mulanya tak terfikir pun. Dengan editor yang pelbagai sekarang ni, senang ja nak edit transaksi pembayaran.
Bila dah confirm, barulah anda pos barang. Zaman sekarang ni, bukan pembeli saja ditipu. Peniaga pun ditipu juga.
Untuk pengetahuan anda, nak berniaga dimudah.my pun ada limit. Berapa limit ? saya pun kurang pasti. Rasanya kurang dari 20 item.
Lepas ni, anda perlu upgrade ke proniaga jika masih nak pos iklan. Nak daftar akaun proniaga pun satu hal, agak payah juga. Anda kena hantar sijil SSM, salinan mykad. Then anda kena beli pula kredit yang dikhaskan berharga Rm50.
Saya tak upgrade pun ke proniaga kerana menurut pengalaman otai-otai di mudah.my, tiada keistimewaan pun. Walaupun dah upgrade ke proniaga, iklan masih mudah diban jika tak ngam syarat.
Sebahagian iklan contohya barangan elektronik dikenakan caj Rm10. Belum tentu barang anda terjual.
Akaun proniaga tak boleh didelete. Details pula semua ada disitu. Silap haribulan, rumah si peniaga pula jadi mangsa rompakan.
Andai kata penipuan berlaku, tiada back up buat peniaga ataupun penjual. Segala proses urusniaga adalah atas risiko anda sendiri.
Pandangan saya
jika anda nak berniaga secara online dengan serius, Pilihlah platform yang selamat. Contohnya, lelong.com. Walaupun nak mendaftar agak payah sikit. Tapi bagi saya cukup berbaloi kerana mereka melindungi proses transaksi peniaga dan pembeli.
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.